KHIDMAT PENGHANTARAN KURANG SATU JAM DENGAN LALAMOVE

penghantaran sepantas kilat ? kurang dari satu jam ? hee~ bunyi macam M – E – R – E – P – E – K jek kan .. tapi tu yang Lalamove boleh lakukan untuk menambah kualiti hasil kerja korang untuk pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan kurier dalam tempoh kurang satu jam..

lalamove_malaysia

ya !! tak sampai satu jam pun bolehhh..

beroperasi tanpa henti selama 24 jam dan tujuh hari seminggu dengan pemantauan penuh GPS, Lalamove menyediakan barisan pemandu yang dipilih melalui sistem penilaian pemandu bagi memastikan para pengguna sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan secara eksklusif..




bertujuan khusus untuk membantu para Peniaga Kecil dan Sederhana ( PKS ) untuk penghantaran lebih cekap dan sis tem logistik rantaian dan bekalan yang efisyen, Lalamove menyediakan perkhidmatan bermula dari RM 5.00 untuk penghantaran segera dan setiap penghantaran akan dikenakan caj mengikut jarak.. haa.. kalau sebelum ni ada yang siap timbang ape segala kan ? hee~ sistem ini sekaligus dapat mengurangkan kos overhead dan membantu peniaga berjimat serta memaksimumkan keuntungan..


korang nak hantar apa ? dokumen ? hadiah ? makanan ? pakaian ? perabot ? nyatakan saja dan korang bayar pada Lalamove dengan harga yang sangat berbaloi !!


APLIKASI LALAMOVE

zaman serba canggih dan pihak Lalamove juga tidak melepaskan peluang memanfaatkan teknologi terkini dengan melancarkan aplikasi Lalamove bagi memudahkan pengguna dan pemandu menetapkan perkhidmatan mereka.. harga ? ya !! macam kakak cakap tadi la.. tidak mengikut berat sebaliknya mengikut jarak penghantaran..

cool kan ?


Lalamove berpengalaman mengendalikan lebih 15 juta pelanggan yang dihubungkan dengan lebih 2 juta pemandu di Kuala Lumpur, Hong Kong, Singapura, Thailand, Taiwan, Filipina, Vietnam, Indonesia dan lebih 100 bandari di China kini mula mengintai peluang untuk meluaskan jajahan ke Johor dan Pulau Pinang dengan memperhebatkan keupayaan penghantaran last – mile – delivery untuk ke semua pengguna terutamanya peniaga..

runner_kl_selangor_murah


“kami yakin bahawa Lalamove akan membantu rakyat Malaysia, 
terutamanya golongan usahawan, dengan menyediakan kecekapan yang 
mereka perlukan di era perhubungan yang pantas dan meluas ini.. tambahan pula, 
permintaan untuk khidmat penghantaran barangan belian juga kian berkembang 
seiring dengan pertumbuhan sektor e-dagang (​ e-commerce ).. 
kami berhasrat untuk mentransformasikan landskap sector logistik tempatan dengan 
melancarkan apikasi penghantaran Lalamove yang bersifat intuitif.. aplikasi ini bakal 
meningkatkan bukan sahaja keupayaan perusahaan kecil dan sederhana ( PKS ) 
Malaysia malah juga seluruh ekosistem penghantaran di Kuala Lumpur dan seluruh negara..”

- Yong Sik Hoe ; Pengarah Lalamove Malaysia


pihak Lalamove juga telah merancang untuk meluaskan lagi perkhidmatan dengan menggunakan van dan trak bagi memenuhi keperluan pengguna.. nah !! bagi mengkaji permintaan dari pengguna, Lalamove telah menjalankan ‘ujian’ dengan beroperasi dua bulan awal untuk membuat penghantaran di sekitar Kuala Lumpur dan hasilnya sangat menarik dan ramai pelanggan berpuas hati menjadikan Lalamove melangkah lagi satu tapak dengan penghasilan aplikasi Lalamove yang akan membuat penghantaran di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.. mana tak nya, rekod terbaik dari Lalamove adalah :

  • kurang dari 36 minit untuk jarak 5 kilometer
  • lebih kurang 50 minit untuk jarak 10 kilometer
  • 300 penghantaran setiap hari
  • menyokong operasi 200 Pengusaha Kecil dan Sederhana ( PKS )
  • lebih 1,800 pemandu berdaftar

runner_murah_kl_selangor

berjaya mencipta lebih peluang ekonomi untuk pemandu dan penuggang motosikal mencari rezeki, Lalamove mengalu-alukan mereka yang layak dan mampu memberi komitmen untuk sama-sama mengembangkan bakat dan berdaya saing bagi mencapai matlamat.. dan kalau korang memang mencari kerja kosong, INI lah masa yang sesuai dan mendaftarlah segera untuk menjadi salah seorang ‘runner’ terbaik Lalamove..




apa lagi alasan nak bagi kat pelanggan korang ? hee~ TAK DE !! sebab penghantaran dari Lalamove dapat meningkatkan kredibiliti kerja korang dan menjadi peniaga yang hebat..



untuk maklumat lanjut tentang Lalamove, korang boleh explore semua link kat bawah ni..


blogger_malaysia

15 comments:

  1. wah menarik! maca lagi bagus dari perkhidmatan penghantaran yang sedia ada

    ReplyDelete
  2. Nak hantar apa ni eh..ke nak beli makanan? adoii...haaa...rasa macam nak beli kyochon jela!

    ReplyDelete
  3. Bestnya ada aplikasi macam ini. Dah boleh deliver makanan bila-bila masa je ni. ;)

    ReplyDelete
  4. This is really good! Looking forward to engaging them when I need such service in the future :) Already followed them on FB & IG :)

    ReplyDelete
  5. The service is so affordable than FedFx or PosLaju. Can try out sometime. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  6. My friend used their services recently and she is impressed. I wish they expand their reach until our many islands here in the Philippines

    ReplyDelete
  7. Senang lah terutama usahawan baru dan usahawan kecil nak perkembangkan business mereka dengan ada service penghantaran macam ni cepat dan mudah murah lak tu bestnya....

    ReplyDelete
  8. wahhh terbaik la..mudah jer kan bila guna apps ni..semua dihujung jari

    ReplyDelete
  9. hebatla sekarang..kita tinggal duduk rumah je kan..ya ampun..jimat masa dan tenaga..ni nak try pakai lalamove ni..huhu

    ReplyDelete
  10. Bagus kalau ada lebih banyak syarikat kurier. Barang yang ditempah online juga boleh dapat lebih cepat. Sekarang ni barang dari oversea ambik masa sampai dua minggu, harap akan ada penambahbaikkan.

    ReplyDelete
  11. Such a great service. I wish they expand to Ipoh as well, as we do have use for such 24/7 delivery service! All the best to Lalamove.

    ReplyDelete
  12. More and more delivery service now! I love that they can delivery item in less than 1 hour, so fast!

    ReplyDelete
  13. Skrg dah byk company pengantin klu ok baguslah jd Kita byk pilihan.

    ReplyDelete
  14. Lalamove? What a cute name! Haven't hear it before. Thanks for sharing with us

    ReplyDelete

Powered by Blogger.