MIVAS 2018 – MENGHIMPUNKAN HAMPIR 1 JUTA PENGGUNA VAPE

Menjadi yang pertama dan buat julung kalinya, Malaysia International Variety Summit ( MIVAS ) membawa lebih 100 jenama vape terkemuka di Malaysia untuk menyampaikan kesedaran dikalangan pengguna vape di seluruh Malaysia. Nah !! Untuk rekod terbaik dengan menghimpunkan hampir 1,000,000 pengunjung – ia boleh dikategorikan berjaya !!


Malaysia kini yang pesat membangun juga dikenali sebagai hub perniagaan yang semakin berkembang menjadi platform terbaik untuk memperkenalkan jenama ke seluruh dunia. Bukan setakat menyasarkan 100 ribu ataupun 200 ribu malahan yakin mencapai jutaan pengunjung, MIVAS mengutamakan kualiti hasil kerja berbanding kuantiti.


MALAYSIA INTERNATIONAL VAPE SUMMIT 2018


MIVAS yang juga penganjur Malaysia International Vape Summit 2018 telah menghimpunkan lebih 100 peniaga dalam dan luar negara bersama 300 ( mungkin lebih !! ) jenama pada minggu lalu telah menarik hampir satu juta pengunjung yang rata-ratanya pengguna vape. Waa. Bukan satu angka yang kecil kalau nak dibandingkan dengan pameran biashe biashe nih. Hee~

vapempire
Penaja Utama – Vapempire
Pada Oktober 2016, Jemaah Menteri telah memutuskan penggunaan rokok elektronik dan vape dikawalselia oleh tiga kementerian iaitu :

  • Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM )
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK )
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ( MOSTI )

BACA SINI –> TAKLIMAT DAN PENJELASAN ISU ROKOK ELEKTRONIK DAN VAPE


Majlis penutup MIVAS 2018 turut dirasmikan oleh YB. Dr. Afif Bahardin ( Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang ) diiringi YB. Hilman Idham ( ADUN Gombak Setia ) turut memberi pendapat bahawa vape merupakan inisiatif bagi mengurangkan gejala merokok dikalangan masyarakat.


"Saya bercakap tentang inisiatif bebas asap rokok di Pulau Pinang dan bagaimana 
menjadi perokok yang bertanggungjawab juga mempunyai kesedaran.." 

"Jika keburukan adalah isu, gula juga tidak baik untuk kesihatan.
Dalam kes vaping, apa salahnya memupuk nilai tanggungjawab sebagai perokok
dan sedar akan kehadiran orang yang tidak merokok."

- YB. Dr. Afif Bahardin


mivas_2018_pwtc
free recoil !!
Apa yang menariknya, dari A – Z tentang vape ada kat sini termasuklah servis-servis yang biasanya korang boleh dapat kat kedai. Antara yang dorang tawarkan :

  • Set MOD serendah RM 65.00
  • E-liquid ( pelbagai rasa !! )
  • Tank dari yang besar sampailah yang kecik
  • Bateri import
  • Pelbagai merchandise
  • Cotton
  • Siap boleh recoil dengan percuma ( tapi ada syarat lah.. )

vapor_boy


e-liquid_flavour_liquid_vapor_murah


mod_vape_murah

Dan banyak lagi !! Maklum lah, event dua hari kan kena lah bawak macam-macam untuk tarik pelanggan. Ehem. Sempat kakak interview satu brand nih, katanya total sales untuk dua hari cecah ratus ribu ringgit !! Kentangggggggg !!

Ni kira nak bagitau MIVAS 2018 success la nih. Hee~


FAKTA : HAMPIR SATU JUTA PENGUNJUNG MENGUNJUNGI MIVAS 2018


PENAJA UTAMA MIVAS 2018


Memonopoli industri vape, Vapempire dan juga Dejavu [ DJV ] sama-sama bersatu menjadi penaja utama sempena MIVAS 2018 bagi memupuk semangat kekeluargaan dikalangan pengguna selain mewujudkan kesedaran dalam mendidik orang awam untuk menjadi pengguna vape yang bertanggungjawab ( Ya !! Sama macam merokok, vape juga diletakkan di bawah akta sama seperti rokok.. ) telah dipilih sebagai KEDAI VAPE TERBAIK, anugerah tersebut bukan sahaja sekadar nama sebaliknya peranan yang harus dimainkan oleh jenama selari dengan misi untuk mengurangkan pengambilan rokok terhadap masyarakat.



vapempire_malaysia_2018
“mana boleh buat O kak, aircond ni.. angin..”
Memang havoc !!

Tak sangka sambutan pertama exhibition MIVAS macam ni sekali punya best. Semua bawah satu bumbung dari pembekal, pengeluar seterusnya ke end user membuktikan penerimaan masyarakat tentang vape pada masa kini semakin terbuka..

Semoga berjodoh pada MIVAS 2019 !!


malaysia_blogger

1 comment:

  1. Emberd la video dalam nie, baru nampak suasana havoc!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.