RAHSIA GINSENG MERAH DALAM SHO UNTUK KECANTIKAN WANITA ASIA

menjadi wanita dan sentiasa menitik beratkan soal kecantikan serta kesihatan kulit, kakak tak terlepas dari menjadi mangsa pelbagai produk yang tidak berkualiti.. fufff—payah rasanya nak repair balik kulit yang dah breakout menjadi elok seperti sebelumnya.. dengan inovasi ginseng merah, kakak yakin semua akan okay – cuma dengan SHO lah..

sho_red_ginseng

bila borak-borak dengan kengkawan, ada yang rekomen produk dari Special Homecare Origin ( SHO ) yang memang diterbang khas dari Korea.. wah !! bila dalam kondisi terdesak nak repair masalah kulit, kakak memang yakin dengan saranan pakar..

kakak mula explore tentang SHO..


SPECIAL HOMECARE ORIGIN ( SHO )


sedia kita tahu ginseng merah memang sangat bagus untuk kesihatan kerana mengandungi zat aktif iaitu ginsenosides dan juga beberapa kandungan mineral baik untuk kesihatan..

dan terdapat pelbagai jurnal kajian mengenai ginseng merah untuk kesihatan dan diperakui bahawa ginseng merah adalah ginseng yang terbaik.. walaupun diamalkan untuk kesiharan dalaman, ia tidak terhad di situ kerana kandungan ginseng merah memang mempunyai pelbagai manfaat termasuklah dari sisi kecantikan dan awet muda..

menyedari betapa pentingnya sisi kecantikan, Sooin Cosmetics memberi fokus penuh dalam menambah nilai kecantikan dan kesihatan kulit wajah kepada pengguna.. tak kira lelaki atau wanita – sama.. dan !! kakak dah cuba peroduk terbaharu dorang yang tidak mengandungi bahan kimia merbahaya dan selamat untuk ibu hamil sekali pun !! super bestttttttttt..


SHO RED GINSENG AMPOULE


mempunyai kandungan aktif yang dijadikan solusi yang efektif untuk merawat masalah kulit, SHO Red Ginseng Ampoule didatangkan dalam botol bersaiz 50ml.. comel dan mudah bawa.. hee~ yang menariknya, ampoule ni mengandungi 42% ekstrak ginseng merah yang dirumus khusus untuk membekalkan nutrien ke dalam kulit disamping memulihkan kerosakan kulit secara lembut.. kira pelbagai fungsi, ampoule ni pun boleh melembapkan kulit..

sho_red_ginseng_ampoule

ekstrak ginseng merah dapat menjana sel kulit baharu dan menyingkirkan sel kulit mati.. ehem.. kan kakak selalu pergi event dengan tepekan makeup hampir tiga inci ( hahahaha~ sesekali melaram kan.. ) membuatkan kulit muka kakak kering dan tak menentu – adakalanya terlampau berminyak dan terlampau kering.. dengan titisan ampoule ginseng merah dari SHO ni, kakak tak risau dah.. sebab ?

  • minyak bunga camellia
    • mencerahkan kulit dengan sekata
  • ekstrak akar paeonia suffruticosa
    • membaikpulih tekstur kulit
  • ekstrak akar morus alba
    • mengurangkan faktor penuaan pada kulit
  • ekstrak biji koko ( theobroma )
    • tinggi antioksidan dan sangat baik untuk kulit

red_ginseng_ampoule_sho
walaupun mempunyai tekstur yang likat, ampoule dari SHO sangat mudah meresap lembut ke dalam kulit tanpa meninggaklan kesan melekit.. wah !! serius memang selera kakak lah nih.. hee~ boleh berjimat sebab pakai sikit-sikit jek pun boleh rasa kulit lebih segar dan awet muda.. gitteww—oh !! kesan boleh dirasai seawal tiga hari !!!!!


TIPS : KAKAK BLEND FOUNDATION DENGAN SHO RED GINSENG AMPOULE 
UNTUK KESAN MAKEUP TAHAN LEBIH LAMA



SHO AGING RED GINSENG AMPOULE MASK


bila perlu rehatkan kulit, kakak memang jadikan mask sebagai salah satu rutin kecantikan.. ya !! betul !! bukan untuk cantik jek tapi untuk awet muda jugakkkkk.. hahaha~ sejenis belum boleh terima kenyataan tahun ni usia semakin menginjak jauh meninggalkan alam remaja.. gitteww--

sho_red_ginseng_mask
pakai 15 – 20 minit jekkkkk--
sama seperti aturan pemakaian mask yang lain, korang boleh pakai selama 15 – 20 minit, tanggalkan dan urut lembut supaya ekstrak ginseng merah meresap jauh ke dalam kulit.. e—masa menaip ni pun kakak terbayang BEST dia cemana.. hee~


APA BEZA KANDUNGAN AMPOULE DAN MASK ?


tak de beza.. untuk kesan yang lebih efektif, korang boleh gunakan kedua-duanya dalam satu rutin.. nah.. ini pun kakak biasa buat nih.. lepas bersihkan kulit muka dari kotoran, kakak akan pakai toner – kira wajib dah ni.. hee~ lepas tu baru pakai ampoule dan massage lah sikit supaya ampoule tadi meresap perlahan ke dalam kulit.. dah puas hati boleh lah pakai mask..

sho_aging_red_ginseng_mask

untuk mendapatkan kulit yang lebih lembap dan segar, kakak gabungkan kedua-duanya.. memang tak menghampakan.. korang boleh try jugak nanti untuk rasakan efek ginseng merah nih.. memang cepat dan berkesan gaissssss..

nah !!
maklumat lanjut, korang boleh explore semua link kat bawah nih..

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/shomalaysia

tak pun.. walk in jek kat mana-mana butik kecantikan SASA !!

oh !!

lupa kakak nak bagitau.. kakak memang tak pakai produk yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya tauuuu.. maklum lah, kulit muka nak pakai lama kot.. nasiblah produk dari SHO nih memang tak de chemical.. selamat digunakan pelbagai peringkat umur termasuklah ibu yang sedang hamil..

haa.. siapa cakap nak cantik susah ? senang jek kalau korang jumpa produk yang betul..

malaysia_blogger

1 comment:

  1. ginseng memang diakui hebat kan dan banyak manfaat =)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.