FLEUR KINI DIKENALI SEBAGAI FLERR MELANCARKAN PEWANGI KERETA VERSI MALAYSIA

Kalau sebelumnya pasaran pewangi kereta dimonopoli dengan pelbagai jenama dari luar negara, kini Flerr berani mengambil bahagian dalam memperkenalkan variasi pewangi kereta citarasa Malaysia yang dikenali sebagai Le’ Clipse.

agent_pewangi_kereta_fleur_flerr

Asalnya, Flerr yang telah ditubuhkan pada 24 Ogos 2016 di bawah syarikat Disa Synergy Sdn. Bhd. lebih dikenali sebagai FLEUR hanya mengeluarkan lima pilihan bau dan kini mempunyai lebih 20 bauan eksklusif.


DARI FLEUR KE FLERR


Telah mengambil alih pasaran pada empat bulan pertama dengan jualan sebanyak 80,000 unit – Flerr mempunyai lebih daripada 2000 wakil pengedar yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan lapisan umur bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat saban tahun. Optimis dengan pencapaian hari ini, Flerr mahu melahirkan lebih ramai usahawan berdaya - saing yang mampu menjana pendapatan sehingga lima angka sebulan.




Secara khususnya, pewangi kereta Flerr menggunakan cecair yang diimport khas dari Eropah dan dibungkus kemudian di edar ke seluruh Malaysia berjaya menambat hati pengguna selepas hasil jualan sepanjang dua tahun mencapai target luar biasa dengan jumlah keseluruhan penjualan lebih dari 3.1 juta botol menjadikan sistem penjualan melalui ejen pilihan yang terbaik bagi melonjakkan angka jualan tersebut.

pencapaian_terbaik_flerr_fleur_malaysia
Flerr telah berjaya menembusi pasaran Asia Tenggara termasuk Singapura, Indonesia, Brunei dan Filipina
Flerr mengambil tanggungjawab memberikan kualiti dengan mengeluarkan minyak wangi berkualiti tinggi dan tidak mengandungi metanol yang boleh menjejaskan kesihatan dan setiap bau dihasilkan dengan teliti dan hanya yang berkualiti serta selamat akan dipilih bagi mewakili jenama Flerr menjadikan Flerr unik dan berbeza dari bauan pewangi kereta yang lain.

pengasas_flerr_minyak_wangi_kereta_malaysia

Walaupun Flerr telah melangkah jauh dengan pewangi dalam kereta berpenutup kayu, tidak menyekat pelancaran Le’ Clipse yang lebih elegan dan tahan lebih lama sekitar 30 hari – 45 hari ( bergantung kepada cara penggunaan ) sekali gus berkembang dengan meletakkan jenama Malaysia setanding dengan jenama Antarabangsa.


“Pewangi kerta yang lama ( penutup kayu ) masih dikekalkan walaupun Flerr telah melancarkan Le’ Clipse dengan harga RM 15.90..”
- Mohd. Suhaimi Saiful ; Ketua Pegawai Eksekutif Flerr


pewangi_kereta_flerr


PEWANGI KERETA LE’ CLIPSE


Telah melalui pelbagai saringan Antarabangsa bagi memastikan TIADA bahan terlarang yang boleh membahayakan pengguna, produk keluaran Flerr yang tebaharu iaitu Le’ Clipse adalah 100% wangian dari Perancis yang telah didaftar serta mempunyai kod tersendiri menjadikan setiap satu darinya eksklusif dan unik.

1. AMETHYST
  • diinspirasikan dari bauan bunga Lavender yang lembut dan menenangkan

2. AURORA
  • bauan ice peach tea yang mampu membangkitkan mood

3. CITRINE
  • aroma segar sitrus yang segar seperti musim buah

4. EMERALD
  • semerbak bau epal yang manis dan ranum

5. SAPPHIRE
  • menyegarkan seperti ocean breeze yang romantik

flerr.com

Jutaan tahniah buat warga kerja Flerr yang mampu ‘pergi’ sejauh ini dengan membawa identiti tersendiri disamping membuka ruang untuk berkongsi rezeki bersama. Untuk maklumat lanjut, mungkin pautan di bawah boleh membantu anda.

LAMAN WEB : www.flerr.com
EMAIL : admin@fleur.my
HOTLINE : +603 3359 7044

malaysia_blogger

1 comment:

  1. Sebelah rumah Qiya ada usahawan sepenuh masa Fleur. Berkotak2 stok dia buat delivery. Penuh la seat belakang kete dia. Mau sangkut kat bonggol... haha... tapi serius memang respek sangat brother ni...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.