MANA YANG LEBIH MAHAL ANTARA iPHONE XS, iPHONE XS MAX ATAU iPHONE XR ?

by - October 17, 2018

bila bercakap pasal TREND, memang ramai berebut nak jadi yang pertama.. hee~ kakak seronok bila tengok perkembangan isu semasa dari pelbagai golongan termasuklah topik saban tahun iaitu harga terbaharu iPhone yang menjadi topik perbualan netizen..

new_iphone

walaupun pengeluar utama belum mengesahkan bila akan masuk ke pasaran Malaysia, tapi dorang dah keluarkan harga dan specs khusus yang ada pada ketiga-tiga siri ni !! hee~ kalau korang memang menunggu, inilah masanya !! cuma sanggup dengan tidak jek lah..


iPHONE XS


  • skrin HDR 5.8 inci
  • berat 177 gram
  • chipset Bionik ( A12 ) + Neural Engine
  • kamera 12MP f / 1.8 sudut lebar + 12MP f / 2.4
  • keupayaan bateri 30 minit lebih lama berbanding iPhone X
  • konfigurasi Nano – SIM + eSIM
    ( yang ni tak sure kat pasaran Malaysia ada ke idokkkkk )
  • sistem operasi bermula dari iOS 12
  • terdapat dalam tiga pilihan warna iaitu Emas, Perak, Kelabu
  • harga bermula dari :
    • RM 4,999.00 ( 64GB )
    • RM 5,699.00 ( 256GB )
    • RM 6,649.00 ( 512GB )

harga_iphone_malaysia


iPHONE XS MAX


  • skrin HDR 6.5 inci
  • berat 208 gram
  • chipset Bionik ( A12 ) + Neural Engine
  • kamera 12MP f / 1.8 sudut lebar + 12MP f / 2.4
  • keupayaan bateri 1 jam 30 minit lebih lama berbanding iPhone X
  • konfigurasi Nano – SIM + eSIM
    ( yang ni tak sure kat pasaran Malaysia ada ke idokkkkk )
  • sistem operasi bermula dari iOS 12
  • terdapat dalam tiga pilihan warna iaitu Emas, Perak, Kelabu
  • harga bermula dari :
    • RM 5,399.00 ( 64GB )
    • RM 6,099.00 ( 256GB )
    • RM 7,049.00 ( 512GB )

harga_iphone_xr


iPHONE XR


  • skrin LCD 6.1 inci
  • berat 194 gram
  • chipset Bionik ( A12 ) + Neural Engine
  • kamera 12MP f / 1.8 sudut lebar + 7MP f / 2.2
  • keupayaan bateri 1 jam 30 minit lebih lama berbanding iPhone 8 Plus
  • konfigurasi Nano – SIM + eSIM
    ( yang ni tak sure kat pasaran Malaysia ada ke idokkkkk )
  • sistem operasi bermula dari iOS 12
  • terdapat dalam enam pilihan warna iaitu Biru, Putih, Hitam, Merah, Kuning dan Emas
  • harga bermula dari :
    • RM 3,599.00 ( 64GB )
    • RM 3,849.00 ( 128GB )
    • RM 4,299.00 ( 256GB )

iPhone_XR_Malaysia_price

nahhhhhhhhh--

menggigil ke tidak ? hee~ tapi ada yang kata tak berbaloi nak beli sebab boleh beli sebijik motosikal semata-mata untuk mendapatkan kesan bokeh yang vasssssssss.. eh !! eh !! mampu tu subjektifkan.. kalau korang mampu nak beli iPhone dan motosikal belilah.. tak de sape paksa pun..

sebenarnya kakak pun tak perasan sejak bila terjebak dengan iPhone ni ( walaupun tau memang pembawakan dari Encik Suami.. hee~ ) sebab kakak memang buta teknologi.. tapi tu lah.. dah melayan Encik Suami berborak, sekaligus rasa nak tau tu ADA.. ini lah natijah nye..

kakak ?
korang nak sponsor ke ? kalau tak nak, dendiam.. jangan tanya.. menjejes airliur tau tak ? hahahahaha~

malaysia_blogger

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...