LAB 11 ; JENAMA MALAYSIA KUALITI ANTARABANGSA MEMBANTU MERAWAT MASALAH KEROSAKAN RAMBUT

Sangat membimbangkan apabila semakin hari rambut semakin berkurangan akibat faktor usia dan rutin sehari-hari yang membataskan aktiviti untuk memberi perhatian yang lebih terhadap kesihatan serta kesihatan rambut. LAB 11 mempunyai solusi yang mudah cuma dengan dua langkah.

lab11_malaysia

Jenama LAB 11 adalah satu pencapaian terbesar pasukan pakar rambut yang dimiliki oleh Global Story mempunyai pengalaman lebih daripada 18 tahun dengan memberi khidmat kepada berjuta-juta pelanggan dari seluruh negara. Global Story yang mempunyai sebelas cawangan salun Hairstory, Akademi Global Story, dua salun kuku Sugar Nails dan dua cawangan Facestory telah menjadi pelopor dalam industri kecantikan rambut dan penyelidikan tentang perkara yang berkaitan.

Seiring dengan visi yang dibawa Global Story untuk memupuk keyakinan diri individu menerusi penjagaan kecantikan untuk pelbagai lapisan masyarakat, LAB 11 adalah platform yang menawarkan rangkaian produk rambut sesuai untuk pelbagai lapisan umur.

lab11_international

Memberikan yang terbaik, LAB 11 memperkenalkan dua produk yang dipaten tanpa menggunakan bahan kimia yang merbahaya, iaitu :




LAB 11 FULL-LIFT SHAMPOO


  • Mengandungi ekstrak Nasturtium Officinale yang mengandungi sejumlah besar sulfur, zink dan magnesium yang berfungsi untuk menjadikan akar rambut lebih kuat dan meningkatkan ketumpatan folikel rambut yang menjadikan rambut kelihatan lebih kuat dan padat. Rambut akan berasa lebih ringan dan tebal. Turut mengandungi ekstrak limau nipis, oren, peppermint dan pati minyak kayu putih mampu memberi kesegaran semasa bersyampu.


LAB 11 FULL-LIFT SOFT MASK


  • Melengkapkan rutin bersyampu, pastinya lapisan soft mask yang kaya dengan minyak argan, minyak zaitun dan tinggi asid amino ini mampu menjadikan rambut lebih lembut dan menyusun semula molekul rambut yang telah rosak menjadikan ia sempurna. Meresap lembut terus ke dalam rambut, ia bertindak meremajakan rambut, melindungi folikel dan memperbaiki sel-sel rambut secara keseluruhannya.



CARA PENGGUNAAN


1. Sikat rambut terlebih dahulu supaya rambut tidak bersimpul dan memberi ruang air menyerap terus ke rambut. 

2. Basahkan rambut hingga sekata.

3. Pam syampu ke tapak tangan mengikut kuantiti yang diperlukan dan sapu terus ke rambut sehingga rata.

4. Bilas sehingga bersih.

5. Keringkan rambut secara lembut menggunakan tuala kering yang bersih.


Dah siap semua ? Jom kita pakai Soft Mask plakkkkk. Soft Mask ni berfungsi sebagai conditioner yang menjaga rambut dari pelbagai punca kerosakan. Nah !! Memang tak lengkaplah penjagaan rambut tanpa Soft Mask ni.


6. Pam Full-Lift Soft Mask secukupnya dan sapu rata dari tengah rambut hingga ke hujungnya.

7. Guna sikat bergigi jarang atau cukup dengan menggunakan jari sahaja supaya soft mask dapat meresap lembut dari akar hingga ke hujung rambut.

8. Biarkan selama 2 - 5 minit dan bilas sehingga bersih.


Penjagaan rambut memang leceh tapi dengan hasil yang korang akan terima pasti memuaskan hati. Mana tidaknya, dapat fliphair dan rambut lebih terurus sepanjang hari.

Jadi !!
Kalau korang memang ada masalah kerosakan rambut, masih sempat untuk rawat menggunakan kombinasi LAB 11 Full-Lift Shampoo dan LAB 11 Full-Lift Soft Mask ni !!


USAHAWAN LAB 11


Dengan permintaan dari pelanggan yang semakin hari semakin meningkat, LAB 11 membuka tawaran untuk mereka yang mahu memulakan perniagaan secara online di mana LAB 11 turut menyediakan latihan penuh kepada mereka yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan sehingga enam angka ( ataupun lebih !! ). Semuanya hanya dihujung jari termasuklah urusan perniagaan produk LAB 11.

Ramalan perkembangan semasa mengenai teknologi maklumat mengesahkan bahawa beberapa tahun akan datang banyak perniagaan akan bergerak masuk ke dunia siber bagi menggantikan sistem konvensional. Semakin cepat korang memulakan perniagaan internet semakin korang bersedia untuk berkembang dengan lebih positif.

lab11_private_preview

Meletakkan harapan yang tinggi untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang mampu berdiri dengan kaki sendiri disamping bersaing secara sihat, LAB 11 merancang untuk memperkembangkan pasaran jenama ke peringkat antarabangsa secara lansung kerana pengunaan internet yang tidak mempunyai jangkauan had waktu dan wilayah. Jadi !! LAB 11 dapat diakses dari mana-mana sahaja.




Setiap usahawan yang mendaftar akan diberi ruangan login atas nama sendiri yang berfungsi sebagai kedai peribadi. Hanya buat pesanan untuk pelanggan, masukkan butiran dan terima bayaran yang sepatutnya dari pelanggan – pihak pengurusan LAB 11 akan mengeposkan pesanan bagi pihak korang. Nampak ? Tak payah beriya nak simpan stok atau buat pembelian dalam kuantiti yang besar.
Hanya bermodalkan semangat, latihan dari mentor yang terlatih, peranti internet – semua pun boleh menjadi usahawan.


Bagi memudahkan korang untuk mencapai info terkini, kakak sediakan beberapa link yang mungkin boleh jadi rujukan.


malaysia_blogger

2 comments:

Powered by Blogger.