PROMOSI BACK TO SCHOOL BERSAMA SUNFEET – PAKAR KAKI ANAK-ANAK
Kesibukan setiap tahun menjelang musim persekolahan adalah menyiapkan pelbagai kelengkapan sekolah anak-anak dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Kalau boleh semua nak baharu sebab nak naikkan semangat belajar anak-anak. Hee~ Seronok kalau dengar ada promosi back to school apatah lagi kalau dikelolakan oleh pakar kaki ; Sunfeet.
Mengetahui betapa pentingnya kaki sepanjang tumbesaran anak-anak, kami mengambil inisiatif untuk mempelajari lebih banyak tentang kesihatan kaki. Ye lah. Nak pakai lama kan, sedikit sebanyak kena ambil berat lagi pula anak-anak yang masih kecil – masih sempat untuk dirawat sekiranya terdapat sebarang kesakitan pada kaki dan tapak kaki.
BACK TO SCHOOL 2019
Kalau sebelum ni kita nak pilih kasut untuk anak-anak, asal muat dan bergaya konon dah cukup tapi tidak mementingkan kesesuaian kasut dengan tapak kaki membuatkan mereka mendapat kesan terhadap kesihatan tulang belakang dan lutut. Sehari suntuk berada di sekolah mengisi pelbagai program pembelajaran sudah pastinya kaki yang kuat dapat membantu anak-anak bertahan sehingga waktu balik sekolah. Kasut yang selesa adalah kasut yang mempu memberi sokongan pada tapak kaki dan tulang belakang supaya dapat membesar dengan baik dan sihat.
Telah berpengalaman lebih 30 tahun, Sunfeet mengambil inisiatif untuk menyampaikan kesedaran betapa pentingnya kesihatan kaki sementara anak-anak tengah nak membesar dan tumbesaran tulang masih boleh dibentuk.
“Apabila usia anak menjangkau 15 tahun, tulang anak-anak sudah mula mengeras
dan sukar untuk dibentuk semula.”
dan sukar untuk dibentuk semula.”
- Dr Edmund
SUNFEET INTERNATIONAL REHABILITATION CENTRE
Memakai kasut yang tidak mengikut kesesuai bentuk kaki juga memberi tekanan terhadap tulang dan struktur tulang yang membentuk badan. Selalu kita beli jek kasut kat shopping mall sebab cantik kan ? Cantik tak semestinya elok dan membantu tau. Sebab itu la pentingnya pemakaian insoles yang mengikit bentuk tapak kaki dan pemilihan insoles yang tepat sangat penting. Insoles merupakan pelapik kaki yang direka khusus untuk pengguna ( customade hoccaaayyyy ) bagi mengekalkan kestabilan dan kesihatan tapak kaki.
KLIK SINI –> PAKAR KAKI YANG DIPERCAYAI SEJAK 1978 !
Di SunfeeT Rehabilitation Centre yang juga merupakan on stop centre untuk membuat pemeriksaan kaki dan terus mendapatkan rawatan yang sesuai bagi merawat masalah kaki. Dari kanak-kanak sehinggalah ke dewasa, semua pun boleh.
Nur Aiman memang suka cek cek nih. Dia tak takut lansung. Tapi dapat mencegah awal lagi bagus kan ? |
YA ! Nur Aiman ada masalah tapak kaki rata. Patutlah dia selalu mengadu sakit belakang. Em. |
Orang kita memang kurang mengambil berat tentang kesihatan kaki sebaliknya di Sunfeet, para pengunjung akan didedahkan dengan realiti sebenar pelbagai masalah yang berpunca dari kerosakan kaki. Sebab tu mereka menawarkan promosi Back To School untuk ibu ayah membuat semakan kaki anak-anak disamping mendapatkan konsultasi yang sesuai dengan masalah kaki anak.
ruang 2 jari pada hadapan kasut bagi menjaga keselesaan kuku kaki.
Memilih kasut yang betul dan bersesuaian dengan aktiviti seharian anak-anak pastinya dapat membantu pertumbuhan tulang yang lebih sihat disamping menjaga kesihatan tubuh badan anak-anak. Kini di Sunfeet ada pelbagai promosi menarik untuk pengunjung sama-sama manfaatkan musim cuti sekolah dengan memperbetulkan kesilapan perhatian pada kaki anak-anak termasuklah pemilihan kasut sekolah yang betul dan sesuai mengikut tapak kaki anak. Kaki yang sihat adalah kaki yang gembira ! Ha. Faham tak ?
Kalau kita tak bantu perbetulkan kesihatan anak-anak, mereka tidak mampu buat sendirian. Jadilah ibu ayah yang bijak untuk masa depan mereka yang cemerlang ! Wah ! Jemput singgah di Sunfeet tau !
ALAMAT :
Block C, 18 Jalan 19/1 Seksyen 19,
46300 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
WAKTU OPERASI :
Setiap hari dari 10.00 pagi – 7.00 petang
LAMAN WEB : www.sunfeet.com.my
FACEBOOK : www.facebook.com/sunfeetinternational
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/sunfeet_rehab_center
Bagusnya sunfeet ni..memang menjaga kaki kita..
ReplyDeleteMCM PERNH DGR..
ReplyDeletemmg bgus kan mcm ni.kn pilih kasut yg btul..so ank pun selesa nak bergerak aktif.xsakit kaki..