LAZADA 11.11 BLOGGER CONTEST – KAKI SHOPPING KENA STANDBY !!

by - November 07, 2018

Setiap tahun dan belum pernah berputus asa memeriahkan komuniti blogger dengan contest !! Yeay !! Lazada 11.11 Blogger Contest menawarkan lebih baucar tunai lebih daripada RM 10,000.00 untuk 103 orang pemenang ! WAH ! Menyambil-nyambil korang ada blog tu, memang sesuai sangatlah join. Kan ?

lazada_blogger_contest_11.11

Heyyyyyy-- 
 
Kakak pun yang memang kaki shopping sejati takkan nak tengok saje. Ha. Kena lah ada sebarang dua barang untuk dibeli. Kan ? Maka. Kakak pun susun strategi penyimpanan duit dari bulan September untuk sama-sama merasai kehangatan meriahnya JUALAN MEGA 11.11 nih. Korang ingat kakak beli kasut lagi ? Hee~ Cukup lah ! Kali ni misi kakak nak tunaikan impian semua orang kat dalam rumah ni. Asyik impian kakak jek.


1. ENCIK SUAMI YANG SUKA MEMASAK


Memang seronok bila memiliki suami yang suka memasak ( dan juga makan !! ) terasa ringan sikit tugasan sebagai seorang isteri sebab boleh bahagi-bahagikan tugas. Hee~ Haritu Encik Suami kakak cakap pemegang pan ( kuali leper ) dah nak patah sebab pernah terjatuh. Memang frust jugak sebab set periuk yang ada sekarang pun Encik Suami yang belikan masa awal-awal pernikahan dulu.

BERLINGER_HAUS _10pcs_Cookware_Set_Copper_Metallic_Line_Rosegold


Jadi !! 
 
Kakak fikir nak pulang paku buah keras dan ada plan nak belikan satu set untuk beliau lah. Tapi minta maaf, dapur memang tak boleh nak masuk warna lain selain warna-warna wanita. Hahahaha~ Walaupun untuk beliau, tapi tetap nak warna kita. Lapar plak mengidamkan kari ayam airtangan Encik Suami kalau pakai set Berlinger Haus nih lagi lah sedap agaknya kot.


2. ANAK LELAKI YANG MINTA PRIVACY !!


Bila ada anak-anak yang sedang membesar ni, penat dia lain macam. Yang sorang berperangai macam ni, sorang lagi perangai macam tu dan susah nak puaskan hati kedua-duanya belum lagi masuk bab bergaduh dan bertumbuk. Pening ! Memang kakak dah asingkan bilik untuk Nur Aiman dan Nur Aina tapi masih belum sempat nak mengemas elok-elok.

katil_murah_lazada

Haritu ada tengok perabot untuk bilik tidur Nur Aiman tapi terlampau mahal dan melebihi bajet. Maka terpaksalah kakak terangkan pada Nur Aiman, nasib juga dia faham. Hee~ Katil yang kami tengok di kedai tu memang serupa macam gambar di atas. Ada ruangan untuk tidur dan meja belajar di bawah nya.




Dia dah plan dah nanti kalau sedara mara datang nak tidur mana, nak bentang tilam extra kat mana. Hee~ Begini rasanya ya bila anak-anak dah pandai merancang mengikut kehendak masaing-masing. Tapi bagus juga sebab ibu tak payah pening kepala nak fikirkan apa yang dia nak. Dia sebut, ibu cari, ayah bayar. Eh !!


3. ALWAYS BE MY PRINCESS


Dia memang tak minta banyak sebab semua dia dah ada. Set meja belajar dengan pelbagai koleksi buku dan rak permainan untuk menyimpan semua koleksi permainan yang dia ada. Cuma selalu dia sibuk menumpang bersiap kat bilik tidur ibu. Hahahaha~ Nak buat macam mana, perempuan kan ? Lagi-lagi bila dah pandai nak melawa.

dressing_table_murah_lazada

Kakak rasa dah sampai masanya nak adakan satu meja solek lengkap dengan bangku untuk Nur Aina perasan princess setiap hari. Dengan design moden sudah tentu tak lapuk dek tahun sebab nanti boleh guna sampai Nur Aina dah besar.




Confirm lepas ni ibu pulak yang menumpang kat bilik dia. Hahahaha~ Tapi tak pe lah. Selagi dia pandai nak bahagikan masa nak belajar, nak melawa dan pandai jaga diri – apa saja pun boleh. Tak de masalah. Pehhhh. Sebak pulak bila bercerita pasal anak-anak ha. Semua ibu pun nak jadi ibu yang terbaik dengan menyediakan kelengkapan terbaik untuk anak-anak. Kan ? Bisalah tu.

Bila anak-anak dah besar, ibu kena lah pandai membahagikan mana perlu ataupun tidak dan berbaloi setakat mana dengan perbelanjaan sehari-hari. Kalau dah Lazada tawarkan harga lebih murah berbanding harga di kedai. Masa ni lah nak jadi pembeli yang bijak ! Untuk ibu tak de ke ? Ibu memang tak de nak beli pape ke ? Haa. Serba salah plak rasa kalau tak de kan. Dah la jualan terlajak murah ni setahun sekali, mana boleh tak beli !!!!!!


4. MARILAH GANTIKAN YANG BAHARU !!


Dah lama kakak simpan item ni dalam cart tapi asyik terlepas pandang untuk dapatkan harga murah tu. Dan kali ni memang kakak taknak terlepas, nekad memang nak kejar siap set alaram dah ni ha. Hee~

sofa_murah_lazada

Disebabkan ruang kerja kakak ( sebelum ni kat bilik Nur Aina ) dah kena jajah, kakak kena lah cari tempat lain untuk kakak buat kerja dan terlelap time kerja. Hahahaha~ Dah kalau dasarnya sejenis tak reti nak tidur malam, memang perlukan ruang yang selesa seperti SOFA !! Ya !! Empuk dan lebar sesuai lah nak dok tergolek sambil tengok drama Korea ! Eh ! Sambil bekerja !! Hee~ Best jugak ni sebab ngam dah nak gantikan sofa lama tu.




Ha. Kalau korang boleh pasang angan-angan, maksudnya korang boleh juga memiliki apa yang korang angankan. Jangan sekat setakat itu sahaja. Salah satu cara untuk korang shopping dengan bergaya macam kakak, sudah tentulah 11.11 Shopping Festival yang akan berlansung pada 11 November 2018 di Lazada ni menjadikan segala impian kakak menjadi kenyataan ! Wah !!

Cuma kali ni bukan impian kakak sahaja, kakak cuba sebaik mungkin untuk tunaikan impian Encik Suami – Nur Aiman dan Nur Aina. Mesti dorang seronok gile kan ! Macam kakak seronok shopping sakan dengna Lazada – lah !! Hee~

malaysia_blogger

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...