MANIFESTO UNTUK DIRI SENDIRI SEMPENA TAHUN BAHARU 2019

Subahanallah – Alhamdulillah—Cepatnya masa berputar macam tak terasa pape tetiba je dah masuk 2019 !! Kalau nak ikutkan memang tak prepare pape pun tapi kuatkan semangat jugak la adakan manifesto untuk diri sendiri sebagai pemangkin semangat untuk pergi lebih jauh.

blogger_malaysia

Tak terkira berapa banyak keringat dan airmata yang tumpah sepanjang tahun 2018 untuk mengiakan kebolehan dan berdiri di mana kakak berada sekarang. Cheh ! Bukan lah mengejar populariti tapi menanam ‘saham’ dari sudut penulisan dan membuktikan bahawa surirumah sepenuh masa juga mampu untuk menjana pendapatan melalui penulisan. Wah !! Kencang--




TAHUN BAHARU 2019


Kakak suka dengan satu frasa ni ;


“Don’t get angry, get money. Choose yourself, focus on improving your life and get 
committed to your goals. You are in control here.”


Dan lebih empat tahun kakak menulis dan menjadi penulis sepenuh masa membuatkan kakak lebih berani untuk menyampaikan pendapat berupa pelbagai cadangan / review dan sedikit – lah kata-kata motivasi. Hahahaha~ Seronok sebab kakak dikelilingi mereka yang positif dan bersaing secara sihat. Ya—Ada juga kes-kes plagiat dan bermuka-muka tapi tak kisah lah. Rezeki masing-masingkan.

malaysia_blogger

Menyedari bukan selamanya relevan, kakak ada la buat beberapa plan jangka – hayat ( Valid sepanjang hayat. Hahahahah~ ) untuk survive. In Shaa Allah. Segalanya terletak pada keizinan Dia yang Maha Pemberi Rezeki. Kalau Dia kata ya – siapa plak boleh nak menafikan. Kan ? Apa pun kakak percaya, kalau ada usaha pasti ada ganjaran dan biasanya ganjaran yang diterima pasti setimpal atapun lebih dari apa yang diusahakan.




Untuk tahun 2019 ni kakak berharap masih dapat mengekalkan momentum dalam bidang penulisan ni untuk memberi lebih banyak manafaat kepada pembaca. Tapi ! Kakak akan lebihkan sedikit entri ilmiah dari sudut pandangan kakak seperti pelbagai tips keibubapaan, resepi memasak, petua kecantikan ( moden dan tradisional ) – al maklum lah. Dah berumur ni mungkin niche sebegini lebih membuka ruang untuk kakak lebih dekat dengan pembaca.


WISHLIST 2019


Kalau ikutkan memang banyak. Hahahaha~ Sejenis yang memang nak semua benda / semua perkara tapi nak highlight beberapa perkara yang paling diinginkan lah. Yang utama untuk diutamakan adalah urusan anak-anak yang dua ketul tu. Memberikan mereka yang terbaik dalam hidup adalah perkara yang sangat kakak titik beratkan dan saban tahun sejak adanya mereka, kakak belum pernah berhenti dari mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal menerima apa jua keadaan yang melibatkan mereka.

tahun_baharu_2019

Lain-lain ? 

Nak kata follow the flow pun tak boleh – sesekali memang kakak suka menongkah arus dan mengekalkan pendirian untuk diri sendiri. Apa pun, sebaik mungkin kakak akan elakkan perkara-perkara NEGATIF yang mampu menggugat perjalanan kehidupan kakak sehari-hari.

Kalau pada hari ini kakak boleh bertahan dan kakak yakin untuk tahun tahun seterusnya KAKAK BOLEH !! Hee~ Menjadi yang TERBAIK sangat susah tapi nak jadi orang baik - semua pun boleh buat ya.

Marilah majukan bidang penulisan dan menjadikan ia sebagai profession yang membentuk keperibadian helok kepada pembaca !! Nah !! Korang lepas baca entri ni tersemangat tak ? Hahahaha~

Kakak mulakan hari pertama 2019 dengan semangat yang membara. Korang ?

LOVE ;
ATIE ADNAN

5 comments:

  1. selamat tahun baru 2019 wak..:)

    ReplyDelete
  2. ye saya in sha Allah follow rapat-rapat untuk menimba ilmu sesambil mengambil semangat dari kakak

    ReplyDelete
  3. Makin bersemangatlah bila baca manifesto kakak niii , goodluck teruskan menulis dan bersaing cara sihat. Biarkan yang jenis tak sihat tuuu.. :D

    ReplyDelete
  4. salam tahun baru 2019. semoga dimurahkan rezeki lebih success dan sihat sentiasa ^^

    ReplyDelete
  5. Wah! semangat Mrs. A baca semoga tercapai apa yang dimanifestokan.
    In Sya Allah apa yang kita perlu DIA akan beri.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.