MERANCANG PERCUTIAN JIMAT DENGAN PROMOSI TRAVELOKA SALE-ABRATION SEMPENA MATTA FAIR 2019

Bila sebut nak pergi bercuti pastinya topik utama yang sering dititik beratkan adalah bajet tapi kalau korang tak larat nak bersesak singgah di Matta Fair 2019 – kakak yakin tawaran promosi Traveloka Sale-abration bakal menerbitkan senyuman percutian.

Traveloka Sale-abration Matta Fair 2019

Telah menjadi rutin kami sekeluarga, pada penghujung tahun pasti akan bercuti – NORMAL kan ? Tapi kakak tetap memilih untuk buat tempahan awal disamping menyemak pelbagai promosi yang diadakan.

Nah !!


TRAVELOKA SALE-ABRATION 2019



Semuanya dihujung jari dan sudah pastinya kakak tak perlu bersesak demi pakej percutian idaman kakak dan keluarga. Hee~ Traveloka Sale-abration menebarkan segala info yang kakak mahukan termasuklah bila waktu penerbangan yang sesuai, hotel yang bersesuaian dengan bajet dan apa yang menarik disekitar tempat menginap yang kakak pilih.

Telah berlangsung pada 26hb Ogos 2019 yang lepas sehingga 27hb September 2019 – Traveloka Sale-abration menawarkan pelbagai promosi termasuklah tiket kapal terbang, hotel, aktiviti menarik yang menjadi tumpuan pengunjung dan juga airport transfer untuk pelancong yang melancong dalam dan luar negara tetapi sangat peka dengan bajet dan keperluan sepanjang percutian. Macam kakak, yang kalau nak travel bersama dua orang anak yang sedang membesar sudah tentunya lokasi dan aktiviti yang ingin dilakukan sepadan sama apa yang mereka minat.

Matta Fair 2019

Traveloka telah bekerjasama dengan lebih 100,000 laluan penerbangan dan lebih 100,000 hotel di seluruh dunia yang turut menjadi ejen carian harga tiket kapal terbang termurah dan juga merupakan platform terbaik dihujung jari untuk kepuasan pengguna dengan mendapatkan harga terendah. Antara destinasi penerbangan popular menjadi pilihan pengguna adalah Bangkok, Langkawi, Singapura, Hong Kong, London, Maldives, Melbourne, Taipei, Lombok, Phuket, Tokyo dan juga Dubai.

Matta Fair 2020

Sudah tentunya TIADA CAJ TERSEMBUNYI dan semuanya dinyatakan pada penyata semasa membuat tempahan. Hee~ Lega dan boleh dipercayai kan ? Antara tawaran lain yang memang korang ( dan kakak juga !! ) tak boleh lepaskan adalah :

  • Penerbangan Domestik : Diskaun 5%, sehingga RM 60.00
  • Penerbangan Antarabangsa : OFF 5%, sehingga RM 120.00
  • Hotel : 10% OFF, sehingga RM 80.00
  • Xperience : OFF 20%, sehingga RM 100.00
  • Airport Transfer : OFF 25%, sehingga RM 50.00

Traveloka Malaysia

Tempah flight promos dalam ataupun luar negara korang hari ini sehingga 27hb September 2019 untuk melayakkan korang berjimat sehingga RM 120.00 !! Fuff !! Banyak tu !!

Dan !!
Jangan lupa gunakan PROMO CODE di bawah ya !!




Promosi Traveloka 2019


Yang penting untuk melayakkan korang menerima manfaat Traveloka Sale-abration 2019 ni adalah :

  • Tempahan harus dibuat mulai hari ini sehingga 27hb September 2019
  • Tempoh perjalanan pada bila-bila masa yang korang nak
  • Promosi Traveloka Sale-abration ini HANYA boleh digunakan untuk penerbangan yang menyertai syarikat penerbangan seperti yang disenaraikan oleh Traveloka sahaja
  • Diskaun yang tertera hanya SAH dilakukan melalui laman web Traveloka dan juga aplikasi Traveloka yang telah dimuatnaik di mana-mana peranti :

Kalau korang sejenis yang macam kakak, tak gemar nak keluar rumah dan bersesak – mungkin Traveloka boleh membantu malah memberi pilihan luar biasa terbaik dengan hanya beberapa klik di hujung jari.

Untuk maklumat lanjut, kakak yakin link kat bawah ni sangat bermakna buat korang yang masih mencongak-congak mahu bercuti kemana. Hee~




Kalau boleh buat tempahan dihujung jari, kenapa nak kena bersesak ? Cheh !!


LOVE ;
ATIE ADNAN


1 comment:

  1. rancangan untuk bercuti dah ada..masalah duit takde lagi..hmmm.. mampu cuci mata jer lah tengok sale traveloka ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.