BEST 5 WESTERN FOOD YOU CAN TRY IN KUALA LUMPUR

Kalau sebut pasal makanan, mesti banyak bayangan yang keluar kat minda dan kalau tanya kakak – makanan tempatan dan tradisi kakak boleh masak mengikut resepi yang emak turunkan cumanya kalau western food memang kena beli di kedailah lagi-lagi kat Kuala Lumpur ni terlampau banyak pilihan. Rambang !!

Dan !!
Baru-baru ni sempatlah kakak buat survey, port lepak makanan western mana yang best dan kena selera !! Hee~ Walaupun tau je SEDAP tu sangat subjektif tapi tak salah rasanya kalau korang cuba.


5 RESTORAN HIDANGAN WESTERN TERBAIK DI KUALA LUMPUR



Kuala Lumpur boleh digelar ‘syurga makanan’ kepada pecinta pelbagai rangkaian makanan, al maklumlah – dengan persekitaran yang padat pesat membangun sudah pastinya permintaan terhadap pelbagai hidangan menjadi topik utama penduduk setempat dan juga pelancong. Nah !! Tak peliklah kalau pelbagai rangkaian restoran tumbuh bak cendawan selepas hujan bagi memenuhi selera pelanggan sasaran.

Kalau tanya kakak, kakak sejenis yang suka mencuba kepelbagaian rasa dari pelbagai jenama restoran mahupun kiosk makanan untuk mencari titik kelainan dan keistimewaan sesuatu hidangan. Dan sudah tentulah kakak akan memilih dari segi harga, lokasi, service dan juga berapa cepat mereka boleh menyiapkan hidangn. Kalau mahal, service pun tak menghormati pelanggan, lambat menyiapkan makanan – memang kakak takkan repeat lagi lah. Hee~


SYRIAN HOUSE RESTAURANT



Masuk je Syrian House Restaurant ni, korang jangan terpedaya dengan hiasan dorang. Hahahaha~ Memang lah instaworthy tapi kita datang nak makan gaissssssssss. Jadi !! Kita kena oder dulu makanan sebelum selfie merata ya.

Menu Western Food Malaysia

Kebiasaan untuk restoran yang mengekalkan tradisi Syria – makanan pun mestilah nak mengikut tema juga ya. Ada pelbagai jenis sup, salad, hummus, daging panggang, kebab dan banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk lagi untuk korang mencekik !! Tapi !! Topik kita adalah makanan western gais. Makan !! Korang wajib kena cuba :

  • Escalope Béchamel - RM 23.10
  • Escalope Milanese - RM 23.10
  • Cordon Bleu - RM 27.30
  • Chicken Stick - RM 23.10
  • V Stick - RM 31.50
  • Lamb Cutlets - RM 31.50
  • Fish and Chips - RM 23.10
  • Grilled Hamor - RM 23.10

Dan SEMBILAN jenis sandwich yang ada kat sana !! Fuff—Portion makanan dorang memang ngam untuk kekenyangan dengan bahagia.


Q BISTRO TTDI



Sangat familiar dengan persekitaran TTDI, Q Bistro merupakan rangkaian kedai makan yang sangat popular di Semenanjung Malaysia dengan pelbagai hidangan ala-ala mamak tetapi korang tau tak kat Q Bistro pun ada makanan western ? Ya !! Kalau tak tau, sekarang dah tau dah. Hee~

Foodpanda Malaysia

Ada pelbagai hidangan menarik seperti Spaghetti Bolognese, QB Mushroom Soup, QB Cheesy Fried Chicken Burger, Grilled Lamb Chop dan juga Cheezy Wedges yang mana harga cuma sekitar RM 10.40 hingga RM 34.00 je gaissssssssss—Sangat murah dan berbaloi untuk orang yang berselera besar tapi nak jimat duit sebab portion yang disediakan pun sangat besar dan confirm kenyang.


GEO’S HARTAMAS



Selain tarikan perumahan mewah dan juga kehidupan serba sibuk, Hartamas mempunyai sebuah port lepak yang memang sangat meriah pada waktu malam – menjadi tumpuan orang muda lah katakan. Hee~ Ya !! Geo’s Hartamas yang telah beroperasi lebih dari enam tahun menghidangkan kepelbagaian makanan termasuklah hidangan tempatan, itali dan juga WESTERN !!


KLIK SINI –> WESTERN FOOD DELIVERY


Ada Carbonara Grilled Chicken Chop ( RM 22.00 ), Grilled Chicken Chop ( RM 18.00 ) dan juga Grilled Lamb Chop ( RM 22.00 ) yang menjanjikan sensasi makanan barat hingga ke suapan terakhir.

Korang mesti nak tau apa yang GEO’S nya. Kan ? Hee~ Sudah tentulah GorGEOS sos buatan sendiri dengan resepi terbaik dari chef Geo’s.

Port Makan Sedap Hujung Minggu

Hey !!   
Sudah tentulah HALAL !!


UNCLE Z WESTERN FOOD @ RESTORAN NASI KANDAR UTARA



Jangan gelarkan diri korang asal dari Bangsar kalau korang tak tau Uncle Z kat mana. Hee~ Uncle Z memang famous dikalangan peminat Nasi Kandar tapi tak kurang hebatnya juga bila Uncle Z turut menyediakan hidangan western untuk peminat makanan western. Ye lah. Duduk KL gaissssssss, anak tekak haruslah makan makanan barat yah !! Tak boleh tidak tau. Hahahahah~

Tak salah rasanya kalau korang mencuba hidangan yang ada dalam menu di Uncle Z, Bangsar ni sebab dorang menyediakan hidangan seperti :

  • Chicken Chop – RM 12.00
  • Chicken Grill – RM 12.00
  • Beef Steak – RM 22.00
  • Lamb Chop – RM 22.00
  • Fish & Chips – RM 13.00
  • Nuggets ( 5 biji ) – RM 4.50
  • Fun Fries – RM 5.00

Food Blogger Malaysia

Aduiyai !!
Murah sangat kalau nak dibandingkan dengna harga kat kedai lain !! Memang kena masuk dalam list wajib cuba korang tau !! Tak boleh tidak !!


KEBAB @ D’PALLET PLACE



Haa—Yang ni lari tema jap. Hahahaha~ Disebabkan makanan dorang nampak menyelerakan nau nau nau, kakak selit sini la eh. Korang halalkan jek lah dan kalau terliur, memang korang wajib singgah lah nanti untuk menikmati sedapnya hidangan Timur Tengah yang pastinya membuatkan korang tersenyum. Nahhhhhhhhhhh. ‘Mempertaruhkan’ lima kategori iaitu salad, shish taouk, hummus, shawarma dan kebab – membuatkan D’Pallet Food Court ISTIMEWA !!

Manakan tidak bila lima kategori tadi dipecahkan menjadi lebih 18 hidangan yang sangat mengiurkan. Hee~ Yang menarik perhatian kakak sudah tentunya KEBAB – boom !! Dengan variasi seperti Chicken Kebab Sandwich, Lamb Kebab Sandwich, Lamb Kebab With Rice, Chicken Kebab With Bread dan juga Lamb Kebab With Bread – pilih lah mana yang korang rasa sesuai dengan anak tekak.


WESTERN FOOD DELIVERY


Food Delivery In KL

Sibuk sepanjang hari dan tak sempat nak masak tapi nak makan makanan yang sedap mengikut selera anak tekak korang ? Hee~ Kakak sendiri selalu menggunakan perkhidmatan FoodPanda bagi memenuhi permintaan selera suami dan anak-anak. Ye lah. Kadang-kadang tak sempat nak memasak dek sibuk menyiapkan kerja dan keletihan sepanjang hari. Em. Nasib baiklah ada FoodPanda yang memang buat penghantaran terus ke rumah kakak.

Service yang pantas dengan harga upah rider yang murah – kakak memang dah jadi pelanggan tetap. Kadang-kadang FoodPanda bagi diskaun melalui promocode juga tau, macam sekarang ni ada promo 30% untuk pembelian di KFC ( minimum pembelian RM 20.00 ) dengan menggunakan promocode : KFC30LAGI !!

Foodpanda Rider

Apa lagi ?
Zaman serba mudah dan canggih serta urusan semua dihujung jari.



LOVE,
ATIE ADNAN


6 comments:

  1. perghh..tgk gambar pun rasa sedap..:)

    ReplyDelete
  2. jap, jap. sis membesor di Bangsar, kat mana restoran Uncle Z tu. haha. tak tau la. nampak tak sis kategori budak baik makan kat umah je. haha.

    ReplyDelete
  3. Hi..im just blog walking....nice blog ..if free jom la visit my blog: https://itsmesalrini.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Sennag kan bila ada macam ni... sukaa

    ReplyDelete
  5. Alhai sedap2 semuanya bolehlah Cuba nanti

    ReplyDelete
  6. Wow sedap2 Makanan Kat Malaysia Ni. Macam.mana Lah mama x gumuk mcm Ni hihij

    ReplyDelete

Powered by Blogger.