9 PERKARA YANG PERLU KITA TAHU BILA MASUK TAHUN 2020

Alhamdulillah. Diam tak diam dah masuk tahun 2020 dah tapi korang tau tak tahun 2020 adalah tahun yang sangat mencabar yang memerlukan kita sebagai rakyat Malaysia bersabar dan meningkatkan tahap kesabaran ke tahap paling tinggi. Hahahahah~

Bajet 2020 Untuk Rakyat Malaysia

Apa pun yang telah berlaku pada tahun sebelum-sebelumnya – kita jadikan sebagai pengajaran dan persediaan menghadapi 2020 dan tahun-tahun berikutnya lagi penting. Kan ? Ha—Apa yang korang perlu tahu bila masuk 2020 ni ?


SELAMAT DATANG 2020



Dalam bergembira menyambut tahun baharu, korang yang sebagai rakyat Malaysia juga perlu tahu beberapa perkara yang telah di’highlight’ oleh kerajaan Malaysia dan dipersetujui oleh barisan kabinet. Nah !! Walaupun banyak yang didebatkan dan ada yang mengutarakan pendapat masing-masing, kakak rasa – keputusan telah dibuat ; kita sebagai rakyat kena akur je lah ya. Hee~


1. Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak diwajibkan !!


“Child Restraint System ( CSR ) atau disebut sebagai kerusi keselamatan kanak-kanak adalah sebuah kerusi direka khas yang berfungsi untuk melindungi kanak-kanak di dalam kenderaan semasa berlakunya pelanggaran..”

Timbalan Perdana Menteri ; Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail



2. RFID dilaksanakan sebagai pilihan mod pembayaran


“Sistem itu dijangka dapat melancarkan lagi pergerakan trafik di lorong tol kerana pengguna 
lebuh raya tidak perlu lagi berhenti untuk menyentuh kad dan tambah nilai eWallet 
menjadi lebih mudah kerana dilakukan secara dalam  talian. Selain itu ia dapat mengurangkan 
isu kad elektronik tidak cukup baki, mengurangkan kejadian peranti SmarTAG 
hilang atau tidak mempunyai bateri atau diletakkan secara terbalik..”

Ketua Pegawai Operasi PLUS ; Zakaria Ahmad Zabidi



3. Kompaun, denda untuk perokok di premis makanan


“Sebanyak 146,607 premis makanan telah diperiksa dan 31,422 notis amaran telah dikeluarkan. 
Dari jumlah tersebut, sebanyak 27,759 buah premis telah diberikan amaran kerana gagal 
meletakkan tanda larangan merokok serta 3,889 notis dikeluarkan bagi orang yang 
didapati merokok di kawasan kedai makan. Sejumlah 23,805 aduan pula telah diterima 
semenjak Januari 2019 sehingga 3 November 2019..”

Menteri Kasihatan ; Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad



4. Inisiatif e-Tunai Rakyat


"Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, yang berpendapatan tahunan kurang daripada 
RM 100,000.00 layak menerima RM 30.00 setiap seorang bagi dibelanjakan untuk barangan 
dan perkhidmatan yang tersedia melalui pengendali perkhidmatan e-dompet terpilih..”

Menteri Kewangan ; Lim Guan Eng



5. Gaji minimum RM 1,200.00 sebulan di 57 bandar-bandar utama


“Pelaksanaan gaji minimum RM1,200 sebulan di wilayah bandar utama dan RM 1,100.00 
sebulan selain wilayah bandar utama adalah berdasarkan tempat kerja yang ditakrifkan 
mengikut Seksyen 2 Akta Kerja 1955 ( Akta 265 ), Ordinan Buruh Sabah ( Bab 67 ) dan 
Ordinan Buruh Sarawak ( Bab 76 ) iaitu di mana-mana tempat kerja dijalankan untuk 
majikan oleh pekerja..”

Kementerian Sumber Manusia



6. Pelepasan yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai untuk tahun taksiran 2020

Pelepasan Cukai Taksiran 2020

7. Pelaksanaan cukai perkhidmatan digital sebanyak 6%


“Sebenarnya kita nak sediakan level playing field. Adalah tidak adil bagi penyedia 
perkhidmatan dalam negara dikenakan cukai ini, tetapi mereka di luar negara terlepas 
daripada pembayaran cukai ini. Ini bukan cukai baharu tapi kita luaskan skop kepada 
penyedia perkhidmatan ini yang berada di luar ngeara yang menyediakan perkhidmatan ini..”

Timbalan Menteri Kewangan ; Datuk Amiruddin Hamzah





8. RON95 akan dinaikkan 1 – 2 sen setiap minggu


"Kita akan apungkan harga petrol secara berperingkat, iaitu dua sen atau satu sen seminggu, 
sehingga harga RON95 sampai harga pasaran. Tetapi untuk Sarawak, kita akan kekalkan 
harga RON95 iaitu RM 2.08..”

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ; Chong Chieng Jen



9. Malaysia banyak cuti gaisssssssssssssss--

Cuti Sekolah 2020



LOVE ;
ATIE ADNAN
Share:

Post a Comment

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes