BUAT eBOOK SECARA PERCUMA
Fuff-- Kakak nervous sebenarnya nak bukak cerita pasal NI tapi tak pe lah, dah alang-alang tu kakak redah je lah buat tutorial cara paling mudah buat eBook untuk korang, kot kot berguna ke nanti kan. Hee~
Ada banyak cara dan platform untuk korang buat eBook sendiri tapi kakak ajar cara paling mudah dan tak perlu keluarkan modal berupa RM - yang korang perlu ada hanya idea dan sedikit masa untuk menyusun ayat dengan baik. Agittew--
Bila kakak cakap PALING MUDAH, memang tersangat mudah tau sebab kakak tak suka buat kerja renyah apa segala.
EBOOK
Didatangkan dalam bentuk softcopy yang boleh dibaca menggunakan laptop, telegon pintar, komputer atau sebarang peranti elektronik yang boleh akses kepada format PDF. Kalau dulu kita baca buku dari helaian kertas tapi sekarang terus ke peranti yang kita ada.
Menurut Wikipedia, "eBook adalah sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada pengguna data digital seakan buku yang mengandungi pelbagai maklumat dalam bentuk teks, gambar atau kedua-duanya. Terbitan sebegini boleh dibaca menggunakan pembaca elektronik yang khusus namun sebarang komputer dengan paparan atau skrin leper yang boleh dilihat seperti komputer riba, komputer tablet dan telefon bijak juga boleh digunakan."
Benda pertama yang korang kena ada - MICROSOFT WORD paling kurang pun versi 2010 untuk memudahkan korang sendiri lah sebab banyak function yang menarik dan senang nak dikendalikan.
Kalau dah ada ni memang ngam lah sebab korang boleh terus mula menulis dan susun atur perenggan dengan baik dan cantik. Bila dah siap boleh lah korang masukkan HEADER atau FOOTER sebagai watermark korang dan jumlah mukasurat yang ada dalam eBook ni.
Kakak anggap korang faham setakat ni lah ye. Hee~
Okay !!
Dah siap menaip, korang boleh follow step by step kat bawah ni untuk cara SAVE artikel korang dari format DOC ke PDF dan memastikan artikel korang menjadi eBook yang mudah di scroll oleh pembaca.
Dah ?
Okay !! Sekarang ni kita nak SAVE ya anak-anak.
Pada ruangan SAVE AS TYPE kat bawah tu, korang boleh croll tau dan cari format PDF dan kemudian boleh SAVE dengan bahagia.
Dannnnnnnn--
Tadaa !! Siap dah eBook korang dan boleh publish dah kat mana-mana platform yang korang ada.
Tahniah kat korang tetiba naik pangkat menjadi penulis. Wah gittew--
Kelebihan bila korang menulis eBook ni bukan sahaja lepas gian menulis dan bukukan penulisan korang secara online, tapi kalau korang pandai menjual dan menepati piawaian kehendak pengguna serta pembaca - eBook memang boleh dijadikan sumber pendapatan. Hee~
Semalam kakak sempat lah adjust dan design geli-geli eBook kawan kakak, saja nak try tengok apa rupa dan macam mana kejadiannya bila dah siap - kawan kakak sediakan content, kakak cuma cantikkan sahaja dan kakak terus jatuh cinta kat hasil kerja sendiri. Gile ah !! Itu yang terjadinya entri ni kot ada diantara korang memang mencari cara-cara paling mudah untuk buat eBook.
Nah !!
Tanda kakak hargai korang !!
Nanti kita belajar buat design cover muka hadapan eBook plak ye lepas tu baru lah kakak ajar cara nak meniaga eBook. Atau ada benda lain yang korang nak belajar, boleh share kat bahagian komen nanti kakak buatkan entri khusus untuk korang.
Semoga entri kali ni bermanfaat dan berguna untuk korang.
LOVE ;
ATIE ADNAN
Nak tulis ebook, tapi tak tahu nak tulis apa ...
ReplyDeletehee~ tulis apa-apa je yang pernah kak pip tulis kat blog.. tak de masalah..
DeleteWahhhh menarik tutorial ni.. thankz kembar..
ReplyDeleteape lagi sis !! ayuh sebijik dua ;)
Deletebagus kakak..teruskan lagi berkongsi. lepas ni share la pulak contoh ebook dah siap eh
ReplyDeletein shaa Allah.. akan ada part 2, 3, 4 dan seterusnya.. hahahaha~ panjang wey..
DeleteMudah aje caranya.. tq atie for sharing
ReplyDeleteha'ah.. senang je.. kan ? jom kak.. seunit dua jadikan kenangan.. hee~
DeleteDesign geli-geli tu apa pulak? Kah kah kah! Geli hati uncle
ReplyDeletehahahaha~ design main-main yang ringkas dan tak beriya.. gitu..
Deletewah menarikk
ReplyDeletekannnnnnnn.. jom cuya !! seunit dua..
DeleteMaklumat baru. Selalu berangan nak ada/terbit buku.
ReplyDeletenoleh dah ni NA !! ada content jalan je..
DeleteWow, great sharing kak! Kadang tak terpikir dari menulis blog boleh pergi ke pelbagai route lagi!
ReplyDeletedah boleh start tu wak.. hee~ seronok sebenarnya buat ebook ni..
Delete