MIOS KITCHEN IN MY KITCHEN – MAKANAN BEKU MUDAH SIMPAN DAN PRAKTIKAL

Kakak kan kalau tau ada benda baru kat pasaran dan benda tu pulak merupakan makanan yang sedap dan mudah untuk disediakan – memang laju je lah kakak mencuba lagi-lagi kalau dari Mios Kitchen yang memang dah femes dengan hidangan sepinggan besar yang terbaik di Puchong, Putrajaya dan Shah Alam.


Malaysian Blogger

Kalau sebelum-sebelum ni, lepak kat Mios Puchong dah jadi rutin kakak sekeluarga tapi dek kekangan masa dan keadaan semasa, kakak memilih untuk bawa hidangan kegemaran kami sekeluarga terus ke rumah. Peh !! Semerbak bau perapan ayam dan daging kambing memenuhi ruang rumah kami.


MIOS KITCHEN



Kena dengan cara korang, setiap hidangan hanya memerlukan 15 minit hingga ke 20 minit sahaja dan sangat sesuai lah untuk kakak dan encik suami yang menggemari masakan citarasa barat tapi nak ke restoran mahal selalu memang tak lah kan. Bila ada pilihan lain dari Mios, memang kami suka sangat.

Dibungkus elok dalam plastik makanan yang berkualiti tinggi supaya setiap perapan pada ayam dan daging serta sos karbonara dan sos bolognese tidak terjejas kualitinya. Cayalah !! Tak sangka kakak ada produk Bumiputera yang sehebat gini.


Resepi Bujang

Mengetengahkan produk ‘ready to cook’ sudah tentunya menjadi pilihan mereka yang sibuk macam kakak dan suami tapi masih mahukan hidangan yang menepati selera pada harga berpatutan. Kan BEST jadinya bila penat-penat balik kerja, bukak peti sejuk – defrost kan sekejap dan boleh mula gril / panaskan dalam microwave. Setiap packaging disertakan QR Code untuk pengguna mengetahui cara-cara menyediakan hidangan dan juga tarikh production serta tarikh luput produk.

Semudah A – B – C – 1 – 2 – 3 !!

Hidangan chef professional di dapur surirumah bukan lagi mustahil.


Resepi Kuan Karbonara Mudah
Spaghetti Carbonara yang menggunakan Sos Carbonara Mios Kitchen

Nak sediakan pun sangat mudah, korang cuma perlu panaskan sos ke dalam periuk sehingga mendidih dan sedia dituang ke atas mi pilihan korang. Kalau kakak memang Angel Hair je lah sebab tekstur mi yang tak muak dan nipis. Hee~ Semasa panas kan sos tadi, kalau korang nak masukkan hirisan cendawan, sosej ataupun kepingan ayam bakar pun boleh – ikut kreativiti dan selera korang lah.

Kakak tetap pilih plain terus dari plastic melimpah ke atas spaghetti, nikmat lemak lemak cream dia memang SEMPURNA.


Resepi Chicken Chop Mudah
Grilled Chicken Chop dengan Mushroom Gravy + Mash Potato

Adei !! Ini kalau mak mertua lalu kat belakang pun tak perasan. Hahahaha~ Tak memasal jadi menantu durhaka kerana Grilled Chicken Chop dari Mios Kitchen ni. Jangan begitu ya. Beli lebih dan ajak mak mertua makan sama sebab tekstur ayam tak liat langsung dan sangat sesuai untuk semua peringkat umur, gais !!

Limpahan gravy pun tak pedas walaupun ada sedikit rempah yang dimasukkan sebagai penguat intipati rasa chicken chop tadi. Arggggghhhh—Sedap !! Kalau korang nak tau, dalam satu pek untuk chicken chop ni ada disertakan gravy + smoked BBQ sos dan juga serbuk mash potato. Confirm lengkap sepinggan hidangan sama rasa macam kat restoran Mios.


Resepi Lamb Chop Sedap Dan Mudah
Grilled Lamb Chop dengan Mushroom Gravy + Mash Potato

INI khusus untuk encik suami kakak. Hee~ Pernah sekali beliau nak sangat makan daging kambing bakar tapi mungkin sebab kakak tak berapa pandai masak masa tu, ikut betul-betul resepi kat Youtube pun – tak menjadi jugak dan akhirnya kami kehampaan. Hahahaha~ Pembaziran lagi nyata ya kawan-kawan.

Kakak taknak ulang lagi.

Dan kalau kami singgah Mios pun, memang encik suami kakak akan order Grilled Lamb Chop. Sebijik gini lah. Tapi kali ni kakak masak dari paket Mios Kitchen. Hee~ Tersenyum je encik suami kakak sambil mengunyah tadi. Awww—Tahun ni confirm kakak dapat duit raya lebih.

Set Lamb Chop dari Mios Kitchen ni ada sekeping daging kambing import yang sangat juicy dan lembut, digandingkan dengan mushroom gravy dan juga sos smoked BBQ – ummmpppphhh—Kakak dah boleh nobatkan diri kakak sebagai chef ya. Hahahaha~

Ni baru tiga jenis hidangan yang kakak cuba, ada lagi hidangan ‘ready to cook’ yang lain dari Mios yang mungkin boleh dijadikan pilihan, antaranya :


  • Chicken Chop Marinate
  • Lamb Chop Marinate
  • Special Beef Burger Patties
  • Carbonara Sauce
  • Special Crunchy Chicken Burger
  • Tomato Sauce
  • Meatball & Mash
  • Grilled Chicken Chop
  • Grilled Lamb Chop

Ada yang disediakan dalam FAMILY PACK dan juga SINGLE PACK - tak dan lah kakak nak share semua kat sini tapi kalau korang nak tau boleh lah singgah kat link yang kakak sediakan kat bawah ni.


Mios Kitchen

LAMAN WEB : https://www.mioskitchen.com/ready-to-cook

FACEBOOK : https://www.facebook.com/MIOSKITCHENOFFICIAL

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/mioskitchen_official


Harga dia pun tak mahal, macam Grilled Chicken Chop tu pun baru RM 14.00. Murah kan ?



LOVE ;

ATIE ADNAN



Share:

1 comment :

  1. Awohh sedapnye daging tu.. kecur liur.. huhuhu

    ReplyDelete

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes