6 TIPS PEMULA MENULIS DI BLOG SENDIRI

Disebabkan kakak rajin sikit dan kebetulan memang tak de entri baharu kat blog ni, nak lah kakak susun balik artikel yang kakak plan nak post tapi kesudahannya berhabuk kat DRAFT je. Hee~ Antara artikel yang kakak nak share adalah INI - cara nak mula ada blog sendiri.


Cara Buat Duit Dengan Blog

Kalau nak bercerita pasal niat menulis ni, memang awalnya kakak tak nampak langsung perjalanan jauh sehingga mampu menjana pendapatan lumayan tapi lepas beberapa tahun - baru blog membuahkan hasil dan ternyata agak lumayan ya anak-anak. Hee~

Tapi bukan kakak nak share perjalanan kakak lah, cuma kali ni kakak nak bagi pilihan yang mungkin korang boleh gunakan untuk mulakan blog korang sendiri. Dia macam menulis diari je tapi secara online dan orang boleh akses. Begituh !!

Jom lah kita bergerak ye anak-anak.


PLATFORM



Zaman makin canggih dan ada banyak sangat platform yang korang boleh guna secara PERCUMA tapi korang kena bijak memilihlah. Kakak taknak senaraikan banyak-banyak sebab nanti korang pening. Maka, korang boleh gunakan salah satu antara pilihan di bawah :



Namun, kakak tak boleh nak kata Blogspot lebih mudah dikendalikan ataupun WordPress lebih style dan mesra pengguna sebab kedua-duanya mempunyai kelebihan dan peminat masing-masing. Jangan risau, kedua-dua platform tersebut boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang ada email. Tak sampai sejam pun korang nak start buat blog ni – sign up, register dan dah boleh mula menulis.


NICHE DAN KANDUNGAN BLOG



Dah ada blog mestilah nak kena menulis kan ? Hee~ Sebelum korang mula menulis mesti terdetik kat hati – “Apa plak aku nak kisahkan kat blog ni ? Boleh tulis hentam keromo ataupun ada tertib menulis ?”

Ya !!
Awalnya kakak sendiri pening nak memilih apa yang patut kakak tulis kat blog dah lah tak de hala tuju dan bimbingan maka blog sekadar menjadi diari harian lepas dah dapat ilmu sedikit demi sedikit baru lah kakak faham dan tetapkan apa yang mahu ditulis di blog. Kalau korang tanya kat blogger otai, kebanyakan dorang akan sarankan guna niche yang tinggi carian di enjin carian tapi korang kena faham lah – korang baru lagi dan tak satu level dengan dorang. Tapi tak mustahil korang akan duduk sama tinggi nanti.






Antara niche yang ramai blogger gunakan dan mungkin boleh jadi salah satu pilihan untuk blog korang :

  • Travel
  • Parenting
  • Makanan / Resepi
  • Fesyen / Kecantikan
  • Kewangan
  • Perniagaan
  • Teknologi
  • Permainan Dalam Talian
  • Pendidikan
  • Kesihatan


Dalam pemilihan niche ni, pastikan korang faham dan tahu apa yang korang bakal tulis dan mahu tulis untuk menarik minat pembaca.


PILIH NAMA BLOG



Ini adalah identiti korang dan jangan sampai salah pilih sebab boleh jadi korang akan gunakan nama ni selama mana blog korang berfungsi.

Simple je !!
Apa yang kakak boleh nasihatkan, pilihlah nama blog yang melambangkan diri korang, yang mudah ditaip oleh pembaca, mudah disebut, bersesuaian dengan niche yang korang dah pilih tadi dan paling penting – tidak terlalu panjang dan merepek. Hahahaha~

Tak pun korang ikut je macam kakak, pakai nama sendiri je lah. Senang.


DESIGN BLOG YANG MESRA SEO



Part ni memang part kegemaran kakak sebab kakak boleh design cecantik ikut selera anak tekak kakak. Hee~ Korang pun ada anak tekak korang kan ? Selain penulisan, ini juga boleh jadi identity korang.

Contoh macam blog kakak lah kan ( Kakak tak nak bagi contoh blog orang lain, kakak pakai blog kakak je lah ye. Hee~ ) Kakak suka sangat warna pink dan kehidupan yang serba ringkas – itu kakak jadikan identity kat blog kakak termasuklah layout blog kakak. Kalau korang tak minat pink, tak pe je sebab ada banyak warna lain untuk korang jadikan pilihan. Kakak suka gunakan template dari SINI dan korang pun boleh juga pilih template yang sesuai dengan korang kat situ.

Cara pun mudah sangat dan pastikan korang pilih yang MESRA SEO !! Untuk topik akan datang, kakak akan ceritakan pasak SEO ya !! Hee~

Tapi kalau korang tak pandai, tak pe. Guna je basic template yang sedia ada.


MULA MENULIS DENGAN KONSISTEN



Untuk jadikan blog korang mudah dikesan oleh enjin carian, pada permulaan ni memang korang tak de pilihan lain selain rajin menulis dan konsisten mengikut jadual korang. Tak kisah lah satu artikel sehari ataupun tiga empat artikel sehari asalkan korang konsisten dan juga rajin.


Tips Jana Pendapatan Menggunakan Blog

Jangan lupa masukkan tajuk dan keyword yang sesuai dengan artikel korang dan pastikan artikel ditulis sepenuh hati – bukan COPY PASTE ya !!


BELAJAR


Jangan berhenti belajar dan berkawan lah dengan blogger lain, lapangkan dada untuk menerima teguran dan jangan segan untuk bertanya. Hee~ Tak kira apa level korang, ilmu sangat penting dan tanamkan rasa rendah diri dalam hati.

Down to earth gittew--
Ada banyak kumpulan blogger kat Malaysia ni dan mereka semua sangat aktif kat Facebook, korang search je kat Facebook nanti keluarkan senarai group ni. Pergi berkawan dengan niat yang baik sudah tentu kehadiran korang pun akan diterima baik. Kan ?

Cukup tak ?
Hahahahaha~

Sebenarnya terlampau banyak yang kakak nak share tapi nanti jadi entri lima hari lima malam nak habis-habis plak. In shaa Allah, kakak akan tambah entri lagi tentang blog nanti nanti ya. Kalau korang  dah ada blog dan entri baharu, tinggalkan lah link kat ruang komen untuk kakak singgah lawat.



LOVE ;
ATIE ADNAN


10 comments:

  1. Tips yg baik bg...bg sy nk konsisten tu yg mncabar skit, ikut mood jg nk tulis entry

    ReplyDelete
  2. Good sharing sis 🥰

    ReplyDelete
  3. Hye kakak. Tips yang sangat bagus tu. Tapi kalau part menjana pendapatan lumayan tu,saya tak nampak lagi... Saya rasa kalau blogger yang menjadi instafamous boleh menjana income yang masyuk,kalau setakat blogger macam saya ni, dapat RM 50 sebulan pun dah bersyukur sangat dah tu kak

    ReplyDelete
  4. Tenkiu for sharing atie :)

    ReplyDelete
  5. Nak setting SEO agak rumit jugak kan

    ReplyDelete
  6. Thankyou for sharing tips

    ReplyDelete
  7. Terima kasih berkongsi tip-tip yang manfaat ini

    ReplyDelete
  8. Ni datanglah lawat waktu raya
    me-soul-searching. blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Nak konsisten tu yang payah...hahaha

    Jemput sertai segmen blog saya..
    https://www.aziankhalil.com/2020/06/segmen-bloglist-pkpp-at.html?m=1

    ReplyDelete

Powered by Blogger.