#DarahTakPernahCuti : JOM BANTU PENUHKAN TABUNG DARAH
Sebenarnya kakak dah lama tanam niat nak derma darah dari zaman sebelum kahwin tapi masa tu berat memang tak cukup – sekitar 42kg – 43kg dan dalam kondisi tekanan darah yang rendah. Terpendam sekadar niat je lah masa tu. Hee~
Dan !!
Kakak memang tak tangguh lama dah sejak-sejak tau tabung darah negara kita memang tak cukup bekalan. Kalau bukan sekarang, bila lagi kan ? Kalau korang was-was dan tak tau cemana cara nak derma darah dan tak tau apa kelebihan / manfaat derma darah ni – boleh teruskan pembacaan ya.
KELAYAKAN DERMA DARAH :
1. Sihat dan tidak mempunyai penyakit kronik.
2. Berat 45kg dan ke atas.
3. Waktu tidur minimum 5 jam.
4. Berusia 18 tahun – 65 tahun.
5. Dah makan sebelum menderma darah.
6. Tidak terlibat dengan kegiatan berisiko tinggi seperti :
- Hubungan sesama jantina ( Homoseksual )
- Hubungan dengan kedua-dua jantina ( Biseksual )
- Hubungan seks dengan pekerja seks komersial.
- Bertukar-tukar pasangan seks.
- Mengambil dadah jenis suntikan.
7. Pendermaan terakhir pada 3 bulan sebelumnya.
8. Untuk wanita – penting untuk korang tahu tentang keadaan tubuh badan korang dan pastikan korang tak mengandung, tak datang haid dan juga tak menyusukan anak.
9. Jangan derma kalau korang :
- Pernah tinggal di United Kingdom ( England, Northern, Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island ) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih.
- Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun atau lebih.
DOKUMEN YANG PERLU DI BAWA UNTUK DERMA DARAH
Korang kena bawa salah satu daripada dokumen berikut :
- Kad Pengenalan Awam / Tentera / Polis
- Lesen Memandu
- Kad Pelajar dengan No Kad Pengenalan dan gambar
- Buku Penderma darah ( PDN 2 ) untuk penderma ulangan.
PENYIMPANAN DAN KEGUNAAN DARAH YANG TELAH DI DERMA
Darah yang telah didermakan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis komponen iaitu :
- Sel Darah Merah : Whole blood, packed red cell, buffy-coat poor red cell, filtered red cell.
- Plasma : Fresh frozen plasma, cryosupernatant, cryoprecipitate.
- Platelet : Random platelet concentrate, apheresis platelet.
Setiap komponon darah ini mempunyai cara penyimpanan dan kegunaan yang berbeza, antaranya :
- Darah yang telah melaui ujian saringan dan telah diproses kepada sel darah merah, platelet dan plasma yang akan disimpan mengikut jenis darah, kumpulan darah dan tarikh luput.
- Sel darah merah perlu disimpan pada suhu 2°c hingga 6°c dan boleh bertahan selama 35 hari.
- Plasma perlu disimpan pada suhu -30°c dan boleh bertahan selama 2 tahun.
- Platelet perlu disimpan pada suhu 20°c hingga 24°c dan perlu sentiasa digerakkan ( agitated ). Jangka hayat platelet hanya 5 hari daripada tarikh pendermaan.
Setiap komponen darah ini ada kegunaan masing-masing, seperti :
- Whole Blood : Unit darah yang didermakan yang tidak menjalani proses pengasingan. Ia digunakan untuk kes-kes seperti pesakit yang kehilangan darah akibat kemalangan dan untuk pertukaran darah ( Exchange Transfusion – ET ), bayi akibat jaundis neonatal yang teruk.
- Sel Darah Merah : Untuk masalah kekurangan hemoglobin ( anemia ) seperti penyakit buah pinggang dan penyakit kanser.
- Plasma : Kes-kes pendarahan semasa bersalin, lecur akibat kebakaran dan pendarahan akibat kerosakan hati.
- Platelet : Untuk penyakit-penyakit kekurangan platelet seperti demam denggi dan leukemia.
Rujukan : Pusat Darah Negara
PENGALAMAN DERMA DARAH
Fuff--
Kakak bukan lah takut kat darah tapi lebih kepada seram nak menghadap jarum yang bakal dicucuk tu. Hahahaha~ Memang kalau sebelum-sebelum ni nak cek darah pun kakak akan pejam mata atau buat-buat tak nampak. Kali ni memang redah je lah lagi-lagi memang dah lama pasang niat untuk menjadi salah seorang penderma.
Dia kalau lagi lama fikir, peratusan untuk keputusan tu tak jadi sangat tinggi ya. Jadi !! Memang kakak redah sebaik mungkin dan pasang niat sesiap semoga tak kena balik dengan tangan kosong.
Pagi sebelum ke pusat derma darah, memang kakak keluar berlari tapi tak pulun teruk sangat lah - sekadar 3km itu pun slow jog je dan habis tu terus ke D'Pulze Cyberjaya dan meneruskan misi. Hee~ Tak de langsung rasa cuak ke takut ke. Memang excited lah kiranya. Firstime kan. Dah daftar semua, sampailah kat turn cek jenis darah. Teruja bila tengok cara nurse tu cek darah.
Okay !!
Kat doktor plak dan kakak kena sekolah sikit lah. Hahahaha~ Doktor cakap lepas ni kalau nak derma darah pastikan korang tak buat senaman berat dan wajib ambil sarapan berat. Masa tu kakak cuma sarapan sandwich je. Ingatkan tak de efek pape tapi tak pe lah. Alang-alang dah kena sekolah tu, tahan je lah. Dah bidang dia kan. Tadah je lah telinga. Hee~
Cuma masih terngiang kat telinga doktor cakap :
"Kalau ada rasa nak pengsan ke, pitam ke, muntah-muntah ke - bagi tau petugas."
Terus dalam otak ni terfikir :
"Memang akan terjadi perkara-perkara berikut ke ?"
Sudah tentulah kakak berharap semuanya akan okay dan alhamdulillah. Tak de langsung rasa nak pitam apatah lagi nak pengsan dan muntah. Masa kakak menaip ni baru kakak terfikir - tekanan darah kakak tak pernah normal atau tinggi tau, semuanya bawah paras sehinggakan pernah kakak warded dan nurse tak dapat baca tekanan darah kakak dan bila dapat baca kat betis - memang rendah.
Goodies. Hee~ Comel je tapi kakak tak makan dan minum semuanya. Tertarik dengan Buku Merah tu je. |
Nak derma darah ni sekejap je, lebih kurang dalam 10 minit dan memang korang akan rasa kelainan kat badan sendiri selepas menderma. Hee~ Kalau kakak, memang kakak rasa lebih segar dan aktif berbanding sebelumnya. Tak serik dan ada rezeki nanti kakak akan derma lagi tiga bulan akan datang. In shaa Allah
Korang ?
Bila lagi nak jadi HERO ?
LOVE ;
ATIE ADNAN
bagus lah ko derma darah
ReplyDeleteini lah acik yang patut dicontohi
hahahaha~ kalau ko pegi derma, ko pun boleh jadi contoh.. agittew--
DeleteSaya pernah pergi pastu tarik diri sbb takut jarum, adehhh... bilalah nak ada keberanian ni.
ReplyDeleteSeronok tgol orang consisten derma, sy xbole konsisten, kdg bole kadg x bole
ReplyDelete