PERIKSA KESIHATAN KAKI SECARA PERCUMA DI JENNORTHO MIDVALLEY MEGAMALL

Orang selalu ambil kisah dan letak perhatian lebih kat kesihatan badan tapi selalu lupa untuk jaga kaki walaupun banyak tempaty sediakan perkhidmatan pemeriksaan kaki – bila sampai rasa tak endah tu, memang tidak lah juga. Kan ?


Jenn Ortho MidValley Megamall


Nak bayar untuk buat pemeriksaan kaki bukan sikit duit – BETUL !! Tapi korang boleh singgah Jenn Ortho yang terletak di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur dan boleh buat semakan kesihatan kaki secara PERCUMA !!


ORTIPEDIK KUALA LUMPUR


Kalau korang perasan, setiap dari kita ada lengkungan ( arch ) pada bahagian tengah tapak kaki dan beberapa tendon di kaki serta bahagian bawah kaki yang bekerjasama untuk membentuk lengkungan tersebut. Bila semua tendon terletak di tempat yang betul, kaki akan membentuk lengkungan yang normal tetapi sekiranya tendon tidak bersama-sama menarik dengan baik – lengkungan yang terbentuk hanya sedikit atau tiada langsung dan membentuk flat feet ( tapak kaki rata ) ataupun “fallen arch”.


TAPAK KAKI LEPER


Kebiasaan pada mereka yang mempunyai tapak kaki leper kerap mengalami kesakitan pada kaki terutamanya pada kawasan tumit ataupun arch dan boleh menjadi semakin serius sehingga berlakunya pembengkakan pada pergelangan kaki dan juga kesukaran untuk berdiri dengan baik. Antara punca-punca tapak kaki leper ialah :


  • Kecenderungan untuk mewarisi Flat Foot
  • Masalah dengan proses tumbesaran tulang kaki sebelum kelahiran
  • Tisu longgar dari keadaan normal seperti sindrom sendi yang hipermobiliti
  • Masalah saraf atau otot seperti palsi serebral
  • Kerosakan atau kecederaan kepada tisu konektif yang disebabkan oleh penuaan, penggunaan berlebihan, kecederaan, obesiti, artritis reumatoid atau memakai kasut yang tidak menyokong kaki sebaiknya

Simptom tapak kaki leper :


  • Sakit kaki dan buku lali, tungkai kaki, lutut, pinggul atau sakit belakang
  • Kaki menunjuk ke arah luar ( overpronation ) yang membawa kepada kecederaan dan kasut akan haus lebih awal daripada yang dijangkakan
  • Kelemahan, kebas atau kaki menjadi kaku

Sakit Tulang Belakang Dan Cara Untuk Mengatasinya

Antara masalah lain yang memungkinkan kesakitan semakin teruk apabila korang salah menyarung kasut atapun terlalu aktif ataupun berat badan yang melebihi ( BMI tidak normal ) sekaligus menyebabkan sakit tulang belakang, sakit lutut, sakit pergelangan kaki dan paling ketara adalah sakit pada bahagian tumit.

Jenn Ortho dipimpin sepenuhnya oleh Dr. Edmund Lee DIMP AMP, PKT, Phd (USA) Bsc (Kepujian) yang merupakan pakar perubatan dalam bidang ortotik dan prostetik telah diiktiraf atas pengalaman beliau mengendalikan pelbagai rawatan berkaitan ortotik dan prostetik terhadap pesakit.


JENN ORTHO, MIDVALLEY MEGAMALL



Di Jenn Ortho, pakar mereka menggabungkan teknologi kasut yang betul dengan keperluan individu dengan menghasilkan kasut ortopedik yang selesa dan dapat membantu memberi keseimbangan pada tapak kaki. Jenn Ortho juga menawarkan rawatan sekaligus memberi penyelesaian menyeluruh pada masalah kaki.


Tips Merawat Sakit Kaki


Turut menawarkan kaedah penyelesaian 3D Medical Orthotics yang memberi sokongan pada kaki dengan rekaan  khas untuk menyokong kaki dengan betul berdasarkan keperluan setiap individu. Ye lah, setiap dari kita mempunyai bentuk kaki yang unik dan berbeza – sudah tentulah kena custom. Hee~

Dengan binaan alas kaki yang sesuai mengikut arch, 3D Medical Orthotics dapat membantu memperbetulkan bentuk tapak kaki mengikut kesesuaian dan keselesaan disamping merawat masalah kesihatan berkaitan kaki. Pelaburan untuk jangka masa panjang ini ternyata telah memberi manfaat kepada ramai pesakit tapak kaki yang tidak normal dan alas kaki tersebut boleh digunakan sehingga lima tahun lamanya.

Jimat dan sangat berbaloi !!

Sementara ada promosi best ni, mungkin korang boleh singgah sekejap untuk :


  • Pemeriksaan kesihatan kaki secara PERCUMA
  • Konsultasi bersama Dr. Edmund Lee secara PERCUMA pada setiap hari Ahad, jam 2.00 petang hingga 5.00 petang
  • Diskaun sehingga 50% untuk pelbagai kasut dan juga binaan konsol dalam kasut mengikut kesesuaian kaki




Kalau korang memang ada simptom sakit-sakit badan atau sengal-sengal badan, mungkin inilah masanya untuk korang bertindak dengan membuat semakan kesihatan kaki. Setidak-tidaknya boleh mencegah kesakitan sebelum menjadi lebih parah. Kan ?

Jangan lupa singgah lawat Jenn Ortho, Tingkat 2, North Court Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur ya !!



1 comment:

Powered by Blogger.