FLAMING KOLI ; HIDANGAN PRA DEEPAVALI 2020 THE CHICKEN RICE SHOP

FUHHHHH—Lain macam rasanya kalau tak de hidanan baharu dari The Chicken Rice Shop ( TCRS ) bagi meraikan sambutan Deepavali yang akan tiba tak lama lagi. Sempena dengan itu, TCRS menampilkan keistimewaan Flaming Koli buat peminat ayam menikmati kombinasi selera authentic yang unik.


Flaming Koli The Chicken Rice Shop

Rasa yang sedikit pedas dan diperkayakan dengan gabungan rempah ratus ternyata menghasilkan aroma yang dijangka membuatkan pencinta ayam mengulang kunjung semata-mata untuk menikmati hidangan tersebut.


FLAMING KOLI THE CHICKEN RICE SHOP



Telah berada di semua cawangan TCRS pada 21hb September 2020 haritu dan hidangan ini akan terus berada dipasaran sehingga 15hb November 2020.


Resepi Nasi Ayam Sedap


Tak payah tunggu nak Deepavali – lah, tak kira bangsa agama ataupun perayaan semua dialu-alukan untuk menikmati Flaming Koli yang berinspirasikan masakan asli India yang sinonim dengan rempah ratus dan aroma penarik selera sesiapa sahaja.


Blogger Malaysia


“Deepavali adalah masa untuk memberi dan berkongsi bersama yang tersayang. Perayaan ini melambangkan kegembiraan dan oleh itu, TCRS tidak sabar untuk meraikan perayaan ini dengan menyediakan hidangan khas Deepavali untuk dinikmati semua. Kami faham yang ia mungkin agak mencabar untuk mendapatkan sukatan rempah ratus yang tepat untuk menghasilkan masakan India yang lazat, oleh itu kami berusaha untuk memudahkan orang ramai untuk menikmati menu istimewa ini dengan selesa dan mudah. Kami harap hidangan ini akan meningkatkan selera para peminat sambil membangkitkan kenangan indah buat semua.”

-- June Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd


Masih mengekalkan slogan ‘Chicken Rice… and More’ dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk menarik minat pelanggan dengan menghasilkan pelbagai menu baharu bagi memenuhi citarasa orang ramai.


“Kami berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami setiap masa. Ini merupakan janji kami untuk semua dan kali ini, kami kembali untuk menyinari perayaan cahaya dengan hidangan yang tidak dapat dilupakan. Sebagai jenama anak Malaysia, kami sentiasa bersedia untuk menghidangkan sesuatu yang unik bagi rakyat Malaysia. Pelbagai lagi promosi yang boleh dinantikan dan kami harap anda akan terus memberi sokongan.” sambung June.


Flaming Koli


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai menu Deepavali atau promosi lain yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila kunjungi www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/

14 comments:

  1. Nampak menyelerakan! Nanti boleh cuba kat TCRS. Harap tak pedas sangat. Boleh makan sekeluarga. Hahahaah.

    ReplyDelete
  2. Harga berpatutan ni.. boleh pergi try nanti. Anak-anak memang suka makan kat chicken rice shop nih.

    ReplyDelete
  3. sat je dah nak deepavali. selalu je pi crs ni tapi mesti order steam chicken. nanti try yang ni

    ReplyDelete
  4. nampak menarik dan menyelerakan sis. tak sempat nak cuba lagi menu ni. nanti nak pergi cari lah.

    ReplyDelete
  5. Menu yang ini memang sangat-sangat menarik perhatian Sis..tunggu Isnin sok nak cuba lee pi makan...

    ReplyDelete
  6. Everytime tCRS keluarkan menu baru, saya and family mesti cuba! Sebab tak pernah mengrcewakan lagi ❤

    ReplyDelete
  7. Waaa.. deepavali dah terasa suasananya.. mesti sedapnkan?

    ReplyDelete
  8. Lamanya tak singgah makan dekat CRS. Bila baca entri kak Atie terus rasa mcm nak cuba promosi baru tu. uwaaa teringin sangat sbb nampak sedap bethol

    ReplyDelete
  9. uish nampak macam sedap je. nampak macam pedas pun ye jugak. teringin pulak nak try.

    ReplyDelete
  10. Wow ni nampak macam sangat pedas wei, the sambal is so pekat.

    ReplyDelete
  11. Wah.. dah ada menu baru Flaming Koli pasti sedap hingga menjilat jari, dah lama xmsk ke sini

    ReplyDelete
  12. OMG,,lamanya tak makan kat The Chicken Rice Shop ni... every year memang tertunggu-tunggu menu special sempena perayaan yang ada di Malaysia ni.. Nak order la macam ni.. ramai yang bagi feedback tiptop about menu ni..

    ReplyDelete
  13. dua kali dah aku makan
    puas hati sebab portion dia besar

    ReplyDelete
  14. tak sempat nak cuba..sayang sangat promo ni keluar lepas 2 hari pergi chicken rice shop..menyampah sangat! hahah...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.