BEKO VACUUM BLANDER ; MENGEKALKAN NUTRISI TANPA MENJEJASKAN KUALITI MAKANAN

Dalam berusaha menstabilkan kehidupan ke arah yang lebih sihat, kakak selalu mencari pembantu yang dapat membantu kakak menyediakan makanan dengan lebih mudah dan cepat tetapi tidak menjejaskan kualiti makanan yang sepatutnya menjadi penyokong dalam pembentukan sel sihat dalam badan. Menjadikan Beko Vacuum Blender sebagai ‘kawan baik’ bukan mudah sebab kakak perlu menjadi pengguna bijak disamping mempelbagaikan fungsi dari sebiji pengisar. Hee.


Beko Vacuum Blender

Kalau dulu nak menyediakan minuman sihat memang sangat renyah dan hasil kisaran tidak seperti smoothie yang diharapkan. Tapi selepas menggunakan Beko Vacuum Blender, tahap kepuashatian mencapai sehingga 90% kerana hanya perlu menyediakan bahan – masukkan semua ke dalam pengisar – pilih butang yang bersesuaian dan tinggalkan sehingga ia berhenti.


BEKO VACUUM BLENDER


Menggunakan teknologi pengisar vakum yang membantu mengeluarkan udara dari jag pengisar sebelum proses pengadunan berlaku dengan hanya satu butang, ia dapat menghalang kehilangan nutrien yang disebabkan oleh pengoksidaan sayur-sayuran dan buah-buahan semasa proses penyediaan. Selain itu, ia juga dapat membantu menghasilkan smoothie yang lebih sedap, halus dan tahan lebih lama.


Berminat ?
Ha. Mungkin ciri-ciri yang akan kakak sampaikan ini sangat penting untuk korang yang sedang mencari pengisar pelbagai fungsi tapi mahukan yang boleh guna pada semua jenis makanan. Nah !!

Uniknya Beko Vacuum Blender, yang mempunyai :

  • 6 program pada setiap butang iaitu :
    • Vakum

    • Vakum dan mengisar

    • Smoothie

    • Sos

    • Pengisar ais

    • Pembersih Automatik

  • Fungsi pembersihan automatik
  • Menggunakan teknologi vakum yang membantu mengurangkan proses pengoksidaan pada makanan
  • Kapasiti jag yang besar iaitu 1.7 liter
  • Tapak Anti-Slip yang menjadikan pengisar lebih stabil di permukaan rata

Walaupun Beko Vacuum Blender ni nampak berat dan gagah, boleh naik muscle kalau nak gunakan setiap hari – tapi sebenarnya dia ringan je. Ia juga tak banyak komponen yang memerlukan korang pasang, cantum, tolak apa segala. Kakak boleh pasang dan kemas bersih semuanya tak sampai lima minat. Hee. Nur Aina yang umur lapan tahun pun pandai guna tapi tetaplah dengan pantauan kakak.



Masalah pada hampir semua pengguna pengisar adalah semasa mencuci. Hahahaha. Kan ? Ada yang sampai terluka jari dan tangan semata untuk mencuci mata pisau di dalam pengisar. Haih. Tidak pada Beko Vacuum Blender yang mempunyai fungsi binaan AUTO CLEAN yang hanya memerlukan korang tuangkan secawan air suam ke dalam jag dan tekan butang AUTO CLEAN.

Tadaa--
Siap.

Dengan rekaan yang elegant dan KUAT, Beko Vacuum Blender dah bantu kakak menyediakan pelbagai smoothies sepanjang proses kakak menjaga pemakanan.



Ye lah.

Nak makan buah-buahan dan sayur-sayuran mentah setiap hari, begitu sahaja memang susah sebenarnya. Tapi kakak combine – kan beberapa jenis makanan kegemaran kakak dan voila !! Sambil kakak mengemas dapur, masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan tinggalkan. Nanti bila dah siap, pengisar akan berhenti sendiri

Kalau tanya kakak samada ia berbaloi untuk dijadikan pelaburan atau tidak sudah tentu kakak akan jawab – YA !! SANGAT BERBALOI. Hee.


Antara menu yang paling kakak suka buat bagi menampung nutrisi harian kakak adalah NUT FRUIT SMOOTHIE. Masa menaip ni pun terliur sebab harini belum buat lagi. Adui. Masalah betul tapi nak juga kongsi resepinya.

  • Pisang
  • Kacang gajus
  • Kurma
  • Susu almond

Campurkan semua dan blend !!
Siap diminum !!


LOVE ;
ATIE ADNAN

16 comments:

  1. Masa kisar ais tu ada sangkut2 tak? Berkenan pula.

    ReplyDelete
  2. betul bila tang part nak basuh tu yang paling seriau, tapi ni mudah sangat nak cucinya ni atie. Banyak fungsi blender ni, i like!!! Patutla atie maintain slim melim, minum minuman sihat selalu

    ReplyDelete
  3. betul bila tang part nak basuh tu yang paling seriau, tapi ni mudah sangat nak cucinya ni atie. Banyak fungsi blender ni, i like!!! Patutla atie maintain slim melim, minum minuman sihat selalu

    ReplyDelete
  4. Yaya pernha buat banana smoothies pakai beko vacuum blender ni memang best!

    ReplyDelete
  5. boleh kisar ais ni. Jadi boleh la buat iceblended kan. ermm best, cadangan yang baik kalau siapa nak dapatkan vacuum blender ni.

    ReplyDelete
  6. Wow, nampak mudah untuk operate Beko juicer. Nak juga beli satu. Teringin nak buat juice.

    ReplyDelete
  7. Mudahnya ada beko ni sis. Cx plak yang tergoda dengan fungsi pelbagai beko. Part auto clean paling disukai ramai hehee. Betullah sis. Tiap hari nak telan sayur buah memang kadang² tak ada pon. Bila beko ada, senang haa boleh buat smoothies. Mudah

    ReplyDelete
  8. Sedapnya tengok your nut fruit smoothie tuu..!! Tingin nak rasa. Nanti buat kan tuk kita eh.. Bila laaa dapat lepas together gether ❤️.

    ReplyDelete
  9. Hehehe, betul, part yang paling malas ialah nak basuh blender, especially selepas blend bahan yang melekat2. Tak sangka ada yang automatik mcm ni.

    ReplyDelete
  10. Wahh betul2 sihat ni sis.. Senang nak buat smoothies dengan blender ni dan yang penting dapat kekalkan nutrisi dalam minuman tue.. Boleh consider ni..

    ReplyDelete
  11. laaa baru nampak, kalau nampak awal hrtu dah masuk dalam wislist 1.11 hehehee boleh skodeng Shoppee ke.. nak jugalah

    ReplyDelete
  12. mcm pernah tgk ni. kat tv or kat mana, tak pasti.
    kebetulan, kita memang digalakkan num air buah fresh, kan. the letak ice cube, wow! nyaman segar rasanya lepas tu. ada plak anak-anak yg liat nak makan sayur. apa lagi, epal ke, nenas ke, masukkan sekali skit timun. zasss blend halus. sejuk, kejap aje diorang minum segelas.
    terbaik la beko.
    tq for sharing.

    ReplyDelete
  13. tak pernah dengar brand ni tapi macam best lah sebab boleh auto clean. jimat masa

    ReplyDelete
  14. Pernah try dan memang best produk ni. Bilah dia mmg sangat strong dan padu

    ReplyDelete
  15. I pernah try this vacuum blender memang very user friendly and maintain the food nutrients.

    ReplyDelete
  16. Adakah ini juicer yg bakal merealisasikan title idaman aku sebagai mak2 hangat tahi hayamm. Hahhahah menarik gilaaa blender niii

    ReplyDelete

Powered by Blogger.