BIODATA TUNANG NEELOFA, MUHAMMAD HARIS BIN MOHD ISMAIL ( PU RIZ )

Kecoh satu Malaysia dengan berita selebriti ternama dah pun dirisik untuk menjadi surihati seorang lelaki yang pernah viral juga. Hee~ Nyampahnya lahai dengan intro kakak. Tapi betul lah, Neelofa dah dirisik PU Riz.


Biodata PU Riz

Menurut sumber yang sohih mengatakan, Neelofa telah menerima sebentuk cincin serta beberapa dulang hantaran sampingan bagi menyerikan majlis dan dijangka akan disatukan pada penghujung Mac 2021.

Bertebaran cerita pasal Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31 dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25 di media-media sejak beberapa bulan kebelakangan ni. Mereka yang sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang hubungan akrab mereka.


Bekas Kekasih PU Riz


Kalau Neelofa memang kita kenal lah siapa beliau dan bagaimana beliau menaikkan nama dalam industri tapi – SIAPA PU RIZ ni ?


BIODATA PU RIZ


  • Nama penuh : Muhammad Haris bin Mohd Ismail
  • Dikenali sebagai PU ( Pencetus Ummah ) Riz Ismail
  • Lahir pada 02hb Mei 1995 di negeri Selangor Darul Ehsan.
  • Anak kedua dari tiga orang adik-beradik.
  • Pemegang Diploma Diploma Penagjian Islam Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ).
  • Mula dikenali selepas penyertaannya dalam program realiti pencarian pendakwah milenial, Pencetus Ummah musim keempat pada tahun 2016.
  • Pemilik Food Station Sdn. Bhd.

Kakak memetik juga keratan laporan Berita Harian yang sebelum ini Neelofa pernah berkongsi bahawa dia dah kenal PU Riz sejak tiga tahun yang lalu dan sering bekerjasama untuk menjayakan program di Pertubuhan Kasih Neelofa.



“Saya kenal PU Riz sejak tiga tahun. Kami sudah lama bekerjasama daripada program
99 Names, majlis buka puasa dan terawih di rumah hinggalah aktiviti berkaitan dengan 
Pertubuhan Kasih Neelofa..”

“Bukan sahaja rapat dengan saya, malah PU Riz juga berkawan dengan kebanyakan ahli 
keluarga saya. Jadi, hubungan kami lebih daripada soal kerja kerana dia juga 
berkawan dengan ahli keluarga saya..”



PU Riz Neelofa

Baru kakak tau PU Riz ni pun tak kurang hebat dari segi sokongan fans dan ramai je warganet memberi keizinan untuk beliau bersama dengan Neelofa. Hahahaha~ Macam-macam betul kalau baca komen yang bertebaran di instagram sampai PU Riz private kan akaun.

Marilah kita doakan kedua-dua mempelai dipanjangkan usia dan diberkati kehidupannya. Tak sabar pula kakak nak tengok dorang ke jinjang pelamin. Wedding of the year ? Em. Tak kot. Nampak lepas Neelofa berpurdah kehidupan dia lebih sederhana.

Tapi kalau pihak sponsor yang mahukan ia gah, mungkin lah kot kan. Hee~ Kita doakan yang baik baik je lah ye, semoga doa baik baik tu berbalik kepada kita semula.


LOVE ;
ATIE ADNAN

1 comment:

  1. Amin. Sy memang kenal dia.. sebab banyak jugak dia berlakon drama

    ReplyDelete

Powered by Blogger.