TURUN BERAT BADAN DENGAN KALORI DEFISIT ? BOLEH KE ?

Fuhh—Sesuatu yang susah sebenarnya untuk kakak kekalkan berat badan dan dalam masa yang sama makan makanan yang sedap tapi bila banyak belajar dan membaca, banyak juga ilmu dan perkara baharu dapat kakak sesuaikan dengan rutin kesihatan kakak. Alhamdulillah – Semua okay dan semakin menarik.


DEFISIT = PENGURANGAN


Kalori Defisit

Dah banyak jenis diet yang kakak buat sebelum-sebelum ni tapi itu lah – ada yang tak konsisten sebab terlampau ketat dan ada yang tak terikut dengan teknik yang diajar. Jadi !! Kakak mengalah dengan keadaan sehinggalah kakak jumpa satu video di TIKTOK yang mengajar tentang kalori defisit.


APA ITU KALORI DEFISIT ?


Kalori merupakan unit ukuran tenaga untuk makanan dengan kiraan : 1 kalori = 4 joule dan untuk menurunkan 1kg berat badan, sekurang-kurangnya kita kena membakar sebanyak 7,700 kalori.

Contohnya !!
Pengambilan kalori kita adalah 1,200 sehari dan ini bermaksud jumlah tenaga yang diperlukan oleh badan untuk melakukan aktiviti harian perlulah setara atau lebih. Bagi tujuan menurunkan berat badan sebanyak 1kg dalam tempoh dua minggu, kita perlu mengurangkan kalori hampir separuh iaitu 550 kalori sehari.

Jumlah kalori yang terhutang dari badan untuk dua minggu adalah bersamaan dengan :


500 kalori x 14 hari = 7,700 kalori


Tips Turun Berat Badan Mudah


Kita kena mengehadkan pengambilan makanan sebanyak 650 kalori sehari dengan mengurangkan kuantiti makanan atau kekerapan pengambilan makanan. Kebiasaan kita apabila melengkapkan pengambilan makanan harian sebanyak tiga kali iaitu :

  • Sarapan ( 400 kalori )
  • Tengahari ( 500 kalori )
  • Malam ( 300 kalori )

Menjadikan jumlah kalori harian kita adalah sebanya 1,200 kalori sehari. Dengan konsep defisit kalori, pengambilan 650 kalori sehari perlu teliti supaya tidak terlebih mahupun berkurang. Contohnya :

  • Sarapan ( 200 kalori )
  • Tengahari ( 300 kalori )
  • Malam ( 150 kalori )

Selain dok kira kalori makanan, defisit kalori juga dapat ditingkatkan dengan senaman. Kalau korang berjaya defisit 700 kalori melalui pemakanan dan ditambah dengan 300 kalori melalui senaman bermaksud – secara keseluruhan, korang berjaya meningkatkan jumlah defisit sebanyak 1000 kalori sehari. Dengan peningkatan hutang tenaga pada badan, penurunan berat badan akan lebih cepat dan mudah berlaku.


Mudah Turun Berat Badan

Sasaran selama dua minggu untuk turun 1kg berat badan akan menjadi kurang iaitu selama 8 hari : 1,000 kalori x 8 hari = 8,000 kalori.

Bukan senang nak capai target kalau korang tak mahir mengira jumlah kalori yang ada pada makanan. Ni. Kat Bawah ni kakak bagi contoh jumlah kalori yang mungkin korang boleh jadikan rujukan.



Elakkan pengambilan makanan manis yang tinggi kalori iaitu 200 hingga 300 kalori, makanan tinggi karbohidrat, makanan ringan yang digoreng sebaliknya tukar rutin pengambilan snek dengan buah-buahan ataupun salad yang tinggi kalori supaya dapat menampung rasa ketagihan kepada makanan. Korang kena latih diri dengan mengamalkan suku suku separuh dalam hidangan bagi membiasakan diri dengan defisit kalori. Pengambilan air masak sebanyak 2 liter sehari adalah wajib tau. Hee. Itu meman tak boleh elaklah.

TIPS : KALAU LAPAR BUKAN PADA WAKTUNYA, MINUM AIR MASAK SEJUK SEGELAS.

Kalau korang tak tau juga cemana cara untuk mengetahui jumlah kalori pada sesuatu makanan, mungkin korang boleh install aplikasi FatSecret yang available kat IOS dan juga android.



Apalagi yang korang nak tau ?

Tinggalkan soalan nanti kakak try jawab. Hee. Boleh tak kakak letak disclaimer ? Kakak juga masih belajar dan kalau ada salah silap dalam penyampaian dan korang lebih arif – mungkin boleh perbetulkan. Jangan kecam tau. Hahahahah.


LOVE ;
ATIE ADNAN

1 comment:

  1. Inilah antara method yang sesuai nak turunkan berat badan kerana 80% datang dari pemakanan kn yang selebihnya exercise. Dulu pernah buat, tapi sekejab je haha

    btw followed here #276

    ReplyDelete

Powered by Blogger.