BINA BISNES BERJAYA – EDISI KHAS NAK MULA BERNIAGA 2021
Zaman serba memerlukan kita cari duit lebih untuk menampung keperluan hidup sehari-hari memberi peluang kepada semua orang memulakan langkah pertama menjalankan perniagaan. Bukan sekadar membina empayar, sekali lagi Richwors memberi peluang khusus buat mereka yang mahu lebih berjaya dalam bidang perniagaan.
![]() |
BINA BISNES BERJAYA
Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata, sebenarnya banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini dengan ramai orang meluangkan banyak masa secara online seperti media sosial. Bagaimanapun katanya, sebahagian usahawan juga tidak tahu cara untuk mula berniaga dengan betul menyebabkan tak mendapat hasil seperti diharapkan.
![]() |
Sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di negara yang diasaskan Azizan sejak 2008 telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara yang mana pada tahun lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion. Tambahnya, RichWorks nak melatih dan bimbing lebih ramai orang untuk dapat membina bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan nak meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirkan ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu.
PENGASAS DAN PENGERUSI, RICHWORKS INTERNATIONAL
Datuk Wira Dr. Azizan Osman adalah seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri. Beliau memiliki keupayaan luar biasa yang dapat mempengaruhi perubahan positif seseorang individu untuk menghasilkan kerja terbaik serta menjadi team yang efektif dan luar biasa.
Sejak 2008, Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah membantu lebih daripada 700 ribu peserta menerusi program yang dianjurkan secara langsung melalui Richworks International, syarikat yang diterajui beliau sebagai Pengasas dan Pengerusi RichWorks International. Beliau telah membantu ribuan usahawan dan jutawan untuk berjaya melalui strategi dan formulanya yang praktikal, mudah dan terbukti berkesan.
![]() |
Beliau juga telah menulis lebih daripada 10 buku mengenai perniagaan, pemasaran dan penguasaan potensi diri. Buku ‘Beat the Curve’ yang dikarang bersama Brian Tracy antara buku yang berjaya tersenarai sebagai buku terlaris di Amazon. Perkongsian di media sosial beliau juga turut menjangkau puluhan ribu orang setiap minggu, menjadikan beliau influencer yang dapat membantu ramai orang untuk merealisasikan potensi diri pada tahap tertinggi.
Sejak 2015, menerusi Program High Net Worth Coaching bersama kumpulan Titanium, Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah memberikan bimbingan kepada lebih 700 usahawan jutawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa. Jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan usahawan ini telah mencecah RM1.5 bilion.
![]() |
no. 77, Jalan Badminton 13/29,
wow, sapa minat bisness this is good
ReplyDeleteOkeh! Mesti join ni! Free pulak tu!
ReplyDelete