PROGRAM CUCI MASJID ANJURAN KOPETRO DENGAN KERJASAMA SENIMAN MALAYSIA

Sempena menyambut bulan Ramadan, kakak berbesar hati menerima jemputan dan menjadi saksi Program Cuci Masjid yang telah dianjurkan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad ( KOPETRO ) dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia baru-baru ini.


Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad
Program tersebut merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat bagi mengimarahkan lagi fungsi Masjid Al-Hidayah, Sentul dengan menyediakan persekitaran yang bersih serta selesa khusus untuk qariah masjid yang bakal menunaikan solat sunat terawih sempena bulan Ramadan tahun ini.


Peka dan prihatin dengan kebajikan ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia, KOPETRO turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan makanan sejuk beku jenama LengQuas keluaran KOPETRO kepada 50 ahli persatuan Seniman.



“Selain menyantuni Masjid Al-Hidayah, KOPETRO juga prihatin dengan kebajikan
ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia yang banyak terkesan dengan pandemik Covid-19.
Oleh kerana itu, hari ini KOPETRO ingin berkongsi rezeki bersama ahli-ahli Seniman
semoga Ramadan kali ini akan lebih ceria buat insan-insan seni yang banyak
menyumbangkan bakat dan keringat mereka dalam menghiburkan hati masyarakat.”



Sumbangan Untuk Ahli Seniman
Zed Zaidi
Sumbangan telah disampaikan oleh Datuk Haji Abdul Razak Hussain kepada Presiden Persatuan Seniman Malaysia ; Encik Zed Zaidi.


KOPETRO turut menawarkan khidmat pembersihan dan disinfeksi dengan jenama KVCLEAN yang dijamin berkesan serta mampu menghapuskan 99% virus. Tanpa menggunakan bahan kimia merbahaya dan juga tigak mengandugi alkohol – KVCLEAN menawarkan servis pembersihan rumah pada harga serendah RM 90.00 untuk 3 jam dan servis disinfeksi pula pada harga RM 258.00 pada setiap sesi.


Persatuan Seniman Malaysia

Air-Cond Service | Kuala Lumpur

Cleaning Service | Kuala Lumpur

Air-Cond Service | Kertih

Cleaning Service | Kertih


Harga promosi yang ditawarkan KVCLEAN ini sah sehingga 31hb Mei 2021.


Kopetro


LAMANWEB   |   FACEBOOK   |   INSTAGRAM


13 comments:

  1. Bagusnya ada program camni kak. lain sikit dari sedekah makanan dan barang keperluan kan. Sedikit sebanyak dapat memberi keselesaan kepada mereka yang pergi masjid untuk menunaikan ibadah bukan sahaja di bulan puasa ni.

    ReplyDelete
  2. Servis disinfeksi pun ada ye?. Bagus la variety servisnya ni, boleh cuci rumah sekaligus boleh servis aircond juga.

    ReplyDelete
  3. Moga dimurahkan rezki KOPETRO nie sebab menjaga ruang solat, terutama time puasa dan terawih. Kagum dengan inisiatif yang menyantuni masyarakat setempat dan SENIMAN gak

    ReplyDelete
  4. What a beautiful initiative to help those people and communities in need. Hopefully this article spreads the awareness among Malaysians to keep going good! :)

    ReplyDelete
  5. Thanks sis Atie share ni.. Nell nampak services yang Nell perlukan... :) Boleh la guna khidmat mereka sebelum Raya...

    ReplyDelete
  6. Bagusnyaa laaa, sambil membantu sambil beramal.. kat Johor ni ada tak? Nanti nak survey gak lee..

    ReplyDelete
  7. usaha yang dilakukan oleh kopetro ni mmg bagus..untuk libatkan diri dalam program berbentuk CSR..moga kopetro terus membantu mereka yang memerlukan..dan sama2 menyatuni masjid di malaysia

    ReplyDelete
  8. Terbaik Program Cuci Masjid yang telah dianjurkan oleh KOPETRO dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia bersama dgn KVCLEAN

    ReplyDelete
  9. Harga dia berpatutan jugak kan.Macam2 produk yang KOPETRO ni keluarkan kan

    ReplyDelete
  10. Tahniah kepada KOPETRO sebab dah berjaya bukan sahaja jadi badan koporat yang berjaya dalam bidang business kita juga dalam CSR program demi masyarakat semula...

    ReplyDelete
  11. bgus gila program mcm ni

    ReplyDelete
  12. Wahhh terbaiklah program macam ni. usaha yang dilakukan oleh kopetro ni bagus sungguh...

    ReplyDelete
  13. Sorry sis! Khai terlepas pandang komen yang ni. Bagus kan kerjasama ni at least sempat bantu sebelum pkp aritu hopefully next year kite kembali seperti biasa

    ReplyDelete

Powered by Blogger.