HIDANGAN DAGING TULANG RUSUK DAN KAMBING TERBAIK DI TONY ROMAS

 Kadang-kadang kakak sendiri tak tau nak makan apa untuk berbuka puasa, kalau nak hadap nasi hari-hari memang menggebu dengna jayanya lah badan ni. Hee~ Baru-baru ni kakak singgah Tony Roma’s dan mencuba salah satu hidangan istimewa yang mereka sediakan sempena bulan Ramadan dan Syawal tahun ni.


Where To Eat Steak In KL

Belum pernah menghampakan, sekali lagi Tony Roma’s mempertaruhkan tulang rusuk dan mengetengahkan keistimewaan lima jenis sos yang dilimpahkan atas daging. Memberi sensasi aroma mewah, daging yang cair dalam mulut – Pehhhh !! Tak dapat nak digambarkan.


ISTMEWA DARI TONY ROMA’S



Mengetengahkan menu Festive Flavours dengan hidangan saiz yang lebih besar supaya pelanggan dapat meluangkan masa bersama keluarga dan juga sahabat-handai dan menikmati keenakan signature daging yang tebaik dari Tony Roma’s. Bukan satu tetapi untuk tahun ini, Tony Roma’s menyediakan TIGA hidangan istimewa untuk dinikmati iaitu Rib Bone Stew sebagai pembuka selera, Festive Beef Ribs Platter dengan 10 ketul tulang rusuk lembu, Festive Lamb Slabs Platter yang merupakan potongan daging kambing serta T-Bone Steak.



“Sejak sekian lama, nilai jenama kami dipandu oleh matlamat untuk memberi pengalaman 
yang luar biasa kepada semua pelanggan yang datang ke Tony Roma’s. Inilah inspirasi 
utama disebalik menu perayaan kami. Kami ingin menjadi pemangkin dalam menghasilkan 
detik bermakna untuk para pengunjung dan kami inginkan mereka menikmati saat-saat 
itu bersama individu yang istimewa buat mereka. Memandangkan tahun lepas adalah 
tahun yang mencabar untuk semua, kami memutuskan untuk membawa kegembiraan kepada 
pelanggan dengan menawarkan sesuatu yang boleh dikongsi dan dinikmati bersama,” 
kata Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley.



Western Foods In Selangor

Festive Beef Ribs Platter
 dihidangkan dengan saiz hidangan yang lebih besar dilimpahi lima jenis sos mewah beraroma iaitu Sriracha, Black Pepper, Original BBQ, Spicy dan daging asli melengkapi hampir semua selera pencinta daging. Tulang rusuk ini diperap dengan ramuan rahsia istimewa Dry Rub dengan kombinasi rempah ratus yang disapu pada rangka untuk menghasilkan rasa daging yang lebih unik.


Halal Western Foods In KL

Festive Lamb Slabs Platter
 juga didatangkan dengan Rib Bone Stew dan hidangan sampingan, menampilkan tiga potongan daging kambing yang sungguh lazat. Diperap dengan gandingan sos Madu dan Plum, hidangan ini sangat sedap dan mampu menambat hati pencinta daging kambing. Tiada bau hamis kambing, kakak yakin ini adalah kambing terbaik dipasaran.


Halal Beef Ribs In KL

Kedua-dua hidangan 
Festive Beef Ribs Platter dan Festive Lamb Slabs Platter turut dihidangkan bersama Rib Bone Stew yang direneh menggunakan cara masak Amerika tetapi masih mengekalkan elemen rasa tradisi Malaysia. Direneh sehingga daging tulang rusuk menjadi sangat lembut dan menghasilkan aroma rempah yang pekat – Sama seperti masakan di rumah sendiri.


Tak nak hidangan yang terlampau besar ? Takut membazir ? Tak pe !! Tony Roma’s ada pilihan lain untuk korang. Hee~


T-Bone Steak Sedap Di KL

Hidangan yang mungkin korang perlu pertimbangkan sebab T-Bone Steak yang ditawarkan oleh Tony Roma’s dimasak sempurna dengan herba asli pilihan chef mampu menaikkan rasa daging tanpa mengganggu sensasi herba. Haish. Makan time suam suam memang ngam teruk !! Satu hidangan untuk sorang pun kenyang sangat !!


Sebagai pelengkap hidangan, pelanggan boleh menikmati pencuci mulut yang manis iaitu Kurma Tiramisu ataupun pilih minuman Lychee Bandung atau Lychee Mojito sebagai penutup selera. Dengan pilihan hidangan yang begitu eksklusif, set menu baharu dari Tony Roma’s ini pasti memuaskan cita rasa semua orang.


Sudah lama menjadi sebahagian dari jiwa rakyat Malaysia, Tony Roma’s sentiasa mahukan yang terbaik dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menyediakan hidangan mengikut selera tempatan. Jutaan tahniah dan terima kasih kerana kepekaan dari pihak Tony Roma’s dapat lah kakak rasa hidangan sehebat ini. Sebagai pencinta hidangan daging mewah, kakak akui jenama Tony Roma’s tak asing lagi buat kakak dan keluarga. Bukan sahaja makan santai tetapi banyak dah memori dengan Tony Roma’s terutamanya pada hari keraian istimewa.


Setanding kualiti rasa dengan harga, Tony Roma’s turut menawarka pelbagai hidangan lain mengikut selera. Fuh—Tengok lah setiap hidangan kat website dorang, terliur !! Hahahaha~


Kalau korang nak berbuka puasa di Tony Roma’s boleh buat tempahan awal bagi mengelakkan kesesakan tempat duduk. Mungkin link kat bawah ni boleh bantu korang.



WEBSITE   |   FACEBOOK   |   INSTAGRAM   |   HOTLINE



Share:

Post a Comment

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes