10 JENIS MAKANAN SIHAT UNTUK KURUS DENGAN LEBIH MUDAH

Bila cakap pasal nak kurus cepat ni, laju je semua berusaha Google dan cari cara paling mudah. Hee~ Kakak faham sangat sebab kakak pun sama tapi untuk entri kali ni, kakak kongsi 30 jenis makanan sihat yang mungkin boleh bantu korang turunkan berat badan ; Walaupun sedikit.


Tips Cepat Kurus


1. CUKA EPAL


  • Mempunyai pelbagai jenis mineral seperti potasium, sodium, kalsium, fosforus, magnesium, vitamin A, vitamin B1 dan B2, vitamin C dan juga vitamin E yang sangat elok untuk kesihatan tubuh badan manusia sekiranya diambil dengan kadar yang sesuai. Banyak kajian menyimpulkan bahawa cuka epal mampu menghalang pengumpulan lemak dalam badan. Seorang penyelidik bersama pasukannya telah merekodkan pemerhatian pada tahun 2009 merekodkan kesan pengambilan cuka dalam makanan dan mendapati terdapat penurunan yang ketara dari segi BMI, ukur lilit pinggang dan berat badan bagi kumpulan yang mengamalkan cuka epal sebagai rutin.


2. AIR MASAK


  • Nak kurus ? Ya !! Ini adalah 'bayaran' paling murah dan berbaloi sebab korang akan dapat manfaat untuk turunkan berat badan, melawaskan pembuangan sisa toksin dan menjadikan kulit  lebih segar dan lembut. Setiap dari kita (orang dewasa) memerlukan 2 liter - 3 liter air sehari dan air masak adalah pilihan terbaik.


3. PLAIN YOGURT


  • Bila bercakap tentang nak kurus, mesti korang akan perasan tentang banyaknya menu berkaitan yang mengandungi plain yogurt. Tau tak plain yogurt mengandungi probiotik yang sangat baik untuk sistem pencernaan dan juga sistem kekebalan tubuh. Selain itu ia juga mampu melepaskan hormon penurun nafsu makan dan membuatkan kita kenyang lebihhhhhhhhhhhh lama. Selain probiotik, plain yogurt juga mengandungi kalsium yang turut membantu mengawal nafsu makan, menjaga kadar gula dalam darah dan memelihara fungsi bakteria baik di dalam usus.




  • Unik kerana lemon merupakan sejenis buah sitrus yang mengandungi D-Limonene yang dapat mengeluarkan toksin dalam badan dan dapat melancarkan proses pencernaan. Selain itu, ia juga dapat membuang lemak berlebihan yang ada dalam badan.
  • Kakak sendiri selalu amalkan jus lemon tapi menggunakan essential oil - Sejenis yang kadang beli buah lemon tapi malas nak memotong dan mengupas. Hee~ Jangan risau, 5ml pati minyak lemon YL ni menggunakan pati lemon asli dan tidak menggunakan bahan kimia yang menjejaskan kualiti lemon sedia ada.

Essential Oil Lemon Young Living
5. SUP


  • Makanan yang tinggi kandungan air sebenarnya dapat mengurangkan pengambilan kalori berlebihan kerana makanan jenis ini mempercepatkan rasa kenyang sekaligus dapat mengurangkan pengambilan makanan lain. Antara sup yang kakak sendiri selalu amalkan adalah sup ayam, sup sayur dan juga makanan bersup seperti tomyam.


    Resepi ?
    Nanti kita share eh.


6. TELUR


  • Ni lagi satu yang kakak rasa memang ajaib !! Selain menjadi pembekal sumber protein yang sangat bagus, telur ayam juga mengandungi choline yang dapat membakar lemak dalam badan dan ada kajian yang membuktikan sekiranya kita makan telur ayam pada waktu pagi proses menurunkan berat badan lebih mudah dan berkesan. Fuh !! Ni lagi best - Dalam kuning telur terdapat kesemua nutrien yang diperlukan badan.


7. KOPI


  • Kopi hitam pekat tanpa susu ataupun krimer adalah salah satu minuman sihat yang dapat membantu proses penghapusan lemak sekaligus merangsang hormon adrenaline yang akan menghantar isyarat kepada otak supaya membakar lemak yang tersorok didalam badan.





8. BERAS PERANG


  • Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi kerana mengandungi nutrien baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.
  • Beras perang dapat membuatkan kita kenyang dalam tempoh yang lebih lama dan sekaligus mengurangkan pengambilan makanan terutamanya makanan manis dan bertepung.


9. BAYAM


  • Pengambilan bayam dengan lebih kerap membolehkan kita mengurangkan pengambilan kalori kerana lemak badan yang berlebihan terkumpul di dalam badan. Sayur bayam sendiri mengandungi 20 - 23 kcal pada setiap 100 gram yang terdiri daripada :
    • 91.5 gram air
    • 3.0 gram protein
    • 0.5 gram lemak
    • 3.5 gram karbohidrat
    • 0.5 gram monosaccharides

  • Berdasarkan penelitian dari Lund University, ekstrak bayam yang mengandungi thylakoid dapat membantu merangsang penurunan berat badan sekitar 43% kerana thylakoid membuatkan badan merasa kenyang lebih lama.


10. CILI

  • Unik kan ? Hee~ Sebagai pemakan cili yang tegar, kakak memang setuju. Menurut kajian yang telah diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2008, capsaicin yang terkandung dalam cili merupakan sebatian aktif yang boleh menghapuskan lemak dalam badan. Selain itu, cili juga mengandungi vitamin C dan A yang tinggi beta-karoten yang dapat menghapuskan bahan-bahan radikal bebas yang merosakkan sel dan saraf kita.


Ini baru sepuluh ni.
Hee~ Kalau ikutkan ada banyak lagi makanan yang dapat membantu menurunkan berat badan cuma bahan yang kakak kongsikan ni bahan yang mudah cari dan senantiasa ada disekeliling kita. Nak turunkan berat badan bukan je menggunakan bahan-bahan yang mahal sebaliknya kalau korang pandai untuk mengolah makanan harian sudah pastinya ia sangat berbaloi.


Berat badan turun.
Jimat pun jimat.




LOVE :
ATIE ADNAN


Share:

Post a Comment

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes