HARI NASI LEMAK MB 2021 ; BELI 1 PERCUMA 1 TERHAD 10,000 PEK DI SHOPEE

Dari kecil kita memang dah dikenalkan dengan makanan yang menyatukan rakyat Malaysia iaitu Nasi Lemak dan kini masuk tahun kedua Marrybrown meraikan Hari Nasi Lemak MB yang menawarkan promosi beli 1 PERCUMA 1 di platform e-dagang terulung iaitu Shopee.


Resepi Nasi Lemak

Masih mengekalkan rasa yang sama dari segi nasi dan juga sensasi sambal, Marrybrown yakin dengan tawaran MEGA OGOS 2021 ini mampu memberi kepuasan maksima kepada penggemar Nasi Lemak khususnya.


NASI LEMAK MARRYBROWN



Hidangan Kebanggaan ramai ini mempunyai keunikan rasa, dihasilkan dari pelbagai bahan dan ramuan, menjadikannya sebagai hidangan pilihan ramai yang melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Tersedia lengkap dengan nasi yang dimasak bersama santan ( Aromanya - PEH !!! Syahdu !! ), sambal yang dimasak pecah minyak pedas pedas manis, timun, papadom, ikan bilis goreng rangup, kacang tanah dan istimewa Marrybrown's Crispy Chicken yang pastinya mengenyangkan. 


Memeriahkan lagi sambutan bila Marrybrown tampil bekerjasama dengan Shopee Malaysia bagi merealisasikan impian - SEMUA ORANG KENA MAKAN NASI LEMAK bersama tawaran beli 1 percuma 1.


--> Beli di sini !!


Nasi Lemak Marrybrown


Dinobatkan sebagai rangkaian restoran makanan segera Halal terbesar di Malaysia, Marrybrown semakin berkembang setelah 40 tahun menjadi antara yang terbaik dengan menghidangkan pelbagai menu menarik bersesuaian dengan selera rakyat Malaysia.


Menjadi rutin tahunan, Hari Nasi Lemak MB akan diraikan pada setiap 1hb Ogos sebagai simbolik menanti ambang Merdeka pada 31hb Ogos. Menarik bukan ? Hee~ Kakak sendiri dah rasa dan memang puas hati. Tak de apa yang kurang dan segalanya lengkap.


Nasi Lemak


Dari segi rasa.

Dari segi harga.

Dari segi presentation -- https://harinasilemakmb.marrybrown.com/


So !!
Korang kena selalu follow semua media sosial Marrybrown sebab dorang selalu buat contest dan korang boleh menang macam-macam hadiah !! Link kat bawah ni ya.







Share:

1 comment :

  1. Perrgghhh.... padu!!! Kakak lupakan kita ye.. Makan Nasi Lemak MarryBrown sorang2 je... Hehe...

    ReplyDelete

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes