MAJLIS PERASMIAN CAWANGAN PERTAMA MKAJ SALON DAN PELANCARAN SIGNATURE CELAB

Rambut sinonim dengan mahkota yang melengkapkan penampilan individu. Ya !! Sebagai wanita, kakak juga sangat menitik beratkan perihal kesihatan rambut dan ia merupakan BONUS bila kakak dapat tahu MKAJ Salon akan membuka cawangan pertama berhampiran dengan rumah kakak. Hee~ Rasa macam ; WOW !!


Kakak diberi kesempatan menjadi antara yang terawal untuk memperlihatkan majlis pembukaan cawangan pertama dan pelancaran produk MKAJ iaitu Signature ceLAB baru-baru ini bertempat di Platinum Walk, Setapak. 


MAJLIS PEMBUKAAN CAWANGAN PERTAMA DAN PELANCARAN PRODUK MKAJ

 

MKAJ Salon & Academy merupakan sebuah perniagaan berasaskan penggayaan dan pendandanan rambut professional yang telah berada dalam industri  hiburan selama lebih 18 tahun dengan penglibatan secara langsung bersama acara-acara berpestij tanah air dan antarabangsa.

 

Memiliki lebih 20 sijil pengiktirafan profesional, Pengasas MKAJ Salon & Academy – Shahrizan Salleh selaku penggaya rambur selebriti profesional telah melebarkan cabang perniagaannya dengan pembukaan cawangan pertama dan pelancaran produk terbaharu atas jenama miliknya. Pernah bekerjasama dengan beberapa nama besar dalam industri hiburan, Shahrizan Salleh bukan lagi nama yang asing.



MKAJ turut memperkenalkan rangkaian produk penjagaan rambut baharu iaitu Signature ceLAB yang sesuai dengan semua jenis rambut, mengandungi :


  • ·       Signature ceLAB Shampoo ( Soothing )
  • ·       Signature ceLAB Perapi Rambut ( PH Balance )
  • ·       Signature ceLAB Serum ( Essence )
  • ·       Signature ceLAB Pewangi Rambut ( Volume )

 

Menggunakan air sebagai bahan utama, rangkaian Signature ceLAB diformulasikan khusus untuk menjaga dan merawat kerosakan rambut dari akar sehinggalah ke hujung rambut secara lembut. Bagusnya produk Signature ceLAB ni, satu rangkaian yang boleh digunakan oleh lelaki dan wanita serentak. Maksudnya, kalau suami isteri tu – Dah tak payah nak beli syampu berasingan. Guna Signature ceLAB je.


Kalau korang memang suka menggayakan rambut, kakak cadangkan singgahlah ke MKAJ Salon untuk mencuba perkhidmatan yang disediakan mereka. Harga pun sangat berbaloi, bermula dari RM 40.00 sehinggalah ke harga yang bersesuaian mengikut permintaan pelanggan tetapi perkhidmatan di salon perlulah melalui temujanji dahulu ya. Taknak terjah-terjah takut nanti korang sampai, salon penuh pula.

 

  • ·       Harga promosi yang menarik
  • ·       Ada ruangan Muslimah
  • ·       Pendandan / Penggaya rambut yang berpengalaman
  • ·       Persekitaran yang mesra pelanggan

 

Pada kakak, cukup empat ciri yang diperlukan. Hee~

 

Siringan dengan keadaan semasa, pengguna vape atau rokok wap air semakin ramai dan ia merupakan cabag perniagaan baharu yang sangat menarik untuk diteroka. Berkongsi satu bumbung dengan MKAJ Salon, pelanggan juga boleh membuat pembelian produk Koboi Vape juga di MKAJ Salon. Dari pelbagai flavour sehinggalah portable vape yang memudahkan pengguna.

 

KOBOI VAPE

 

Sebagai perniagaan usahawan Bumiputera yang sangat mahu membantu peniaga muda yang berminat untuk menjadi pengedar dengan modal yang rendah, Koboi Vape sangat mengalu-alukan dengan menyediakan tunjuk ajar dan modal pemula yang rendah.


Untuk maklumat lanjut tentang MKAJ Salon dan Koboi Vape, mungkin link kat bawah ni dapat membantu.

 

MKAJ Salon & Academy

Laman Web : MKAJ Salon & Academy

Instagram : https://www.instagram.com/mkajsalon/

 

Koboi Vape

Instagram : https://www.instagram.com/koboivape/


1 comment:

Powered by Blogger.