MAJLIS PERASMIAN CAWANGAN PERTAMA MKAJ SALON DAN PELANCARAN SIGNATURE CELAB
Rambut sinonim dengan mahkota yang melengkapkan penampilan individu. Ya !! Sebagai wanita, kakak juga sangat menitik beratkan perihal kesihatan rambut dan ia merupakan BONUS bila kakak dapat tahu MKAJ Salon akan membuka cawangan pertama berhampiran dengan rumah kakak. Hee~ Rasa macam ; WOW !!
Kakak diberi kesempatan menjadi
antara yang terawal untuk memperlihatkan majlis pembukaan cawangan pertama dan
pelancaran produk MKAJ iaitu Signature ceLAB baru-baru ini bertempat di Platinum
Walk, Setapak.
MAJLIS PEMBUKAAN CAWANGAN PERTAMA DAN PELANCARAN PRODUK MKAJ
MKAJ Salon & Academy
merupakan sebuah perniagaan berasaskan penggayaan dan pendandanan rambut
professional yang telah berada dalam industri
hiburan selama lebih 18 tahun dengan penglibatan secara langsung bersama
acara-acara berpestij tanah air dan antarabangsa.
Memiliki lebih 20 sijil
pengiktirafan profesional, Pengasas MKAJ Salon & Academy – Shahrizan Salleh
selaku penggaya rambur selebriti profesional telah melebarkan cabang
perniagaannya dengan pembukaan cawangan pertama dan pelancaran produk terbaharu
atas jenama miliknya. Pernah bekerjasama dengan beberapa nama besar dalam
industri hiburan, Shahrizan Salleh bukan lagi nama yang asing.
MKAJ turut memperkenalkan
rangkaian produk penjagaan rambut baharu iaitu Signature ceLAB yang sesuai
dengan semua jenis rambut, mengandungi :
- · Signature ceLAB Shampoo ( Soothing )
- · Signature ceLAB Perapi Rambut ( PH Balance )
- · Signature ceLAB Serum ( Essence )
- · Signature ceLAB Pewangi Rambut ( Volume )
Kalau korang memang suka menggayakan rambut, kakak cadangkan
singgahlah ke MKAJ Salon untuk mencuba perkhidmatan yang disediakan mereka.
Harga pun sangat berbaloi, bermula dari RM 40.00 sehinggalah ke harga yang
bersesuaian mengikut permintaan pelanggan tetapi perkhidmatan di salon perlulah
melalui temujanji dahulu ya. Taknak terjah-terjah takut nanti korang sampai, salon
penuh pula.
- · Harga promosi yang menarik
- · Ada ruangan Muslimah
- · Pendandan / Penggaya rambut yang berpengalaman
- · Persekitaran yang mesra pelanggan
Pada kakak, cukup empat ciri yang diperlukan. Hee~
Siringan dengan keadaan semasa, pengguna vape atau rokok wap
air semakin ramai dan ia merupakan cabag perniagaan baharu yang sangat menarik
untuk diteroka. Berkongsi satu bumbung dengan MKAJ Salon, pelanggan juga boleh membuat
pembelian produk Koboi Vape juga di MKAJ Salon. Dari pelbagai flavour sehinggalah
portable vape yang memudahkan pengguna.
KOBOI VAPE
Sebagai perniagaan usahawan Bumiputera yang sangat mahu
membantu peniaga muda yang berminat untuk menjadi pengedar dengan modal yang
rendah, Koboi Vape sangat mengalu-alukan dengan menyediakan tunjuk ajar dan
modal pemula yang rendah.
Untuk maklumat lanjut tentang MKAJ Salon dan Koboi Vape, mungkin link kat bawah ni dapat membantu.
MKAJ Salon & Academy
Laman Web : MKAJ Salon & Academy
Instagram : https://www.instagram.com/mkajsalon/
Koboi Vape
Instagram : https://www.instagram.com/koboivape/
Tema hitam ya, cun, botol pun smart hitam
ReplyDelete