KEMBALI dengan kemeriahan yang sangat mengujakan, sekali lagi LuLu Hypermarket kembali dengan festival makan-makan dan kakak yakin akan mendapat sambutan dari penduduk sekitar. Bukan sahaja di cawangan Setia Alam, malah festival ini turut berlangsung dikesemua cawangan LuLu Hypermarket di Malaysia.
Masih mengekalkan konsep warung makan ceduk sendiri dan timbang, LuLu Hypermarket telah menyediakan pelbagai jenis menu termasuklah briyani, pelbagai hidangan panas seperti spaghetti, mi goreng, mihun goreng, pelbagai jenis kari, pelbagai jenis ayam dan juga asam pedas.
FOOD FESTIVAL LULU HYPERMARKET 2021
Bukan sahaja makanan panas dari food stall, ada pelbagai jenis makanan lain untuk dijadikan pilihan. Confirm terliur dan rambang mata, rasa nak cuba semua makanan yang ada. Harga pun boleh tahan berbaloi dengan saiz hidangan yang ditawarkan. Tak mahal dan tak terlampau murah tapi yang pastinya sedap dan mengenyangkan.
|
Pilihan paling popular !! Hee~ Serius !! Korang kena cuba !! |
Macam kakak sendiri yang sentiasa menjadikan rutin membeli barang dapur sebagai salah satu terapi sudah pastinya akan memilih persekitaran yang selesa dengan harga berpadanan. Al-maklumlah, zaman serba kena berjimat cermat ni - Kena bijak berbelanja.
Dan !!
LuLu Hypermarket menyediakan pelbagai pilihan terbaik dari sumber yang terbaik iaitu kebanyakan bahan mentah yang dijual adalah dari usahawan tempatan Malaysia.
Kakak suka shopping waktu pagi.
Waktu yang tak ramai orang dan bahan mentah masih segar, makanan pun masih panas ibarat keluar dari dapur sendiri. Gittew--
|
Mesti beli ni !! Sedap dan menepati selera. Harga pun jauh lebih murah berbanding harga di tempat lain. |
Semuanya dimasak dan dibakar setiap hari tanpa mengulang makanan hari sebelumnya. Ya !! Kakak berani cakap macam tu sebab kakak dah kunjungi LuLu banyak kali, dan apa yang kakak kongsi berdasarkan pengalaman kakak sendiri. Kualiti makanan setanding rasa. Lebih kurang macam tu lah. Hee~
|
Ini memang murah dan syok dijadikan stok kat rumah. Hee~ Ye lah. Masih PdPR kan.
|
Tidak terhad pada makanan sedia dimasak, LuLu Hypermarket turut menyenaraikan lebih 50 jenama lain dalam kempen Food Festival 2021 ni. Kiranya kalau membeli-belah kat LuLu tak perlu lah ke tempat lain lagi. Semua bawah satu bumbung.
Nak dijadikan promosi ni jauh lebih menarik !!
Setiap perbelanjaan RM 100.00 dalam satu resit melayakkan korang terima baucar promosi RM 50.00 LAGI !! Ha. Beli barang dapur bernilai RM 100.00 dan dapat lebih RM 50.00 untuk belanja di bahagian pakaian, kasut dan aksesori.
Untuk promosi dibahagian ni, korang boleh rujuk kat setiap poster seperti kat gambar yang dipaparkan. Kalau ada poster ni maksudnya produk tersebut korang boleh beli menggunakan baucar RM 50.00 tu lah. Nais kan ? Hee~
Dah jimat beli barang dapur, jimat pula beli pakaian, kasut, tas tangan dan juga aksesori yang tersenarai dalam harga promosi. Berapa banyak kali jimat dah ?
Okay.
Banyak.
Menarik dan tertarik ye Lulu Hypermarket ni... LeYa tak pernah jejak lagi ke sana. Almaklumlah kat area sini tiada lagi.
ReplyDelete