KOLAGEN GLOWPEACH UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN WANITA ASIA

Mengorak langkah dalam bidang perniagaan berasaskan kesihatan dan kecantikan bukan semudah yang disangka memandangkan persaingan dalam bidang ini bukan calang-calang sengitnya namun ia tidak mematahkan semangat Cik Khaireen Kamarulzaman memperkenalkan Glowpeach khusus untuk mereka yang sangat menitik beratkan soal kesihatan dan kecantikan.


Kolagen berasaskan buah


Menjadi buah tangan pertama Eryn Beauty Resources, Glowpeach merupakan kolagen yang mana kandungannya semua menggunakan bahan-bahan premium supaya kesan yang diterima pengguna mampu membuatkan mereka tersenyum lebar.


GLOWPEACH


Cetusan idea dari Cik Khaireen sendiri yang sangat menitik beratkan soal kesihatan dan kecantikan, Glowpeach telah menjalani penyelidikan dan pembangunan ( R&D ) selama hampir setahun tampil setanding dengan jenama terkemuka yang telah berada dipasaran.


“Kesihatan dan kecantikan bagi saya amat penting dan ia perlu seiring dengan kehendak serta gaya hidup masyarakat yang mementingkan kesihatan dan penampilan hari ini. Jadi tiada apa yang lebih menggembirakan saya untuk memulakan perniagaan ini yang pastinya memberi cabaran baharu dan sedia bersaing dengan jenama-jenama tempatan yang lain,” katanya dalam majlis pelancaran kolagen Glowpeach di W Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Diformulasi dari 100% bahan asli semulajadi dan ekstrak buah peach premium, Glowpeach merupakan makanan tambahan yang dapat membantu merawat permasalahan tekstur kulit, mencantikkan kuku dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.


Best collagen

Turut mengintai peluang untuk menembusi pasaran antarabangsa, Cik Khaireen memberi tempoh dua tahun kepada dirinya dan team Glowpeach memberi tumpuan sepenuhnya untuk pasaran tempatan. Pada masa akan datang, Eryn Beauty Resources akan menambah lagi produk-produk kesihatan dan kecantikan yang lain dan buat masa ini pihaknya akan memberi fokus dahulu pada Glowpeach.


“Buat permulaan, saya akan memastikan Glowpeach kukuh di pasaran tempatan dan Insya-Allah perancangan untuk mengembangkan ke pasaran luar negara pastinya ada. Untuk itu saya turut menyasarkan jualan 10,000 unit Glowpeach sebulan,” tambahnya.


Dijual pada harga RM 69.90 sekotak yang mengandungi sepuluh paket mini mudah bawa, Glowpeach sangat sesuai untuk lelaki dan juga wanita yang berusia 18 tahun ke atas. Glowpeach boleh dibeli secara dalam talian di https://linktr.ee/glowpeach.official dan juga pengedar-pengedar yang sah di sekitar Lembah Klang.



Share:

Post a Comment

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes