PELANCARAN KEMPEN TASNEEM PRIHATIN DAN ULANGTAHUN TASNEEM NATUREL KELIMA

Baru-baru ini Tasneem Naturel telah  melancarkan kempen Tasneem Prihatin yang merupakan satu inisiatif bertujuan untuk mengurangkan beban ibu dan ayah yang bakal menyambut kelahiran cahayamata.  Melalui kempen Tasneem Prihatin, Tasneem Naturel akan mengedarkan 500 Newborn Gift Box yang mengandungi barang keperluan bayi baru lahir yang akan diberikan secara PERCUMA.


set berpantang murah

Tasneem Naturel merupakan jenama barangan keperluan bayi di bawah Tasneem Business Legacy Sdn Bhd telah berada dipasaran sejak November 2016 dan diyakini lebih 100,000 pelanggan untuk mengatasi pelbagai masalah bayi secara alami. Hanya menggunakan bahan-bahan organik, Tasneem Naturel mempertaruhkan harga setanding kualiti dan mudah didapati melalui 15,000 ejen di seluruh Malaysia.


TASNEEM PRIHATIN



Tasneem Prihatin merupakan kempen Tangungjawab Sosial Korporat di bawah Tasneem Care - salah satu subsidiari di bawah Tasneem Business Legacy Sdn Bhd. Melalui kempen ini, 500 Newborn Gift Box akan diberikan kepada ibu mengandung terpilih yang mendaftar dipautan https://www.tasneemnaturel.com/tasneem-prihatin/ bermula 21 November 2021 sehingga 31 Disember 2021. Newborn Gift Box Tasneem Prihatin ini akan mula diedarkan kepada 500 ibu terpilih bermula 3 Januari 2022. Barangan keperluan bayi yang terkandung dalam gift box ini terdiri daripada barangan Tasneem Naturel secara rawak.


petua hilangkan kembung perut bayi

Ketua Pegawai Operasi Tasneem Naturel, Puan Haridah Sahri berkata, "Selain kos bersalin di hospital, ibu ayah turut perlu menyediakan pelbagai kelengkapan bayi baru lahir seperti lampin, pakaian dan barangan asas penjagaan bayi. Diharap pemberian Newborn Gift Box Tasneem Prihatin ini sedikit sebanyak dapat turut sama mengurangkan beban. Tasneem Naturel sebagai pengeluar barangan keperluan bayi amatlah memandang tinggi pengorbanan ibu sepanjang mengandungkan sehinggalah saat bertarung nyawa melahirkan anak. Kami juga turut rasa terpanggil untuk menyokong kesungguhan ibu bapa yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka."


DUTA TASNEEM NATUREL


 
Majlis pelancaran ringkas ini berlangsung di Flora Terrace @ Hampshire Place sempena Ulangtahun Ke-5 Tasneem Naturel turut diselitkan dengan sesi memperkenalkan Ainan Tasneem sebagai duta jenama Tasneem Naturel.

bayi kuning normal berapa lama
cara urut bayi kembung perut

Menurut Ainan, beliau amat teruja kerana diberi peluang menjadi duta jenama Tasneem Naturel. Sebagai ibu kepada tiga orang anak, beliau merasakan Tasneem Naturel sangat dekat di hati. Beliau juga berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada Kempen Tasneem Prihatin untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan. Menyediakan keperluan bayi yang bakal dilahirkan boleh menjadi perkara yang merungsingkan, lebih-lebih lagi pada mereka yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.
 
Sempena Ulangtahun Ke-5, Tasneem Naturel mengeluarkan Newborn Balm Set Edisi Terhad - set kombinasi dua balm terlaris Tasneem Naturel iaitu CF-Rub dan T-Rub; yang didatangkan dalam kotak rekabentuk comel dan memikat beserta hadiah percuma tuala muka sulaman eksklusif.
 
Kepada ibu-ibu yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata boleh klik https://www.tasneemnaturel.com/tasneem-prihatin/ dan isi maklumat anda. Maklumat lanjut, layari laman web www.tasneemnaturel.com atau follow Facebook Tasneem Naturel HQ dan Instagram @tasneemnaturelhq 


No comments:

Powered by Blogger.