5 TIPS BERLARI UNTUK BEGINNER, LAJU-LAJU NAK PERGI MANA ?

Orang kata untuk memulakan sesuatu tabiat menjadikan ia sebagai rutin - TAK MUDAH tapi sebenarnya tak susah juga kalau korang memang ada misi untuk meningkatkan mutu kehidupan sekaligus berubah menjadi lebih baik. Nah !! Kakak kongsikan lima ( 5 ) tips berlari untuk korang yang baru nak mula berlari dan tips dibawah adalah tips yang sama kakak guna.


Malaysia Runner

Tip 1 : Tidur / Rehat Yang Cukup

Menurut lama MyHealthFinder yang menyarankan orang dewasa mencukupkan tujuh ( 7 ) jam untuk mendapatkan tidur yang berkualiti pada jadual yang tetap setiap malam. Tidur yang cukup bukan sahaja mengenai jumlah jam tidur, ia juga penting untuk mendapatkan waktu tidur yang berkualiti supaya badan kita lebih segar dan bertenaga untuk melakukan rutin larian.


Tip 2 : Jauh Tak Bermakna Berkualiti

Ramai suka flex kejauhan dan buat milage yang dicapai sebagai satu award. Untuk kita yang baru nak mula berlari ni, jangan jadikan ia satu ukuran sebaliknya jadikan ia sebagai motivasi untuk pergi lebih jauh. Risau kakak kalau korang terus nak lari jauh walaupun pada kelajuan yang rendah akan membuatkan otot dan sendi korang rosak.

Jaga diri sebab kaki nak pakai lama.


Tip 3 : Warm Up / Cooldown

Masa kakak dapatkan rawatan di pusat fisioterapi awal tahun haritu, therapist ada pesan untuk kakak warm up dan cool down sebelum dan selepas berlari bagi mengelakkan otot terkejut. Ye lah. Otot tengah dalam mode rehat tiba-tiba kita lenjan berlari - Itu yang buat badan habis sakit sakit tu. Hee~ Korang boleh je :

Warm Up
- Leg bends, leg swings, shoulder / arm circles, jumping jacks, jumping rope, lunges dan squat

Cooldown
- Briskwalk, seated forward bend, knee-to-chest, child pose dan corpse pose


Tip 4 : Minum Air

Jadikan rutin minum air ibarat darah mengalir dalam badan. Hahahaha~ Jangan tinggalkan air sebelum, semasa dan selepas berlari. Lagi jauh kita lari maknanya lagi banyak air yang kita perlu minum. Selain air kosong, kakak galakkan korang minum minuman isotonik juga untuk kembalikan garam yang terbebas semasa berlari.


Tip 5 : Pakaian Yang Sesuai

Dari awal kakak berlari memang kakak sangat menitikberatkan soal keselesaan dan penggunaan pakaiaan yang sesuai. Fabrik yang sesuai untuk bersukan / patuh bersukan adalah fabrik yang tidak mengganggu pernafasan, tidak terlampau ketat dan tidak terlampau longgar. Adalah bonus sekiranya korang dapat sediakan pakaian sukan yang diperbuat dari poliester atau mikrofiber kerana kedua-dua material ini cepat kering dan sangat selesa untuk bersukan.


BACA SINI : 8 TIPS PENTING MEMILIH PAKAIAN SUKAN, TAK BOLEH ASAL SARUNG !!


Dan !!
Sudah tentulah pilihan kakak dari dulu lagi adalah pakaian sukan dari VV eHouse yang diperbuat khusus untuk mereka yang aktif. Ada pelbagai jenis pakaian sukan di VV eHouse yang rata-ratanya sangat berbaloi dari segi harga yang setanding dengan kualiti.


Tips for runner

My Papillon Active Wear Hijab saiz M diperbuat dari material super micro-fiber dual eyelet fabric yang sangat ringan dan mudah kering. Dicipta dengan rekabentuk khusus untuk bersukan, tudung ini memiliki awning yang kecil untuk memudahkan pengudaraan pada bahagian kepala.


Baju sukan muslimah

UACTIVE High Low Casual Hoodie + UACTIVE Tank Top persamaan kedua-dua fabrik untuk set ni adalah, kedua-duanya diperbuat dari 93% poliester !! Material yang sangat ringan, memeri dan cepat kering bila berpeluh, 


Tips jogging
Flex High Waist Legging ni antara seluar lari yang kakak sangat suka !! Bukan saja diperbuat dari fabrik yang tebal, ia juga elastik dan mudah memeri. Sangat sesuai untuk mereka yang suka beraktiviti sebab material seluar ni cepat kering. Kalau basah dengan peluh pun, kejap je boleh kering. Hee~

BONUS !!
Kalau korang nak jadikan berlari sebagai rutin, korang kena tahu dan peka tentang kesihatan tubuh badan korang. Kalau biasanya korang jadi pendengar setia pada masalah orang lain, SEKARANG korang kena mula dengar dan prihatin terhadap tubuh badan korang. Kalau sakit, berhenti. Kalau penat, berehat. Okay ?


No comments:

Powered by Blogger.