PEMBUKAAN CAWANGAN BAHARU OGAWA DI MID VALLEY MEGAMALL, KUALA LUMPUR

OGAWA yang bermaksud 'aliran' dalam bahasa Jepun merupakan jenama terkemuka seantearo dunia dengan memperkenalkan gaya hidup sihat dengan memegang falsafah ; SPRING OF WELLNESS yang sangat berdedikasi memberikan yang terbaik kepada pengguna kini melebarkan sayapnya di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.


Mesin Urut Badan

Selaras dengan perkembangan saban tahun, 2022 memberi lembaran baharu untuk OGAWA Malaysia dengan memberi pengalaman baharu kepada pengguna dengan memperkenalkan teknologi hybrid pintar untuk mempertingkatkan mutu kesihatan dan pengalaman gaya hidup yang sangat menarik kepada orang sekeliling.


Dikendalikan oleh penasihat yang berpengalaman, OGAWA tampil mempamerkan hampir kesemua produk keluaran mereka, OGAWA menawarkan pilihan teknologi, inovasi, kehidupan yang lebih baik dan tawaran pengalaman selari dengan sasaran pasaran. Mempersembahkan babak transformasi yang menggabungkan  kehidupan pintar dengan kualiti produk fizikal untuk kepuasan pelanggan.


“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan kepada pelanggan kami tentang pengalaman dalam kedai OGAWA. Sebagai jenama Kesihatan dan Kesejahteraan yang terkenal di peringkat antarabangsa dengan kehadiran yang berkembang pesat pada skala global, kami menaiktaraf cawangan sedia ada melalui reka bentuk dan konsep yang inovatif sekaligus meningkatkan pengalaman pelanggan kami apabila mencari mesin urut dan teknologi kesihatan yang berkualiti.”
-- Datuk Lim Mee Ling, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif OGAWA Malaysia


Mesin Urut Kaki

Menggabungkan warna goldrose dan putih sebagai warna utama yang dipadankan dengan warna kayu memberi gabungan harmoni yang sangat menarik. Penggunaan pancaran cahaya merentasi ruang menyerlahkan lagi kualiti produk secara semulajadi. Platform pada pintu masuk kedai OGAWA Mid Valley Megamall direka khas untuk meletakkan pelbagai produk yang lebih kecil supaya pelanggan mudah nampak. Berserta info, produk kecil yang ada sangat mampu milik dengan pelbagai kegunaan berkaitan kesihatan.

“Kami mahu pelanggan kami menikmati kehidupan yang menyenangkan, maju dan sihat apabila mereka berada dalam keselesaan rumah mereka sendiri, tetapi juga dengan mudah menyepadukan dengan gaya hidup pintar yang (hampir) setiap isi rumah Malaysia wujudkan. Oleh itu, bukannya konsep runcit biasa, kami mencipta persekitaran yang selesa lagi futuristik di mana apabila mereka melangkah masuk ke kedai kami, ia akan berasa seperti di rumah sendiri.”


Menariknya !!
Pelanggan juga boleh mencuba sendiri OGAWA Master Drive AI 2.0 yang dibina dengan 5,184 kombinasi urutan untuk membantu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan terutamanya kesakitan pada bahagian tulang belakang dan otot. Menampilkan kecerdasan buatan ( AI ) termasuk pengecaman muka, penjejak kesihatan dan pengimbas automatik berkuasa, berani kakak katakan ia adalah ciptaan terbaik dalam kelasnya.


OGAWA Malaysia



Kakak turut mengambil kesempatan teroka kedai elegan OGAWA untuk mencuba pelbagai produk yang tersedia TAPI !! Kakak tertarik dengan yang ini :


Treadmill OGAWA Murah

OGAWA Activo Trek Pro T7.2 Lite Treadmill Free Digital Weight Scale !! Hahahaha~ Memang seronok kalau ada satu kat setiap rumah. Malas lari kat luar ? Tak de masalah. Selain menjimatkan ruang, Activo Trek Pro T7.2 Lite juga sangat ringan, mudah dikendalikan dan paling penting boleh lipat dan dialihkan. Em. Best kan ?


Sempena pembukaan OGAWA Mid Valley Megamall, pelanggan berpeluang menikmati diskaun sehingga 50% dengan pelan pembayaran sehingga 68 bulan. Tawaran hanya tertakluk di OGAWA Mid Valley sahaja tau. Dah hujung tahun ni kita akan menyambut perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baharu - Apa kata hadiahkan produk OGAWA untuk orang yang tersayang.


Tak de ?
Tak pe.
Hadiahkan untuk diri sendiri pun boleh. Hee~ 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari https://www.ogawaworld.net/.



No comments:

Powered by Blogger.