SIMPLYSITI FOR ALL – REFLECTION OF PERFECTION THE BEST!
Sebut je SimplySiti, mustahil ada rakyat Malaysia tak tahu tentang salah satu jenama hasil buah tangan dari artis terkemuka iaitu Siti Nurhaliza yang telah menginjak sebelas tahun pada tahun ini dengan memperkenalkan pelbagai rangkaian produk penjagaan kulit sehinggalah ke produk kosmetik.
Mula diperkenalkan pada awal tahun 2010, SimplySiti menjadi topik hangat dan dijadikan tanda aras untuk produk kosmetik lain yang berada dipasaran. Berkembang setanding dengan kualiti yang ditawarkan, SimplySiti telah mengeluarkan satu lagi koleksi baharu dengan menjadikan tema MATTE sebagai warna utama.
Cuba memenuhi permintaan pasaran wanita Asia khususnya muslimah - Koleksi SimplySiti dihasilkan dengan penuh teliti bagi memudahkan muslimah menunaikan solat. Tidak mustahillah janama ini mampu menambat hati pengguna apabila koleksi yang dikeluarkan telah dirumuskan secara saintifik dan terbukti secara klinikal. Paling penting, ia mempunyai pengesahan Halal dari Jakim.
VIDEO UNBOXING KOLEKSI TERBAHARU SIMPLYSITI
Cantiklah warna eyeshadow nya. Packaging pun nampak menarik.
ReplyDelete