KERJASAMA BLACK G DAN DYNAS MOKHTAR, INTAI PASARAN DUNIA
Ketika permintaan dipasaran semakin meningkat, peluang untuk mempelbagaikan produk melalui kerjasama strategik dijalin untuk memperkembangkan jenama Black G bermula dengan usaha awal untuk menghasilkan dan menjual produk berasaskan kunyit hitam secara kecil-kecilan. Black Ginger ataupun lebih komersial dikenali sebagai Black G telah ditubuhkan pada tahun 2016 dengan pembabitan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam memainkan peranan penting untuk menjayakan apa yang sedang diusahakan.
Kerjasama itu bagi memastikan bahawa semua produk Black G bebas dari bahan terlarang sekaligus berjaya mendapatkan sijil perakuan Halal yang diiktiraf kerajaan. Produk Black G sangat terkenal dalam industri dan sudah memperoleh banyak anugerah, ini membuktikan keberkesanan kualiti produk dihasilkan.
Selaku Pengurus Pembagunan Perniagaan, Encik Mohamad Mughniy Mohamad, 33 menjelaskan bahawa sepanjang proses menambahbaik produk Black G, mereka telah mengambil keputusan bijak yang drastik dengan menjalankan kolaborasi bersama selebriti terkenal iaitu Dynas Mokhtar yang dilabelkan sebagai rakan kongsi perniagaan.
Sejarah kerjasama dinamik antara syarikat Black G Sdn Bhd dengan Dynas Mokhtar pula tercetus sejak dari tahun 2016 menerusi perniagaan Restoran Eat With Mune. Keserasian yang wujud antara mereka mendorong kepada usaha melebarkan perniagaan dalam produk ini pula. Encik Mughniy juga berkata, menerusi produk Black G itu, mereka mempunyai rancangan masa hadapan.
Menariknya, tiga produk terlaris yang berada dipasarkan iaitu Black G Capsule, Black G Plus Liquid dan Black G Coffee Original bakal dijual dilaman beli-belah dalam talian terkemuka, Shopee bermula 21 November ini.
Mengulas
mengenai kerjasama dengan platform membeli belah itu, Dynas berkata itu adalah
kolaborasi pertama mereka. Disebabkan terlampau banyak produk tiruan yang berada dipasaran menyebabkan pihak Black G dan MARDI menggunakan platform ini sebagai inisiatif bagi menyingkirkan pengeluar yang tidak rasmi.
dagang atau ‘trademark’ yang sudah didaftarkan. Jadi, dengan dengan cara ini segala
produk lain yang tidak dijual melalui Black G Official Shopee dan Official Flagship Store,
akan dikeluarkan dari platform itu. Jadi dengan cara ini ia akan menjamin pembeli
mendapat produk yang asli dan harga yang ditetapkan. Dan kebetulan pula saya adalah artis
rasmi Shopee sejak beberapa tahun lalu. Perkara ini lebih membantu dari segi pemasaran eksklusif. Jadi pengguna boleh membeli produk Black G yang asli di Shopee di Official Flagship Store yang dipanggil Black G Nutrima by Dynas Mokhtar,” katanya.
Segala proses pembungkusan dan penghantaran akan diuruskan oleh rakan seperjuangan mereka iaitu Zepto Express bagi memastikan penerima menerima produk yang dipesan dalam keadaan baik, cepat dan selamat.
Tahniah Black G dan team !!
bagus betul khasiat kunyit hitam ni ye...
ReplyDeleteTahniah Black G dan Dynas di atas kerjasama ini. Dan all the best to the company untuk acara di Dubai kelak. Terus harumkan nama Malaysia!
ReplyDeleteMenarik ye kalau dapat ke Ekspo Dubai. Baru je tgk YT ada event mcm ni utk negara2 perkenalkan brg eksport dll. Peluang baik utk produk Black G.
ReplyDeleteCongratulations Black G, their product sure sounds beneficial for everyone, should give it a try soon.
ReplyDeletetahniah mardi dan black G, tak sabar nak tunggu produk berasaskan kunyit hitam ni, macam menarik je
ReplyDeletedah try kopi ni.. mmg sedao.. formulation dia sgt bagus utk kesihatan badan
ReplyDeletefirst time sebenarnya saya dengar kunyit hitam. apapun tahnah diucapkan atas kerjasama ini smeoga pernigaan akan bertambah maju di masa depan :)
ReplyDeleteBagusnya kunyit hitam ni erk.. Baru tau. Tahniah atas kolaborasi ini. Semoga terus success
ReplyDeleteWahh, nice la deorang commercialize kan kunyit hitam ni. Banyak juga kebaikan dia yang saya pernah baca.
ReplyDeleteLama tak dengar ceritanya Black G ni, Suami Sis memang makan produk dia, cuma lama dah tak membeli.. nanti nak survey laa yang terkini...
ReplyDelete