KERJASAMA BLACK G DAN DYNAS MOKHTAR, INTAI PASARAN DUNIA

Ketika permintaan dipasaran semakin meningkat, peluang untuk mempelbagaikan produk melalui kerjasama strategik dijalin untuk memperkembangkan jenama Black G bermula dengan usaha awal untuk menghasilkan dan menjual produk berasaskan kunyit hitam secara kecil-kecilan. Black Ginger ataupun lebih komersial dikenali sebagai Black G telah ditubuhkan pada tahun 2016 dengan pembabitan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam memainkan peranan penting untuk menjayakan apa yang sedang diusahakan.


Black G Sdn. Bhd.

Kerjasama itu bagi memastikan bahawa semua produk Black G bebas dari bahan terlarang sekaligus berjaya mendapatkan sijil perakuan Halal yang diiktiraf kerajaan. Produk Black G sangat terkenal dalam industri dan sudah memperoleh banyak anugerah, ini membuktikan keberkesanan kualiti produk dihasilkan.


Selaku Pengurus Pembagunan Perniagaan, Encik Mohamad Mughniy Mohamad, 33 menjelaskan bahawa sepanjang proses menambahbaik produk Black G, mereka telah mengambil keputusan bijak yang drastik dengan menjalankan kolaborasi bersama selebriti terkenal iaitu Dynas Mokhtar yang dilabelkan sebagai rakan kongsi perniagaan. 



“Produk kami dirumuskan melalui proses penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang 
meluas oleh saintis dan profesional yang diperakui untuk memastikan keselamatannya 
dari formulasi hingga tahap dos.


Black G

Sejarah kerjasama dinamik antara syarikat Black G Sdn Bhd dengan Dynas Mokhtar pula tercetus sejak dari tahun 2016 menerusi perniagaan Restoran Eat With Mune. Keserasian yang wujud antara mereka mendorong kepada usaha melebarkan perniagaan dalam produk ini pula. Encik Mughniy juga berkata, menerusi produk Black G itu, mereka mempunyai rancangan masa hadapan.



“Selepas meraih lapan anugerah, produk kami terpilih mewakili Malaysia untuk produk 
herba yang akan dipamerkan di Expo Dubai 2021/2022 tidak lama lagi. 
Insya-Allah kami akan memulakan pasaran di  negara luar seperti Indonesia, Singapura, 
Brunei dan China dalam masa terdekat ini. Sudah tentu kami juga menyasarkan untuk menembusi pasaran benua Eropah pada masa akan datang,” katanya.

 

Menariknya, tiga produk terlaris yang berada dipasarkan iaitu Black G Capsule, Black G Plus Liquid dan Black G Coffee Original bakal dijual dilaman beli-belah dalam talian terkemuka, Shopee bermula 21 November ini.

 

Mengulas mengenai kerjasama dengan platform membeli belah itu, Dynas berkata itu adalah kolaborasi pertama mereka. Disebabkan terlampau banyak produk tiruan yang berada dipasaran menyebabkan pihak Black G dan MARDI menggunakan platform ini sebagai inisiatif bagi menyingkirkan pengeluar yang tidak rasmi.



“Sebagai syarikat pengasas, kami adalah pemilik jenama Black G berdasarkan nama 
dagang atau ‘trademark’ yang sudah didaftarkan. Jadi, dengan dengan cara ini segala 
produk lain yang tidak dijual melalui Black G Official Shopee dan Official Flagship Store, 
akan dikeluarkan dari platform itu. Jadi dengan cara ini ia akan menjamin pembeli 
mendapat produk yang asli dan harga yang ditetapkan. Dan kebetulan pula saya adalah artis 
rasmi Shopee sejak beberapa tahun lalu. Perkara ini lebih membantu dari segi pemasaran eksklusif.  Jadi pengguna boleh membeli produk Black G yang asli di Shopee di Official Flagship Store  yang dipanggil Black G Nutrima by Dynas Mokhtar,” katanya.

 

Segala proses pembungkusan dan penghantaran akan diuruskan oleh rakan seperjuangan mereka iaitu Zepto Express bagi memastikan penerima menerima produk yang dipesan dalam keadaan baik, cepat dan selamat.


Khasiat Kunyit Hitam
Kunyit hitam atau nama saintifiknya, Kaempferia Parviflora merupakan bahan utama yang terdapat dalam Black G merupakan tumbuhan herba yang berkhasiat tinggi dan telah membantu memelihara kesihatan tubuh badan manusia. Ia merupakan tumbuhan dwitahunan dengan rizom di bawah tanah. Berwarna hitam keunguan dan kepekatan bergantung kepada jenis tanah. Secara tradisionalnya, kunyit hitam telah lama digunakan oleh penduduk tempatan bagi menangani masalah kesihatan berkaitan kanser, saraf dan bertujuan membina otot yang sihat. Black G Sdn. Bhd. dengan kerjasama MARDI telah memeterai perjanjian bagi menjalankan R & D dan penghasilan produk berasaskan kunyit hitam yang berkualiti tinggi serta selamat kepada pengguna tanpa kesan sampingan.

Tahniah MARDI.
Tahniah Black G dan team !!


10 comments:

  1. bagus betul khasiat kunyit hitam ni ye...

    ReplyDelete
  2. Tahniah Black G dan Dynas di atas kerjasama ini. Dan all the best to the company untuk acara di Dubai kelak. Terus harumkan nama Malaysia!

    ReplyDelete
  3. Menarik ye kalau dapat ke Ekspo Dubai. Baru je tgk YT ada event mcm ni utk negara2 perkenalkan brg eksport dll. Peluang baik utk produk Black G.

    ReplyDelete
  4. Congratulations Black G, their product sure sounds beneficial for everyone, should give it a try soon.

    ReplyDelete
  5. tahniah mardi dan black G, tak sabar nak tunggu produk berasaskan kunyit hitam ni, macam menarik je

    ReplyDelete
  6. dah try kopi ni.. mmg sedao.. formulation dia sgt bagus utk kesihatan badan

    ReplyDelete
  7. first time sebenarnya saya dengar kunyit hitam. apapun tahnah diucapkan atas kerjasama ini smeoga pernigaan akan bertambah maju di masa depan :)

    ReplyDelete
  8. Bagusnya kunyit hitam ni erk.. Baru tau. Tahniah atas kolaborasi ini. Semoga terus success

    ReplyDelete
  9. Wahh, nice la deorang commercialize kan kunyit hitam ni. Banyak juga kebaikan dia yang saya pernah baca.

    ReplyDelete
  10. Lama tak dengar ceritanya Black G ni, Suami Sis memang makan produk dia, cuma lama dah tak membeli.. nanti nak survey laa yang terkini...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.