NSK GROCER QUILL CITY MALL, PASARAYA TERBESAR DI KUALA LUMPUR
Sebagai seorang pengurus rumahtangga yang sangat komited menguruskan segala keperluan seisi rumah dengan barangan terbaik, kakak selalu menitikberatkan soal perbelanjaan yang sesuai pada tempatnya dan salah satu contohnya adalah – Di mana kami berbelanja untuk keperluan sehari-hari bagi menjimatkan kewangan keluarga dengan pulangan produk yang standing harga.
Menerapkan konsep moden dan ia adalah antara pasaraya yang terbesar di Kuala Lumpur, NSK Grocer terletak di Quill City Mall bersaiz tapak seluas 85,000 kaki persegi menempatkan pelbagai jenis seksyen seperti barang kering, barang basah, ruangan memborong dan makanan sedia dimakan telah dibuka kepada umum pada 8hb Januari 2022.
Menawarkan pelbagai barangan kelengkapan rumah dari yang kecil sehingga keperluan asas, dari barang masak basah yang segar sehingga barang kering – Jenama NSK tidak pernah culas akan tanggungjawab memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Rambang mata dan terpukau dek tawaran yang disediakan, kakak tak lepaskan peluang menjadi antar yang terawal membeli barangan basah untuk keperluan kepuarga.
Menarik bukan ? Hee~ Kalau kakak memang seronok sangat dapat membeli-belah kat tempat macam ni.
No comments: