PROMOSI KASUT SEKOLAH SELESA DI SUNFEET, PETALING JAYA SEMPENA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2022

Bila anak-anak dah lama cuti sekolah, sampai lah masa ibu dan ayah memainkan peranan menjalankan tanggungjawab menyediakan keperluan sekolah yang terbaik. Salah satunya adalah kasut sekolah yang selesa dan sesuai mengikut jenis tapak kaki anak-anak supaya tidak menjejaskan kesihatan tulang belakang disamping memberi keselesaan kepada kaki sepanjang hari.


Sunfeet International Rehab

Kalau ikut jadual harian sekolah anak-anak dari Isnin sampai Jumaat, tidak termasuk Sabtu kalau ada aktiviti kokurikulum - Lebih kurang enam jam anak-anak akan berada di sekolah pada satu satu sesi. Kalau anak sekolah pagi dan petang, memang 24 jam mereka habis kat sekolah sajalah.


SUNFEET INTERNATIONAL REHABILITATION CENTRE


Mempunyai pengalaman lebih 30 tahun turun temurun menerusi tiga generasi berturut, Sunfeet mengambil inisiatif untuk mendidik ibu ayah betapa pentingnya menjaga kesihatan kaki anak-anak sementara mereka masih kecil dengan memberi khidmat semakan kesihatan kaki secara percuma.


Promosi Kasut Sekolah

Terdapat banyak pilihan kasut sekolah yang mungkin sesuai untuk anak-anak dengan pelbagai fesyen trendy bagi memenuhi kehendak mereka. Al-maklumlah, anak-anak semakin bijak membuat pilihan apa yang mereka suka. Perlu untuk ibu dan ayah tahu, memilih kasut yang betul dan bersesuaian dengan bentuk kaki anak-anak dapat membantu pertumbuhan tulang yang sihat serta mengurangkan risiko pelbagai penyakit berkaitan tulang belakang.


Sunfeet yang diterajui oleh Dr. Edmund merupakan pakar dalam merawat masalah sakit lutut, scoliosis, plantar fasciitis, flat foot, sakit pada bahagian tumit, urat kaki tegang, sakit kaki akibat diabetes, arthritis, down syndrome, celebral palsy dan banyak lagi yang mana rata-ratanya melibatkan kaki.



FAKTA : 
Skoliosis merupakan kondisi tulang belakang membengkok sama ada ke kiri atau ke kanan. Ia bukan sahaja membengkok malah ia boleh berputar pada paksi vertikal. Perubahan 3 dimensi ini akan membawa kepada kesan kosmetik yang negatif serta berkemungkinan terdapat komplikasi pada kesihatan seseorang. Skoliosis pada amnya tidak menjejaskan fungsi kecuali kebengkokkan yang sangat ketara sehingga jantung dan patu-paru tertekan oleh tulang rusuk. Ini akan menyebabkan kemerosotan fungsi kardiovaskular.



Merawat Scoliosis

Kasut Sekolah Murah Selangor

Tapak kaki sangat penting dalam membentuk postur badan manusia supaya ia seimbang, stabil dan tidak menjejaskan kesihatan dek kerana itu juga lah sektor pekerjaan seperti anggota unit beruniform dan pramugari tidak boleh memiliki tapak kaki yang tidak normal. Sehingga ke hari ini, Sunfeet telah merawat lebih 30 ribu pasang kaki rakyat Malaysia dan pesakit yang mendapatkan rawatan di Sunfeet boleh memilih untuk customade insole mengikut bentuk tapak kaki.


Untuk menghasilkan insole yang sesuai, ada beberapa langkah yang perlu dilakukan seperti :

  1. Foot Bio Mechanical Assessment
  2. Allignment Checking
  3. Foot Checking
  4. 3D Foot Scanning
  5. 3D Plaster Casting
  6. GAIT Analysis
  7. Orthotics Fitting

Rehab Centre Petaling Jaya
Orthopedics Selangor


Buat pengetahuan korang, Sunfeet telah berpindah ke lokasi baharu yang terletak di Wisma DAJU. Lokasi yang lebih strategik, parking yang luas untuk memudahkan pelanggan dan paling menarik ada ruang untuk terapi. Ha. Kalau ada masalah berkaitan kaki, boleh je singgah terus ke Sunfeet dan dapatkan konsultasi pakar dari Dr. Edmund. Lebih telus dan meyakinkan.


G1-4, Wisma DAJU 5,
21 Jalan Barat,
46200 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.


Hotline : 0135283939
Waktu Operasi : 10.00 pagi - 5.00 petang

Lamanweb : https://www.dredmundlee.com/
Facebook : https://www.facebook.com/FootAlignmentExpert/
Instagram : https://www.instagram.com/sunfeetinternational/




Share:

Post a Comment

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes