PULAU LAGENDA MAHSURI MASIH RELEVAN DAN SANGAT SESUAI UNTUK BEREHAT DARI KESIBUKAN KOTA
DATARAN HELANG
PULAU PAYAR
Terletak di perairan Kedah yang boleh dikunjungi melalui tig acara iaitu dari Kuala Kedah, Pulau Langkawi atau Pulau Pinang. Tapi kalau korang berada di Alor Star, adalah lebih baik korang naik bot dari jeti Kuala Kedah berhampiran Marina Kuala Kedah. Perjalanan lebih kurang 30 minit je dengan menaiki bot laju.
Bongkah batu di pinggir pantai bagai disusun rapi dengan berlatarbelakangkan pasir pantai yang putih, air laut nan membiru hinggakan boleh nampak anak ikan berenang. Ah !! Cantik !!
KILIM MANGROVE
Terletak di sepanjang hujung Timur Laut Langkawi, Kilim Mangrove menjangkau hampir 100 kilometer persegi dan terdapat pelbagai jenis hidupan liar boleh ditemui termasuklah memerang, biawak, kera, ketam dan pelbagai spesies burung semasa musim migrasi sepanjang bulan September hingga Mac. Terdapat juga formasi batu kapur yang berusia lebih 500 juta tahun dengan nama-nama unik seperti Candi Borobudur, Batu Gajah dan Taman Gantung menjadi tarikan pengunjung. Berminat untuk meneroka gua ? Ya !! Di Kilim Mangrove, korang boleh explore Gua Buaya, Gua Lagenda dan juga Gua Kelawar.
PANTAI CENANG
Wajib ada dalam list perjalanan korang !! Hee~ Tumpuan pelancong yang menjejakkan kaki di tanah Langkawi sudah tentunya kecantikan dan keindahan Pantai Cenang berpasir putih melatari birunya air laut.
Terdapat dua tarikan terkenal iaitu Underwater World Langkawi dan Muzium Laman Padi. Kawasan rehat ? Ya mesti lah ada. Pilih saja sama ada Spa Alun-Alun, Kelab Kiki di Meritus Pelangi Beach atau Castaway Picnic Casa delMar.
SKYTREX ADVENTURE
Sukakan aktiviti yang mencabar ? Ha !! Tepat !! Kakak sarankan
korang cuba semua aktiviti di SKYTREX Adventure Langkawi. Bukan sahaja boleh
terbang, berayun, meluncur dan berjuntai – Korang boleh explore pelbagai
halangan tergantung yang telah disediakan. Ada tiga level untuk menguji
ketahanan mental dan fizikal korang iaitu Little Legend, Eagle Thrill dan yang
paling mencabar adalah Island Extreme.
KOMPLEKS HAJI ISMAIL GROUP
Orang kata syurga membeli-belah dan lokasi paling digemari wanita,
Kompleks Haji Ismail Group ( HIG ) menawarkan pelbagai barangan kelengkapan
dapur yang berkualiti. Dari sekecil-kecil sudu sehingga lah yang paling besar
punya periuk ada di sana. Kalau singgah memang tak sah kalau tak memborong
coklat yang pelbagai jenama dan perisa. Jimat ? Sudah tentulah !! HIG merupakan
kompleks beli-belah bebas cukai. Maksudnya semua barangan yang dijual lebih
murah berbanding harga sedia dipasaran.
Memang kena pergi !! Hee~
Sebenarnya, banyak sangat tempat yang menarik di Langkawi. Ada pelbagai muzium, air terjun punya lah banyak dan paling popular adalah Air Terjun Telaga Tujuh, kilang-kilang memproses Gamat, Tasik Dayang Bunting tidak dilupakan, cablecar dengan pemandangan seluruh Langkawi. Apa yang korang cari – Hampir semuanya ada di Langkawi. Susun perjalanan sebaik mungkin dan nikmati percutian atau staycation supaya ia dapat dijadikan kenangan keluarga. Cuti ramai orang hotel mahal? Jangan risau, banyak je pilihan hotels in Langkawi yang sesuai ikut bajet semua orang.
Nanti kita plan untuk PART 2 okay ?
Tadi kakak macam nampak hotel yang ada themepark kat Traveloka tadi. Macam menarik untuk family kecil kakak. Korang perasan tak ? Hee~
No comments: