SELAWAT TAFRIJIYAH DAN KELEBIHAN SEKIRANYA DIJADIKAN AMALAN HARIAN

KHASIAT SELAWAT TAFRIJIYAH  |  Masa kakak tengah buat kerja, sambil memikirkan perkataan terbaik untuk disambungkan menjadi ayat terdetik dalam hati - Apa amalan orang kaya yang terlampau kaya sehingga mereka menjadi kaya dan mampu membina empayar. Walaupun ada kesusahan tapi mereka mampu survive - Tak semena-mena, pada enjin carian Google keluar Selawat Tafrijiyah.

Terus kakak cari apa khasiat dan kelebihan selawat yang ini.

Doa Murah Rezeki


Bermaksud sempurna atau terbuka, Selawat Tafrijiyah juga dikenali sebagai Selawat Kamilah dan Selawat Nariyah mempunyai maksud yang sangat indah dan setiap bait perkataannya membantu beri ketenangan.

Rasulullah SAW bersabda :
"Barang siapa berselawat kepadaku sepuluh (10) kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang setiap hari, dia akan beroleh syafaatku pada Hari Kiamat.."- Hadis Riwayat Thabrani.

Menurut Imam Ad-Dainuri ; Siapa membaca selawat ini sebelas (11) kali setiap hari, selepas solat setiap lima (5) waktu, rezekinya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

Menurut Syibab Ahmad ; Siapa berselawat tiga (3) kali setiap selesai solat Subuh, MAghrib dan ISyak, Allah SWT akan menghindarkannya dari sebarang bencana.

Menurut Imam Qurtubi ; Dibaca pada kiraan 41 kali atau 100 kali, insyaAllah akan dihilangkan segala dukacita dan kesusahannya. Dipermudahkan segala urusan, diangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan dibuka pintu kebajikan.

Kelebihan Selawat Tafrijiyah


KELEBIHAN SELAWAT TAFRIJIYAH


Antara kelebihan, kebaikan dan khasiat Selawat Tafrijiyah ini sekiranya diamalkan :
  • Allah SWT akan melenyapkan segala kesulitan, kesusahan, kesedihan serta bahaya
  • Dipermudahkan segala urusan kehidupan
  • Dimurah rezeki, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan
  • Diberi ketinggian darjat dan dipancarkan Nur (cahaya) dalam hatinya
  • Dilindungi dari segala bencana dan bahaya
  • Disukai, disenangi dan dicintai semua orang
  • Suaranya didengari manakala buah fikiran dan pendapatnya diterima oleh semua orang
  • Hajat dan impian dipermudahkan dan dimakbulkan

 “Ketahuilah dengan berzikir kepada Allah itu hati akan menjadi tenang.” (Surah Ar-Ra’d: 28)


Untuk menjadi yang terbaik dalam setiap urusan, selain usaha, doa dan tawakal - Kebergantungan sepenuhnya pada Allah SWT adalah lebih utama. Allahuakbar. Masa menaip ni pun kakak rasa sebak semacam. Hee~ Marilah kita sama-sama basahkan lidah dengan zikir sesungguhnya manusia yang beruntung adalah mereka yang sentiasa mengingati Dia.

Semoga urusan di dunia dan di akhirat kita dipermudahkan dan sentiasa dibawah rahmat Maha Penyayang. Aamin. InsyaAllah.


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


No comments:

Powered by Blogger.