Biasa kalau kita menyebut Nilai di Negeri Sembilan, hanya terbayang dimata adalah karpet. Hahahaha~ Kan ? Terlampau sinonim Nilai dengan karpet tapi kalau korang nak tahu, Nilai memang sedang membangun selari dengan permintaan semasa pelabur.
Bulan lepas, kakak sempat pusing-pusing Nilai dan tertarik dengan satu bangunan warna kelabu yang tersergam indah di tengah-tengah bandar Nilai. Fuh. Cantik, tinggi, elegan dan berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti pusat membeli-belah, pam minyak, sekolah, kolej dan universiti. Bukan itu sahaja, hospital pun dekat.
Maka. Kakak singgah lah kejap kat Vision City Sales Gallery untuk tengok-tengok apa yang menarik. Hee~ Nervous tapi itu lah. Dah berhasrat, kita cuba-cuba lah tengok kot ada rezeki.
YOUTH CITY, NILAI, NEGERI SEMBILAN
Kalau tengok-tengok lokasi yang bangunan kelabu tadi tu, memang ngam elok di tengah-tengah pekan Nilai, Negeri Sembilan dan dikelilingi oleh AEON Mall ( 1.2 juta sqft. ), Giant, Tesco, Sime Darby Trading Hub, McDonalds, KFC dan banyak lagi kedai bebas cukai yang berdekatan. Satu frasa yang kakak suka adalah perkataan 'Golden Triangle' Nilai. Memang ngam elok dia kat situ tanpa mengganggu gugat pembangunan yang lain.
Ibarat pisang goreng panas, Youth City yang hampir lengkap pembangunannya kini tinggal lebih kurang 20% unit sahaja yang belum terjual. Terdiam jugak kakak masa Sales Person bagitau "Unit dah tak banyak kak.." Ini kalau lambat sikit, jawabnya tinggal habuk je lah nanti. Hahahaha~
Terdiri dari empat ( 4 ) bangunan yang membentuk segi empat, Youth City dilengkapi dengan clubhouse, kedai-kedai, taman permainan, gelanggang tenis, kolam renang bersaiz Olimpik, akses internet 24 jam dan uniknya !! Ada ruang istirehat di atas bumbung yang hanya boleh diakses oleh penduduk !! Mana nak dapat kemudahan macam ni kat Negeri Sembilan.
3300 unit tersedia berstatus pegangan bebas ini berharga dari RM 314, 230.00 hingga RM 1,550,000.00 tersedia dalam tiga jenis iaitu :- Jenis A
- 1,008 kakipersegi
- 3 bilik tidur
- 2 bilik air
- 1 bilik utiliti
- Jenis B
- 754 kakipersegi
- 2 bilik tidur
- 2 bilik air
- Jenis C ( Studio )
- 496 kakipersegi
- 1 bilik air
Kalau dah tengah-tengah bandar Nilai ni, bab pengangkutan awam memang bukan masalah besar sebab Youth City mudah diakses oleh pemandu dari aplikasi-aplikasi yang ada. Tak cukup itu, Terminal Bas Nilai, Stesen KTM Nilai dan Stesen Teksi / Kereta Sewa Nilai pun tak jauh.
Antara sekolah dan pusat pendidikan yang berdekatan dengan Youth City adalah :
- TASKI Abim
- PASTI Isbat Al-Imtiyaz
- Little Caliph Putra Point
- Smart Reader Kids Putra Point
- Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sahabat Insani
- Sekolah Rendah Islam Al-Amin
- Sekolah Rendah Islam Putra
- SK Desa Jasmin
- SK Taman Semarak
- SK Nilai Impian
- SJK (T) Nilai
- SJK (C) Kuo Min
- Sekolah Menengah Agama Nilai
- SMK Nilai Impian
- SMK Desa Cempaka
- SMK Dato' Mohd Said
- SMK Taman Semarak
- Nilai International School
- Nilai International College
- Murni International College
- KLIA Professional and Management College
- KPJ International College of Nursing and Health Sciences
- Manipal International University
- MAHSA University
- Nilai University
- INTI International University
- Universiti Sains Islam Malaysia
Menghubungkan tujuh ( 7 ) lebuhraya utama di Semenanjung Malaysia, Youth City memang pelaburan yang sangat berbaloi. Mudah akses ke utara, selatan timur dan barat - Nilai pembangunan ini dijangka akan meningkat dalam tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang.
Bila kakak selidik, rata-rata pembeli merupakan mereka yang bekerja di pusat bandar Kuala Lumpur dan Seremban, pesara yang mahu menjadikan unit di Youth City sebagai pelaburan dan pelabur hartanah yang menyewakan unit kepada pelajar kolej / universiti.
Nais kan konsep macam ni ?
Win win situation, semua mengambil manfaat yang tersedia.
Dari tahun 2018 kakak dah mula mencari subjek untuk pelaburan dan ini adalah salah satu konsep pelaburan yang sentiasa menguntungkan lagi-lagi bila dapat tahu Youth City bukan sekadar perumahan sebaliknya akan berkembang dari masa ke semasa.
Nanti ada masa sikit, kakak update pasal pelaburan yang berbaloi untuk surirumah ya. Hee~
Kalau korang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Youth City, boleh je walk-in ke sales gallery dorang di Nilai ataupun terus hubungi
YOUTH CITY @ TSY HARTANAH
37 tingkat sebenarnya di youth city tu
ReplyDelete