HIDANGAN 1001 RASA SEMPENA RAMADAN DI THE GRAND CAMPBELL HOTEL, KUALA LUMPUR

Buat julung kalinya, pada tahun ini, The Grand Campbell Hotel yang terletak di Kompleks Campbell yang dimiliki oleh Kumpulan SHAPADU akan menyediakan Buffet Ramadan yang berkonsep Hidangan 1001 Rasa pada harga RM 78.00 untuk dewasa dan RM 55.00 untuk kanak-kanak.



Menghidangkan lebih 100 jenis makanan termasuk pelbagai jenis air dan pencuci mulut, The Grand Campbell Hotel yang terletak betul-betul di hadapan Sogo ini menjanjikan hanya yang terbaik dari barisan chef yang bekerja keras untuk merealisasikan pelbagai selera bertepatan dengan kehendak pelanggan.


Buffet Ramadan Ada Kambing Golek
Port Berbuka Puasa KL 2023
Bufet Ramadan Murah 2023
Buffet Ramadan Murah 2023


Selain dari menikmati juadah berbuka puasa, pengunjung juga boleh menginap di The Grand Campbell Hotel pada harga promosi sepanjang bulan Ramadan nanti. Bermula dari RM 150.00 satu malam di Bilik Superior ( Termasuk Sahur untuk dua orang ) hingga RM 300.00 satu malam untuk Bilik Superior ( Termasuk Sahur dan Buffet Ramadan untuk dua orang ).


Bagi yang merindui telatah dan petah Dee Jangan Ketawa pasti tidak kering gusi melayan 1001 kerenah beliau yang tak kering gusi menyakat dan berceloteh, YA !! Dee Jangan Ketawa akan menghiburkan pengunjung sepanjang bulan Ramadan di The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur.


The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur
Hotel Near Jalan Tunku Abdul Rahman
Bufet Ramadan KL 2023

Mempunyai 153 buah bilik iaitu Bilik Superior, Bilik Deluxe dan Bilik Eksekutif, The Grand Campbell juga menyediakan Pakej Perkahwinan dengan kapasiti Dewan Utama yang boleh memuatkan 500 orang dalam satu satu masa. Mereka juga mempunyai tiga bilik seminar dan satu ruang tertutup yang boleh memuatkan 100 orang.


Turut memberi kelainan pada fesiliti yang disediakan, The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur turut memperkenal ruang terbuka untuk majlis-majlis yang mampu memuatkan sehingga 4,000 orang dalam satu satu masa di tingkat empat Kompleks Campbell.


Disebabkan hotel ini terletak pada lokasi yang sangat strategik iaitu berhampiran dengan Jalan Tunku Abdul Rahman dan kompleks beli-belah SOGO, kakak yakin setiap hari akan fullhouse untuk berbuka puasa. Hee~


Buffet Ramadan Murah KL

Jadi !!

Untuk buat tempahan Buffet Ramadan boleh hubungi 018 976 7177 atau email ke sales@grandcampbellhotel.com.


No comments:

Powered by Blogger.