AMWAY LANCAR PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN BAGI MENANGANI PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

Selaras dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat yang telah dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), AMWAY Malaysia menyokong dengan komited untuk memperkukuhkan lagi usaha menangani gejala penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Disease) termasuk memberi tumpuan utama pada pengurusan berat badan dengan melancarkan kempen pendidikan dan kesedaran "Gut Reset-Weight Management" di seluruh negara bagi mengurangkan statistik pesakit NCD tahunan.

Health Blogger Malaysia


Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey) 2019, melaporkan bahawa 38.1% rakyat Malaysia menghidapi paras kolesterol tinggi, 30% menghidapi tekanan darah tinggi dan 18.3% menghidapi diabetes. Rekod juga menunjukkan 50.1% orang dewasa Malaysia mengalami obesiti yang juga menjadi punca utama berlakunya NCD yang rata-rata usia mereka sekitar 30 tahun hingga 60 tahun.


Penawar Kencing Manis


Pengarah Urusan AMWAY Malaysia, Micheal Jonathan Duong, berkata, sebagai respons kepada strategi kerajaan bagi menyokong usaha memerangi penyakit tidak berjangkit, AMWAY, sebagai  syarikat kesihatan dan kesejahteraan terkemuka mengiktiraf peranan kritikal sektor swasta dalam menangani kebimbangan kesihatan negara.


"AMWAY Malaysia sedang meningkatkan usaha untuk menyediakan produk dan penyelesaian gaya hidup yang lebih sihat melalui kempen pendidikan dan kesedaran "Gut Reset-Weight Management" yang bermatlamat untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat bagi menghindari risiko penyakit tidak berjangkit."


Kempen "Gut Reset-Weight Management" yang memberi tumpuan pada usus secara khususnya dan membantu merawat masalah kesihatan kritikal dalam jangka masa yang panjang. Kempen yang meliputi program pengurusan berat badan dan keperluan nutrisi termasuk diet yang seimbang, makanan tambahan, senaman dan perubahan gaya hidup yang menyeluruh.


Menangani NCD merupakan salah satu dari teras utama AMWAY Malaysia dalam Tunjang Fokus sepanjang tahun 2023 yang dirujuk sebagai inisiatif "BIG HEALTH". AMWAY Malaysia akan terus menawarkan penyelesaian produk yang menerapkan teknologi serta bergantung pada penyelidikan kukuh bagi menyokong gaya hidup lebih sihat untuk rakyat Malaysia dengan peningkatan tumpuan pengguna pada kesihatan dan kesejahteraan.


Peluang Jana Pendapatan Dengan AmwayAmway Membership


Sebagai jenama terunggul AMWAY, Nutrilitemenawarkan rangkaian makanan tambahan bernutrisi yang dapat membantu menambahbaik kesihatan secara keseluruhan. Progam ini juga menawarkan saringan kesihatan individu melalui usahasama eksklusif bersama Innoquest Pathology iaitu syarikat diagnostik terkemuka di Malaysia.


Tahun ini juga AMWAY Malaysia akan memberi tumpuan untuk membangunkan model keusahawanan yang lebih mampan bagi menyokong Pemilik Perniagaan Amway (Amway Business Owner) demi memacu pertumbuhan perniagaan kumpulan.


"Kita berusaha untuk menyokong Pemilik Perniagaan Amway dalam perjalanan keusahawanan ke arah menjana pendapatan mampan serta mewujudkan nilai melalui perkongsian yang saling menguntungkan dengan membantu mereka menemui potensi sepenuhnya serta mencapai matlamat mereka. Dengan lebih 400,000 ABO dalam rangkaian, kita terus menumpukan pada program dan insentif yang mementingkan ABO sambil bergerak ke arah visi ulangtahun ke-50 AMWAY Malaysia agar menjadi salah satu syarikat kesihatan dan kesejahteraan terkemuka di Malaysia menjelang 2026." ujar Duong lagi.


Amway Malaysia


AMWAY Malaysia telah mencatat rekod hasil baharu sebanyak RM1,514.8 juta bagi tahun kewangan berakhir 31hb Disember 2022 (FY2022) meningkat 1.9% daripada RM1,485.9 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya. Peningkatan dalam jualan didorong terutamanya melalui permintaan yang kukuh untuk produk kesihatan dan kesejahteraan serta penjagaan peribadi di bawah inisiatif "Lead with Nutrition". Sementara itu, keuntungan bersih mencatatkan pertumbuhan cemerlang sebanyak 109% kepada RM76.88 juta berbanding RM36.78 juta yang dicatatkan pada FY2021.


No comments:

Powered by Blogger.