GUMASH, INOVASI PEWARNA RAMBUT HALAL BERKUALITI ANTARBANGSA

Gumash, Inovasi Pewarna Rambut Halal Berkualiti Antarabangsa - Lima (5) tahun berada dipasaran bermula dengan hanya tiga (3) pilihan pewarna rambut, Gumash kini mempunyai lapan (8) pilihan warna yang sangat sesuai digunakan oleh lelaki, wanita dan semua peringkat umur. Berstatus Halal dan menepati kehendak syariah, Gumash sangat mementingkan kualiti produk supaya setiap pengguna menerima produk berstatus premium setanding dengan jenama antarabangsa yang telah terkenal.


Beauty Blogger Malaysia


Menyedari kepentingan menjaga rambut, Gumash mengambil inisiatif memperkenalkan set penjagaan rambut seperti Hair Serum, Hair Mask dan Hair Tonic yang halal dan sah untuk dibawa solat.



PEWARNA RAMBUT HALAL


Memahami kehendak pengguna yang sangat menitikberatkan soal kecantikan, produk-produk penjagaan rambut dan pewarna rambut keluaran Gumash ini diperbuat dari bahan-bahan yang suci, halal dan berkualiti tinggi. Dua (2) rangkaian baharu yang telah diperkenalkan baru-baru ini ialah :

  • Gumash Color Expert Shampoo
    • Color Expert Shampoo yang pertama keluaran syarikat Bumiputera Malaysia
    • Hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti premium, khusus untuk pengguna yang kerap mewarnakan rambut - Syampu ini mampu memberi ketahanan warna lebih lama disamping menyihatkan rambut dari akar hingga ke hujung.

  • Gumash Saloon Collection
    • Merupakan koleksi khusus untuk kegunaan salon sebagai pelengkap gaya bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Majlis kali ini bukan sahaja memperkenalkan rangkaian baharu produk Gumash tapi turut memberi kesedaran untuk komuniti beragama Islam betapa pentingnya memilih produk pewarna rambut yang betul dan sah untuk melaksanakan ibadah.


“Gumash Nourishing Hair Color adalah pewarna rambut berkonsepkan inai yang patuh syariah. Setelah meneliti bahan kandungannya yang tidak bercanggah dengan syarak, ianya Sah dibawa ke dalam Ibadah..”

– Ustaz Ahmad Fauwaz Bin Fadzil : Panel Syariah Gumash


Harga Pewarna Rambut Gumash
Pewarna Rambut Gumash


KELEBIHAN PRODUK GUMASH

Tidak perlu disangkal lagi, antara kelebihan produk Gumash adalah : 

  • Tanpa ammonia
  • Tanpa paraben
  • Mengandungi pati minyak argan dan cocoa butter
  • Mudah didapati kerana mempunyai ejen disetiap negeri
  • Setanding kualiti, harga produk Gumash bermula dari RM 29.00


RANGKAIAN PRODUK GUMASH


  • Gumash Hair Color
    • Pewarna rambut telap air yang sah whudu’, sah mandi hadas dan boleh dibawa dalam ibadah kerana ia tidak menyelaputi rambut dan tidak menghalang air masuk ke dalam rambut.
    • Didatangkan dalam lapan warna natural iaitu : Black, Dark Brown, Dark Red, Copper, Chestnut, Ruby dan Auburn.
    • Satu kotak lengkap dengan satu set pewarna rambut (1 color + 1 developer lotion), 1 hair repairing mask (boleh guna 1 - 2 kali, 1 shower cap dan 1 sarung tangan.
    • Bagi yang mempunyai kulit sensitif, boleh lakukan allergy test terlebih dahulu sebelum menggunakan Gumash Hair Color.
    • Harga : RM 49.90


  • Gumash Color Expert Shampoo ( 350ml )
    • Warna yang lebih tahan lama.
    • Pati minyak argan dan vitamin E dapat membantu merawat masalah rambut rosak dari akar hingga ke hujung rambut.
    • Cara penggunaan : Basahkan rambut dan ramas rata pada keseluruhan selama dua minit dan bilas dengan air sehingga bersih. Keringkan secara natural dengan tuala.
    • Harga : RM 40.00 (Promosi sehingga 18hb April 2023 = RM 38.00)


  • Gumash Hair Tonic (100ml)
    • Membantu merawat masalah keguguran rambut, rambut menipis, botak bertompok dan kulit kepala tidak sihat.
    • Diperkayakan dengan pati minyak argan dan vitamin E untuk merangsang pertumbuhan rambut, mengurangkan keguguran rambut serta memperbaiki kesihatan kulit kepala.
    • Cara penggunaan : Sembur 1 - 2 inci dari kulit kepala dengan memfokuskan pada bahagian yang bermasalah, urut lembut sehingga menyerap. Guna secara konsisten dua kali sehari (pagi + malam).
    • Harga : RM 69.00


  • Gumash Hair Serum (50ml)
    • Sangat sesuai untuk merawat masalah rambut rosak, kering, kusam, bercabang, mudah putus dan melindungi rambut dari haba terutamanya peralatan elektrik khusus untuk rambut.
    • Diperkayakan dengan pati minyak arga dan vitamin E untuk menambahbaik rambut rosak.
    • Cara penggunaan : Sapu lembut dari mid-section rambut hingga ke hujung (fokus pada hujung rambut). Ramas lembut sehingga meresap. Seeloknya guna hair serum semasa rambut tengah lembap atau bila perlu (terasa rambut kering atau sebelum tidur).
    • Harga : RM 59.00


  • Gumash Hair Repairing Mask (200ml)
    • Sangat sesuai untuk merawat masalah rambut kering, frizzy dan sebagai perawatan selepas mewarnakan rambut.
    • Diperkaya dengan pati Minyak Argan dan Vitamin E yang merawat rambut dari dalam (deep-conditioning), merawat rambut yang tidak sihat serta menjadikan rambut lebih sihat dan bersinar.
    • Cara penggunaan : Guna selepas syampu. Sapu rata hair mask pada rambut dan biarkan 1 - 2 minit kemudian bilas bersih. Guna secara konsisten 2 - 3 kali seminggu.
    • Harga : RM 29.00


Panel Syariah Gumash

Sejajar dengan visi Gumash yang sangat sinonim dengan standard kualiti produk premium, mereka sentiasa memastikan pengguna menikmati produk terbaik setanding jenama popular antarabangsa. Sasaran Gumash untuk memonopoli pasaran penjagaan rambut halal di Malaysia, mereka juga sudah melebarkan sayap dibeberapa negara lain seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina dan akan datang - Turki.


Bagi memenuhi permintaan, produk Gumash boleh didapati dari laman sesawang, media sosail Gumash, stokis, ejen dan salon-salon muslimah terpilih di seluruh Malaysia.


LAMAN RASMI GUMASH   |   FACEBOOK   |   INSTAGRAM   |   TIKTOK



No comments:

Powered by Blogger.