RAWAT SAKIT OTOT DENGAN PANAFLEX PATCH KELUARAN PANADOL

Bukti dari kajian tahunan menunjukkan bahawa Kuala Lumpur menduduki tempat ketiga antara bandar yang paling banyak bekerja (overworked) di dunia. Sebagai antara negara yang paling gigih bekerja pada peringkat global, kami juga mendapati bahawa kejadian rasa sakit makin meluas di Malaysia, dengan sejumlah 85% mengalami rasa sakit.

Ubat Sakit-sakit Otot

Sakit badan merupakan antara jenis kesakitan paling tinggi yang dialami oleh rakyat Malaysia. Hal ini disebabkan oleh tabiat gaya hidup seperti ketegangan yang berpunca daripada tekanan, rutin sedentari, dan postur yang tidak betul. Sebagai respons kepada kelaziman kesakitan dan impaknya terhadap kesihatan harian rakyat Malaysia, Panadol memperkenalkan rangkaian baharu produk kelegaan sakit badan, Panaflex Patch, untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan memberikan penyelesaian kesakitan yang bertindak cepat dan berkesan.


Panadol Untuk Sakit Otot


Bryan Wong, Pengurus Besar, Malaysia, Singapura dan Brunei (MSB), Haleon, berkata:
“Di Panadol, kami mengiktiraf bahawa rasa sakit yang berterusan boleh menghindarkan produktiviti dan memberikan kesan yang
ketara kepada kualiti kehidupan seseorang individu. Sebagai antara peneraju dalam kategori kelegaan kesakitan, kami ingin melakukan sesuatu melebihi jangkaan dan berusaha dengan gigih untuk memperluas rangkaian produk kelegaan kesakitan kami, bagi memenuhi keperluan yang pelbagai dan sentiasa berkembang oleh para pelanggan kami yang dihargai. Visi kami adalah untuk memberikan kebebasan daripada kesakitan agar semangat manusia dapat menyerlah.”


Panaflex Patch


Sebagai sebahagian daripada pelancaran baharu, Panadol menyasarkan untuk meraikan rakyat Malaysia yang gigih bekerja menjelang sambutan kemerdekaan bagi menghargai usaha mereka yang tidak mengenal erti penat lelah dan juga pengorbanan mereka. Kempen pelancaran bermula pada 21 Julai, dengan acara pertama akan diadakan di Ruang Legar Utama Pavilion Bukit Jalil mulai 10 pagi hingga 10 malam. Melalui acara ini, para pengunjung dapat belajar mengenai sakit badan dan cara menanganinya.  Ini akan diikuti oleh kempen sosial selama tiga bulan bersama pemimpin pendapat utama (
Key Opinion Leaders) yang meneruskan usaha advokasi untuk membantu dan memperkasakan rakyat Malaysia dalam mengurus kesakitan harian yang dialami mereka dengan cara yang lebih berkesan. 


Isteri Awal Ashaari


Untuk maklumat lanjut mengenai Panaflex, sila layari 
https://www.panadol.com/en-my/adult-products/panaflex-hot-patch/


No comments:

Powered by Blogger.