HILANG SELERA MAKAN DI KALANGAN WARGA EMAS

April 08, 2017

semakin meningkat usia, selera makan semakin berkurang.. kan ? perasan tak nenek atok kita pun macam tu.. kan ? kadang-kadang risau gak sebab tak tau nak bagi dorang makan ape.. ada jek yang tak kena dengan masakan / makanan yang kita hidangkan.. hee~ ya.. cabaran untuk mereka mereka yang masih ada nenek / atok / ibu / ayah yang dah mula memilih untuk makan.. tapi.. normal ke ke HILANG SELERA MAKAN DIKALANGAN WARGA EMAS ?

HILANG SELERA MAKAN

  • tak de keinginan untuk makan dan biasanya dikaitkan dengan pengurangan pengambilan makanan.. kesan ? akibat ? sedikit sebanyak akan memudaratkan kesihatan akibat kekurangan zat makanan dan otot-otot mula menyusut sekali gus mempengaruhi kualiti hidup..

PUNCA HILANG SELERA MAKAN


" Penyalahgunaan kebanyakan dadah berjadual termasuk amphetamine dan heroin 
menyebabkan hilang selera makan. Kerap makan ubat-ubatan moden tertentu seperti antibiotik, kemoterapi, kodein (terdapat dalam ubat batuk) dan heroin juga adalah 
antara punca kehilangan selera makan.



Penyakit berikut boleh menyebabkan hilang selera makan iaitu HIV, hepatitis, 
penyakit Crohn (sejenis penyakit usus kerana keradangan), COPD (chronic obstructive pulmonary disease) sakit buah pinggang, nyanyuk, kegagalan jantung dan 
hipotiroidism. Sesetengah wanita mengandung dikatakan boleh mengalami 
kekurangan selera makan. "

-- Dr. Bahrain Samah, MD ( AM ), RH ( AHG )


  • masalah psikologi seperti kemurungan, nyanyuk, keresahan yang memberi kesan tekanan perasaan yang menyebabkan kehilangan selera makan
  • masalah sosial seperti kemiskinan, pengasingan atau kesunyian
  • masalah pergigian seperti gigi yang rosak dan gigi palsu yang tidak sesuai yang menyebabkan pemilihan makanan yang terhad
  • faktor berkaitan kesan sampingan ubat-ubatan menyebabkan mereka tidak dapat menikmati rasa makanan yang sebenar dan ini secara tidak langsung akan mengurangkan selera makan.
  • masalah pembedahan seperti masalah menelan dan usus tersumbat
  • sebab-sebab lain seperti berasa loya, muntah, kesakitan yang berterusan dan perubahan deria rasa

KESAN HILANG SELERA MAKAN

bagi warga emas yang hilang selera makan, akan membawa kesan terhadap kesihatan seperti :

  • kekurangan zat makanan dan berkaitan dengan penurunan fungsi otot
  • pengurangan kepadatan tulang
  • daya ketahanan badan terjejas
  • kurang darah
  • pengurangan fungsi kognitif
  • luka yang lambat sembuh
  • kualiti hidup terjejas
  • meningkatkan kejadian morbiditi dan kematian

RAWATAN DAN PENCEGAHAN

selain dari hidangkan masakan kegemaran dorang, mungkin boleh juga :

  • hidangkan makanan dalam hidangan yang kecil
  • cuba menyediakan kepelbagaian resepi setiap hari
    • keadaan ini secara tidak langsung akan memeberi peluang kepada mereka untuk menikmati menu  yang berbeza serta menambahkan selera
  • gunakan pelbagai perencah seperti  perencah asli untuk membangkitkan selera mereka.
  • cuba untuk menyediakan makanan mengikut kesesuaian supaya ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka seperti, menyediakan makanan dalam potongan yang kecil sekirannya mereka mempunyai masalah menguyah makanan
  • pastikan mereka minum jumlah air yang mencukupi
  • moleh mencuba pelbagai vitamin untuk tambah selera makan

kalau ada ahli keluarga korang yang mengalami simptop yang kakak bagitau kat atas tu, sebarkan artikel nih ya untuk sama-sama kita membantu mereka mengurangkan masalah hilang selera makan ni.. jangan dendiam plak.. hee~

You Might Also Like

4 comments

  1. sbg anak, kalau nampak keadaan ni cepat2 bertindak sesuatu utk mereka (ibu bapa)...

    ReplyDelete
  2. erm memang perasan kekadanag atok nenek takde selera nak makan.. sebab tu badan makin kurus..

    ReplyDelete
  3. Nice Sharing. Betul la tu. Mira pon still ada nenek. Alhamdulillah nenek Mira still ada selera makan. Kalau dia masak pon still umphhh. hehehe .

    ReplyDelete
  4. p/s mn button followers?

    ReplyDelete

RAKAN BLOGGER !!

G+ FOLLOWERS