KENAPA ADA MASA-MASA SAYA KUAT MAKAN ? JOM UBAH CARA DIET !!

February 06, 2017

sudah.. kes ape plak nih.. hee~ kalau dah makan, memang la berat badan akan bertambah.. kan ? ke tak ? ke ade jek yang makan banyak tapi berat badan tak naik naik jugak ? ade eh kes cam tu ? hee~ ade jek kes :

1 : makan sikit dan gemok kemahen plak haa..

2 : makan banyak tapi tak gak gemok gemok..

dan ramai akan kata "saya suka nombor dua tu.. sebab kurus la cantik !!" ha ? ye ke cantik ? kalau dah melidi tu apecer plak kan ? jom kita explore sikit.. mungkin ada fakta yang akan mengubah cara korang berfikir sekali gus terus memilih untuk menambah nutrisi yang seimbang mengikut keperluan badan.. siapa tahu..


PUNCA MASALAH BERAT BADAN

masalah berat badan ni selalunya berpunca dari bahan buangan ( najis ) yang terkumpul dalam usus besar.. kira memang susah nak membuang la dan lagi rela simpan benda tu sampai bertoksin satu badan haa.. hee~ ada pengkaji maslaah kesihatan berpendapat, individu yang ada masalah pencernaan akan bermasalah untuk menyerap khasiat daripada makanan yang diambil dan kes macam ni kebiasaannya cenderung membuatkan seseorang itu makan lebih dari sepatutnya..

KEPENTINGAN MAKANAN BERSERAT TINGGI

selalu jek kita dengar "nak kurus, kena makan makanan berserat tinggi.. bla bla bla bla.." penting sangat ke serat nih kalau nak kurus eh ? ape serat tu ? haa.. fikir.. fikir cepat.. nih tips kurus nih.. nak kurus cepat, makan makanan tinggi serat sebab korang akan rasa kenyang lepas makan tu lebih lama..


antara sumber serat yang korang selalu tengok tapi jarang nak makan.. hee~ tu la tu.. dalam gambar tu.. sebab ada rasa TAK NAK kan bila tengok gambar tu.. haa.. itu lah punca tu.. tanak makan makanan yang sihat.. dan kalau korang nak tau, makanan yang berserat nih bukan takat membantu korang mengekalkan berat badan tapi dapat mengurangkan risiko kencing manis dan sakit jantung tau..

kalau korang tak amik makanan yang berserat, itu yang jadik sembelit + toksin banyak dalam badan sebab makana berserat nih berfungsi sebagai pelawas.. dia tak macam makanan yang berlemak, tinggi protein atau tinggi karbohidrat sebab badan kita mampu menyerap dan memproses serat lebih efektif berbanding makanan lain..

DIET TINGGI SERAT

ape tu ? takkan nak makan sayur - buah semedang.. kan ? hee~ 

BACA SINI --> JOM DIET SIHAT !!!!!!!

1 : NORMALKAN PERGERAKAN USUS

  • serat mampu melembutkan najis dan membantu mengajar usus untuk menolak najis untuk keluar dengan mudah berbanding sebelumnya.. kalau najis korang memang semulajadi keras, betindaklah cepat dengan pengambilan makanan berserat secara serius untuk meringankan masalah sembelit kronik..
2 : MENGEKALKAN KESIHATAN USUS

  • diet tinggi serat boleh mengurangkan risiko buasir.. siapa pernah kena buasir ? sakit kan ? seksa kan ? haa.. nih pilihan yang korang ada untuk mencegah buasir..
3 : MERENDAHKAN TAHAP KOLESTEROL


  • banyak jek makanan berserat tinggi kat pasaran yang membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan.. memang la tak murah sangat tapi serius berbaloi berbanding bil klinik / hospital yang korang kena hadapi nanti.. antara sumber serat yang membantu :
    • kekacang
    • oat
    • flaxseed
    • oat bran
  • yang berfungsi mengurangkan lipo protein yang berketumpatan rendah.. ada juga kajian yang mengesahkan, makanan berserat membantu mengurangkan tekanan darah dan keradangan..
4 : MENGAWAL BACAAN GULA DALAM DARAH

  • korang pesakit kencing manis ? haa.. serat larut boleh melambatkan penyerapan gula dan membantu meningkatkan tahap gula baik dalam darah.. diet serat yang sihat pun dapat mengurangkan risiko korang kena diabetes jenis 2..

5 : MEMBANTU MENCAPAI BMI NORMAL

  • memang sifat makanan berserat membuatkan korang ralit mengunyah dan mengambil sedikit masa jugak a-- ini yang membuatkan badan korang menerima mesej yang korang akan makan bila perlu dan berhenti bila korang dah kenyang..
  • diet tinggi serat pun membuatkan tenaga korang jadik padat, bermakna, korang yang mengamalkan diet serat mempunyai kalori rendah walaupun jumlah pengambilan makanan adalah sama dengan makanan yang lain..

hee~ sebulan sekali ( in shaa Allah ) kakak dan team akan buat detox yang mana kitorang akan control sumber makanan kitorang dengan diet tinggi serat nih.. tak de la nak kata proses nih efektif, cuma kalau siapa yang konsisten akan rasa sedikit sebanyak perubahan.. bukan jek cepat kenyang tapi rasa letih, lesu, penat tu akan berkurang.. 

untuk sesi bulan Februari nih, kitorang akan start 09 Februari 2017 nih.. tengok la cemana nanti.. ape jadik kat budak budak tu.. raya pun nak dekat nih.. semua pakat nak pakai baju kebaya gayanya.. hahahah~

korang ? selesa makan macam dinosaur ? selesa pakai baju XXL lagik ? selesa paha berlipat lipat kekdahnye ? em.. kalau nak join nanti bagitau la eh..

serius.. kakak tak garang pon..


You Might Also Like

4 comments

  1. Agaknya inilah puncanya. Haha. Siqah tak suka makan serat. Jarang makan sayur. Buah adalah makan jugak. Tue pun memilih. Hii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ nih nak kena cubit nih.. lepas nih ubah cara pemakanan tau.. nak sihat kan ? nak cantik kan ?

      Delete
  2. diet lah dgn sihat. hehe..sbb nak cantik mcm kak ati. hehe

    ReplyDelete

RAKAN BLOGGER !!

G+ FOLLOWERS