8 SIMPTOM PRE EKLAMSIA YANG MUNGKIN MENJEJASKAN KEHAMILAN

April 04, 2017

haa.. pernah dengar tak ? PRE-ECLAMPSIA ? pernah tapi tak pernah nak amik tau ? hee~ tak pe.. faham sangat dah sebab belum pernah kena kan ? kan ? * mintak dijauhkan la dari simptom simptom yang menuju ke arah penyakit merbahaya.. * tak pe.. jom !! kakak cuba ringkaskan sepadat mungkin tentang SIMPTOM DAN RISIKO PRE-ECLAMPSIA DIKALANGAN IBU HAMIL.. adakah menjejaskan kesihatan ibu dan bayi ? hee~ jom cuak bersama !!


pre-eclampsia adalah keadaan yang hanya berlaku semasa mengandung di mana diagnosis dilakukan untuk mengesahkan gabungan antara stress + darah tinggi ( hypertension ) + protein dalam air kencing.. kebiasaannya berlaku selepas minggu ke - 20 kehamilan.. pre-eclampsia menjejaskan kira - kira 2 - 6 % kesihatan ibu yang pertama kali hamil..

buah pinggang merupakan organ pertama yang mendapat komplikasi dari penyakit pre-eclampsia sebab tu kalau nak tau yang korang merupakan penyakit pre-eclampsia atau tak, ujian air kencing perlu dilakukan untuk memastikan kandungan protein dlaam air kencing.. kalau banyak protein, memang SAH la ade pre-eclampsia dan semakin tinggi kandungan protein, smeakin teruk keadaan pesakit..


SIAPA YANG BERISIKO MENGALAMI PRE-ECLAMPSIA ?

7 daripada 100 wanita yang hamil mengalami pre-eclampsia ringan manakala eclampsia jarang berlaku dan hanya 1 daripada 100 pesakit pre-eclampsia yang mengalami eclampsia.. TAPI !! hampir 44% berlaku selepas proses kehamilan ( selepas bersalin )..

punca pre-eclampsia sebenarnya tak deketahui tapi ada beberapa faktor yang mungkin boleh dijadikan punca iaitu kehamilan pertama ATAU jarak kehamilan yang lama dari anak yang sebelumnya.. kan dah macam trend orang merancang kehamilan kan.. hee~

RISIKO PRE-ECLAMPSIA

setiap kali pre-natal check up kan ade buat ujian air kencing kan ? haa.. time tu dah boleh dapat tau dah.. selain tu, doktor pun boleh buat ujian pemeriksaan buah pinggang dan ultrasound Doppler untuk mengukur kecekapan aliran darah ke plasenta..

tapi !! kalau korang :

  • berumur 40 tahun atau lebih
  • masalah kegemukan ketika hamil ( obesiti )
  • mempunyai masalah perubatan kronik yang menjejaskan sistem darah termasuk tekanan darah tinggi, SLE, masalah buah pinggang atau diabetes
  • mengandung anak kembar
  • mempunyai sejarah pre-eclampsia dalam keluarga
  • pernah mengalami pre-eclampsia ; satu daripada lima adalah pesakit berulang
kena lebih hati-hati tau..

walaupun tak de rawatan untuk menyembuhkan pre-eclampsia semasa hamil tapi ianya boleh dikawal.. jadik.. jangan risau eh.. as long as boleh control, semua akan okay.. in shaa Allah..


pre-eclampsia mengurangkan aliran darah ke plasenta dan boleh membahayakan baby dalam kandungan kerana ia menyekat tumbesaran baby sebab oksigen atau nutrien tak sampai ke baby.. kira baby kat dalam perut AKAN tak cukup oksigen laa..

kalau tak dikawal dengan baik, pre-eclampsia boleh melarat menjadi eclampsia dimana tekanan darah korang sangat tinggi dan merisikokan baby.. eclampsia boleh menyebabkan sawan dan melarat sehingga koma dan meragut nyawa..

SIMPTOM PRE-ECLAMPSIA

  • peningkatan berat badan mendadak
  • bacaan tekanan darah tinggi 140 / 90 ke atas
  • bengkak terutamanya di tangan dan muka
  • mengalami pedih ulu hati
  • sakit kepala terutamanya dibahagian hadapan kepala
  • kebas-kebas pada tangan
  • mempunyai 0.3 gram atau lebih kandungan protein dalam sample urin dalam tempoh 24 jam
  • pandangan kabur
kalau korang ade simptom macam kat atas tu, pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan bagi mengelakkan kemungkinan lebih teruk..

IBU

kalau tak dirawat dengan cepat dan betul ia mungkin membawa kepada komplikasi yang serius kepada si ibu seperti kegagalan fungsi hati atau buah pinggang, risiko masalah jantung kardiovaskular yang boleh mengancam nyawa.. 

ibu mungkin mengalami sawan / sindrom HELLP ) hemolisis - enzim hati yang tinggi - kitaran platlet yang rendah ) dimana satu keadaan yang beiasa berlaku pada hujung kehamilan yang menyebabkan sel darah merah pecah, darah beku dan menjejaskan fungsi hati si ibu..

BABY

pre-eclampsia boleh menghalang plasenta mendapatkan darah yang cukup yang menyebabkan aliran oksigen dan makanan tidak sampai ke baby menyebabkan baby kurang berat badan semasa lahir..

kebanyakkan kes ibu hamil yang dapat mengesan pre-eclampsia lebih awal dapat melahirkan babyi yang sihat.. jadi.. bertindak sebelum parah okay.. jangan sellfish..


RAWATAN PRE-ECLAMPSIA

bergantung pada usia kandungan korang.. haa.. kalau kandungan korang dekat dengan jangkaan tarikh bersalin ( EDD ) dan baby korang cukup matang, doktor mungkin akan paksa awalkan kelahirang.. tapi kalau baby tak cukup matang, mungkin doktor akan mengesyorkan :
  • rehat + posisi tidur yang betul iaitu berbaring dirusuk sebelah kiri kerana posisi tersebut membolehkan darah mengalir secara optimum untuk saluran utama iaitu vena cava
  • menjalankan pre-natal check up secara konsisten
  • kurangkan garam dalam diet harian
  • minum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak sehari
  • menukar kepada diet sihat mengikut panduan dari doktor
  • pengambilan supplement untuk melengkapkan nutrisi ibu dan baby

haa.. korang dah check up ? hee~ baby boy ke baby girl ?
jaga kesihatan okay !!

You Might Also Like

5 comments

  1. Nasib dah tutup kilang. Malas weyh nak hadap check up bulan bulan...

    Hakak masa mengandung dulu ada darah tinggi ( boarder) tp tak delah sampai air kencing ada protien...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ ala.. awal nye tutup kilang.. kalau mengandung ke tak mengandung ke, ade darah tinggi kena hati hati kak.. makan ubat tau.. jangan dibiarkan jek sebab kalau melepasi border banyak kemungkinan boleh jadik tu..

      jaga diri ye..

      Delete
  2. first time baca tentang simptom pre eclampsia ni. menakutkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ sebab tu kena jaga kesihatan.. ye !!

      Delete

FOLLOW LE KAKAK !!

G+ FOLLOWERS