PETUA MENAIKKAN SERI BIBIR YANG KUSAM DAN LEBAM

May 05, 2017

wanita dengan bibir hitam ? em.. seksi ke ? hee~ pada kakak tak seksi lansung kot.. lebam semacam jek, hilang keceriaan.. eh !! pendapat kakak tau.. nih bukan bibir hitam sebab lipstick tau tapi bibir hitam yang lebam dan kusam tu.. 


biasa kalau kita tengok kat mana-mana dada majalah, model akan dicalitkan dengan pewarna bibir bermacam warna.. dan !! kat pasaran pun dah ade macam-macam warna yang menarik perhatian para wanita untuk mencantikkan bibir.. tapi !! kalau dah cuci kesan lipstick tu ? masih merah dan berseri tak ? haa..

kenapa bibir mungil boleh berubah warna ? bukan ke sepatutnya merah jambu dan halus.. hee~ pernah tak korang terfikir ?

1 : KERAP PAKAI LIPSTICK

  • wah !! alasan nombor satu !! hee~ siapa sangka bila pakai lipstick dengan lebih kerap akan mengundang warna yang pucat pada bibir.. ya.. ianya salah satu sebab tapi bukan bermakna korang tak boleh pakai lipstick lansung.. 
  • kandungan paraffin dan logam pada lipstick berpotensi menjadikan bibir korang tak sihat.. lagi lama korang menggunakan lipstick, lagi menjadikan bibir korang tak sihat kerana tidak dapat 'bernafas' untuk menyerap zat-zat baik..

2 : TERIK MATAHARI

  • sebab itulah lipbalm dicipta !! hee~ pancaran sinar matahari terus ke kulit pun dah jadikan kulit tak sihat, ini kan pulak lapisan bibir yang nipis.. kena rajin baca ingredient lipbalm jugak untuk menyesuaikan kandungan SPF yang ada dalam lipbalm.. korang pakai lipbalm ape ? nak tengok lipbalm kakak tak ? haa.. baca sampai habis.. tau..

3 : KURANG VITAMIN C

  • tak makan buah ? haa.. ce try tengok bibir korang.. hee~ rugi la korang sebab kandungan vitamin C dalam buah mampu memelihara kecantikan bibir korang.. kalau kurang ? haa.. tu yang berlaku proses pigmentasi pada bibir tu.. bukan bibir jek.. satu badan.. dah kalau tak cukup vitamin C, terima jek la kulit tak brape nak cantik..


4 : UMUR MAKIN MENINGKAT

  • perubahan hormon akibat usia ? yaa.. salah satu hormon yang mencantikkan kulit wanita adalah estrogen dan estrogen bukan saja bekerja untuk pembiakan tapi termasuk berfungsi me-regenerasi kulit termasuk kulit bibir.. tapi !! bila semakin meningkat umur, semakin kurang kadar estrogen dalam badan sampai kulit tak mampu regenerasi lagi.. huu~ bukan je takat me-lebam-kan bibir tapi nak melindungi kulit pun dah tak mampu lagi.. tu yang berkedut tu..
  • p / s : moh le makan kolagen berjemaah.. hee~


5 : ANEMIA

  • anemia pun boleh jadi punca bibir lebam dan kehitaman.. sebab ? dah nama pun anemia tu kurang darah.. hee~ sebaiknya mula mengambil vitamin yang sesuai dan melakukan rutin yang sihat.. tau..

6 : MEROKOK

  • dah tau kan merokok tu tak elok untuk kesihatan.. em.. dah la tak elok untuk kesihatan, siap pakej merosakkan kecantikan plak tu.. em.. bila merokok, bahan kimia yang terkandung dalam rokok akan menjadi punca penyakit yang merosakkan seluruh sel-sel dalam badan kita.. semakin hari, pigmen di bibir makin menebal.. well.. nak cari punca lagik ? stop smocking okay ?


7 : PENGAMBILAN KAFIEN

  • tapi !! sedapkan ? hee~ walaupun tau kafien tu tak baik untuk kesihatan, nak jugak !! ya !! kafien juga salah satu punca bibir korang menggelap dan lebam !! like seriously ? sebab tu la dalam sehari pun ada kandungan dan had yang patut diambil..

8 : ALERGI


"yeay !! ade lipstick baru keluar kat tv !! wajib beli !!" 


  • korang percaya tak kalau salah penggunaan kosmetik, pun boleh jadi punca bibir korang lebam dan kehitaman ? ya !! bila dah salah tu confirm la akan mengalami alergi.. kenapa ? beberapa kandungan yang mampu membuatkan bibir korang menjadi hitam adalah kadar kandungan timbale, mercury dan wax yang tinggi membuatkan bibir korang hitam..
  • penyelesaian ? em.. rajinkan membaca ingredient lipstick korang tau..

9 : KURANG NUTRISI

  • kaki diet ? haa.. hati-hati sebab korang mungkin akan kekurangan nutrisi dan menjadi punca bibir korang pucat - lebam sebab kandungan nutrisi diperolehi dari makanan yang biasa korang makan..

10 : PENGGUNAAN UBAT

  • biasa tengok orang sakit ? tengok bibir dorang ? pucatkan ? em.. sesoranga yang terlalu banyak makan ubat sintetik atau bergantung pada ubat akan membuatkan bibir korang sedikit lebam dan kehitaman.. apatah lagi kalau ubat tu tak sesuai dengan korang.. mesti berubah teruk kaler bibir korang kan ?

11 : PENGGUNAAN ALKOHOL

  • pernah dengar pasal sirosis hati ? em.. bila hati tak dapat berfungsi dengan baik, akan terpancarlah di wajah.. haa.. gittew-- sebab tu kurangkan pengambilan alkohol.. eh !! stop jek la minum minuman tak de khasiat tu.. baik lengkapkan 3 liter sehari air masak.. lebih bermanfaat untuk kesihatan..

12 : PENGAMBILAN DADAH

  • dadah ? em.. sampai ke sudah tak de jalan penyelesaian weyh.. sudah sudah la tu.. guna la ape jenis dadah pun, tetap takkan cantikkan korang.. tak kira la dari segi kesihatan atau kecantikan.. memang tak de kebaikan pun.. apa kaitan dengan bibir hitam dan lebam ? ha.. tu.. dadah tu.. 

13 : KETURUNAN

  • pun tak de jugak sebab yang kat atas tu ? em.. ade cek keturunan tak ? ya.. faktor genetik pun boleh jadi punca tau.. kalau mak ayah korang ada bibir yang gelap dan lebam, mungkin korang mewarisi dari mereka..

TIPS MERAWAT BIBIR LEBAM

1 : LEMON + MADU
  • kandungan madu dapat menyihatkan bibir dan membantu dalam proses pengelupasan untuk kesihatan bibir.. jadikan masker pada bibir, sehari sekali.. bersihkan dengan air suam selepas sejam..
2 : AIR MASAK
  • tak de alasan.. hee~ memang kena minum air masak paling kurang 2.5 liter sehari.. untuk apa ? em.. selain untuk mencegah kekeringan, air yang cukup dalam badan pun boleh mencantikkan bibir.. merah pink pink ? mesti nak kan ? haa.. minum air masak lebih banyak berbanding air bergula.. tau..
3 : ALMOND OIL
  • sapu nipis almond oil sebelum tidur dan jadikan amalan.. tengok perubahan beberapa minggu.. confirm korang tersenyum lebar..
4 : MINUM JUS TIMUN
  • ha ? minum jus timun ? hee~ biasa timun dijadikan ulam je kan ? haa.. lepas ni ce try amalkan buat jus dan minum.. amalkan..
5 : MINYAK ZAITUN
  • rahsia wanita purba.. a.. gittew-- kandungan omega 3 dalam minyak zaitun mampu menangkis radikal bebas dan menanggalkan sel kulit mati.. bukan jek menyihatkan dan merawat tapi mencantikkan bibir korang dengan rona pink semulajadi..
kakak ? hee~ memang kakak pun ada pakai lipstick sekali sekala.. kakak pun pembeli lipstick tegar.. tapi kakak baru sedar makin lama bibir kakak makin gelap dan lebam.. macam.. eyyew-- tak cantiknya !! memang rasa rendah diri dan tak best lansung.. mesti nak kena ade lipstick kat bibir ni baru keyakinan tu datang.. cis.. 

kami ; anak beranak.. memang sapu herbal blend satu badan.. hee~ sebab tak de steroid dan paraben yaw-- korang masih pakai losyen merbahaya tu ke ?
kakak cuma gunakan ni jek untuk kembalikan warna pink pink ( konon.. hahahaha~ ) dan menganjalkan kulit kakak.. memang la kakak pun ada amik kolagen dan beberapa vitamin untuk kecantikan, tapi ini tak boleh tinggal woo.. walaupun sekadar sampingan, tapi YA !! kakak bergantung pada dia untuk masalah kulit sensitif kakak lagi-lagi bahagian bibir..

You Might Also Like

4 comments

  1. bibir e'in memang lebam and kusam since sekolah.. sebab dulu aktif zapin so memang pakai lipstik macam-macam and campur dengan orang lain.. sekarang kalau nak keluar ke mane-mane memang kena calit lipstik.. huhu.. nanti boleh cube petua nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ tak pe.. pakai jek la lipstick.. tapi kalau kat rumah kena buat home theraphy la untuk bibir.. ya.. kena jaga aset2 menarik kat kita ni.. perempuan dengan lelaki berbeza..

      Delete
  2. Ala, part lipstik tu tak boleh tinggai la!!! Haru betul... Pantang keluar yang baru, memborong je keje. Tambah plak dapat bonus shikli kan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha~ haa.. cano tu ? dapat bonus jek membeli lipsetik.. ye.. ce try beli benda lain la plak..

      Delete

RAKAN BLOGGER !!

G+ FOLLOWERS