6 + 2 PUNCA BUAH PINGGANG ROSAK DAN CARA UNTUK MERAWAT

masalah buah pinggang kronik ? em.. macam sakit berat aje kan ? macam susah nak rawat aje kan ? kan ? hee~ macamana nak jaga buah pinggang supaya kekal sihat dan tak rosak ? mesti macam macam bermain kat fikiran kita kan bila selak helaian akhbar, ada jek isu penyakit kronik.. hee~ jom !! kita study lebih sikit pasal buah pinggang kita ; 10 TANDA BUAH PINGGANG ROSAK DAN CARA MERAWAT MASALAH BUAH PINGGANG..


penyakit buah pinggang kronik adalah keadaan dimana fungsi buah pinggang makin merosot secara beransur-ansur dan keadaan ini akan berlaku secara terus menerus.. antara punca buah pinggang bermasalah adalah darah tinggi dan kencing manis.. hee~ yang mana ada 2 jenis penyakit ni, kena baca sampai habis okay..

selain disebabkan oleh penyakit kegemaran rakyat Malaysia ( darah tinggi + kencing manis ) tu, ada 6 lagi punca yang boleh menjadi kemungkinan berlakunya kerosakan pada buah pinggang..

  • penggunaan ubat ubatan dalam jangka masa yang panjang seperti aspirin dan ibuprofen
  • radang pada buah pinggang
  • jangkitan kuman / virus / bakteria pada buah pinggang
  • kegagalan buah pinggang membesar dengan matang pada janin semasa dalam kandungan
  • SLE atau keadaan imuniti tubuh tidak dapat mengenali buah pinggang sebagai rangkaian tubuh badan
  • keturunan - melibatkan gangguan buah pinggang polisistik yang merupakan keadaan kedua-dua buah pinggang bersaiz lebih besar dan tidak normal

TANDA BUAH PINGGANG ROSAK

haa.. kalau dah sakit, mesti ade sikit sikit simptom dia kan.. memang ade la nampak tapi korang kena perhatikan betul betul dan kalau ada, memang kena jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.. tau !!


ya !! fungsi utama buah pinggang adalah membuang air dan garam berlebihan dari tubuh dan kalau mekanisme yang membantu preoses tersebut rosak / terganggu / gagal, air akan berkumpul dalam badan.. tu yang ada sesetengah bahagian badan akan membengkak seperti muka, tangan, kaki atau pergelangan kaki..

punca buah pinggang rosak
buah pinggang akan membina hormon yang dikenali sebagai erythropoietin yang membantu tubuh badan membina sel darah merah.. masalah kerosakan buah pinggang akan mengurangkan paras hormon tersebut dan mengakibatkan penurunan bilangan sel darah merah lalu menyebabkan pesakit mengalami anemia..


anemia berpanjangan akan menyebabkan paras oksigen yang dihantar ke sel akan berkurangan dan keadaan ini menyebabkan pesakit menjadi lemah atau lesu.. 

bila fungsi buah pinggang semakin lemah, ia akan menimbulkan simptom seperti : 

  • hilang selera makan
  • loya
  • muntah
  • badan melayang
  • lesu kronik
  • sukar fokus
  • insomnia
  • sakit kepala
  • penurunan berat badan
  • kulit kusam dan gelap
  • kekejangan otot
  • sukar bernafas
  • kulit kering dan gatal-gatal
  • sakit dada
  • kerap atau susah buang air kecil
tapi !! ada kajian yang mengatakan pesakit diabetes lebih mudah mengalami penyakit buah pinggang kalau terus mengambil ubat-ubatan ( beberapa jenis ubatan ) termasuk ubat mengawal kencing manis + kolesterol + tekanan darah tinggi..

jadi.. hati-hati dengan pengambilan ubat seharian kita.. ye..


CARA MERAWAT PENYAKIT BUAH PINGGANG

risiko kegagalan buah pinggang semakin hari semakin tinggi dengan pertambahan usia dan setiap tahun dianggarkan 2400 kes baru yang dilaporkan * yang tak dilaporkan ? em.. * dan kes baru dikalangan mereka yang berusia 60 - 65 tahun masing masing menunjukkan peningkatan sebanyak 25%.. banyak kan ? hee~

dan kos untuk merawat boleh mencecah RM 300 000.00 !! 

dah tu ? nak mencegah ke nak merawat ? hee~ kalau nak mencegah, jom baca apa yang perlu korang lakukan untuk memelihara kesihatan buah pinggang..
  • amalkan pemakanan seimbang
  • minum air masak sekurang-kurangnya 2.5 liter
  • BERHENTI merokok !!
  • lakukan pemeriksaan buah pinggang secara berkala
  • kekalkan berat badan seimbang
  • bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari
  • makan ubat selepas mendapat nasihat dari doktor dan elakkan ubat yang TIDAK PERLU kerana ia boleh membebankan buah pinggang

cuma pesanan kakak, ambil iktibar dengan penyakit orang sekeliling kita.. 
jaga kesihatan okay !!


1 comment:

  1. Innalillah.. semoga kita semua terhindar dari penyakit gini. sama2 kita

    ReplyDelete

Powered by Blogger.